Bab 4

Romance Series 6828

Nafisya duduk di tempatnya. Dia melepaskan keluhan berat. Wafiy yang sering menginginkan perhatiannya memang membuatkan Nafizah serba salah.
Wafiy itu memang baik orangnya. Muka pun bolehlah tahan. Tapi hatinya tidak terpaut dengan lelaki itu. Nak buat macam mana?
"Hai beb. Kau free tak Sabtu ni? Aku nak ajak kau tengok wayang ah. Aku tension wei. Budak yang minat kau tu takde kerja asyik tanya pasal kau. Dekat aku pula tu. Aduhhh... apa kata kau slow talk dengan dia." kata Qaisara sambil memicit perlahan dahinya.
"Kau ingat kau sorang jeke yang stres. Wafiy tu lagilah. Aku rasa nak hantuk kepala dia dekat dinding tau. Tak habis-habis dengan caring dia tu. Pening aku." Nafisya sekali lagi melepaskan keluhan. Sambil itu membalas senyuman Kak Aziah yang menyapanya dengan senyuman.
Qaisara menggeleng perlahan sambil mengeluarkan segala kerja yang perlu dibuatnya. Nanti mesyuarat susah pula kalau tak siap ni.
"Tulah kau. Janganlah cantik sangat." Nafisya menjeling Qaisara. Macamlah dia yang aturkan muka dia macam mana. Minah ni main cakap je.
"Eleh kau. Kau yang selalu konon-kononnya nak jadi macam cerita face/off tu. Cabut muka. Dah ah. Malas nak layan kau. Tak matang jadinya." Nafisya juga terus menyambung kerjanya yang terbengkalai.
???
Wafiy tersengih apabila melihat Firash menuju ke arahnya. "Hei brother! Apa lama sangat tak dengar cerita? Kes banyak ke wei?" mereka bersalaman sebelum Firash melabuhkan punggung.
"Ha ah. Boleh tahan sibuklah. Kau pula apa cerita? Perempuan tu kau dah dapat tackle belum?" Firash sentiasa berminat ingin mendengar cerita tentang gadis yang berjaya menawan hati sahabatnya. Mulanya dia tidak berminat, tetapi apabila mendengar cerita Wafiy, dia dapat merasakan gadis itu seorang yang agak menarik untuk dikenali.
"Amani? Macam biasalah. Dia tu dingin je dengan aku. Tapi aku tak nak lah paksa dia. Kalau dia jodoh aku? Confirm sekelip mata dia boleh jatuh hati dengan aku." Wafiy menghirup teh o ais miliknya.
Wafiy mengangguk. Dia mengangkat tangan untuk memesan minuman. Selepas itu dia menumpukan semula perhatiannya kepada rakannya.
Wafiy menaikkan keningnya. "Kau amacam? Girlfriend takde ke?" Firash terbatuk. "Gila kau! Kau ingat aku ni takde kerja lain ke? Bukan macam kau. Depan mata awek cun terus ngorat." Hafiz menolak bahu Faez.
Rakannya itu ketawa lucu. "Pandai je kau. Aku memang jatuh cinta pandang pertama dekat dia. Bukan aku tak pernah nampak perempuan lagi cantik." Faez mempertahankan dirinya.
Hafiz hanya menyengih. Air yang dipesan sudah berada di hadapan mata. Mereka meneruskan perbualan mereka tentang apa yang berlaku sepanjang beberapa hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience