Bab 13

Romance Series 6828

Malam itu, Nafisya menangis teresak-esak. Rasa mahu mengeluarkan hati yang sedang sakit ini keluar dari badan. Sebab hati ni dah sangat sakit. Makan panadol lima papan pun belum tentu pulih.
Aduhh.. memang dia silap. Sepatutnya dia tidak meletakkan harapan mahu bersama Firash terlampau tinggi. Tentu sahaja lelaki itu mempunyai cita rasa yang berbeza daripadanya.
Tok. Tok.
Kepala Nazihan menjenguk ke dalam bilik adiknya. "Fisya, Fisya kenapa ni? " Nazihan memgusap rambut ikal adiknya.
"Semua ni salah adik. Adik yang tak sedar diri nak mencintai seseorang. Terukkan Fisya ni abang? Menangisi seseorang yang tentu-tentu bukan milik adik." Nafisya mengesat air mata perlahan menggunakan belakang tangannya.

"Siapa?" tanya Nazihan pelik. Setahunya Nafisya tidak mempunyai sebarang kekasih.

"Kalau adik bagitahu, abang jangan bagitahu sesiapa. Even ibu dengan abah pun. Lepas adik cerita, abang jangan nak ungkit-ungkit. Promise?" Nazihan mengangguk berkali-kali.

"Firash." hampir tak terkeluar suara Nafisya. Terkejut Nazihan bukan kepalang. Nak ikutkan hati, dia geram sebenarnya apabila mengetahui siapa yang membuat adiknya menangis sebegitu rupa. Tetapi bila difikirkan semula, dia tidak boleh memnyalahkan 100% ke atas Firash.
Nafisya mula menceritakan segalanya kepada Firash. Termasuklah tentang si Farah itu.

???
"Sara. Saya nak jumpa awak sekejap." itulah ayat dari Wafiy yang membuatkan Qaisara dan Wafiy duduk di meja yang sama di dalam A Pie Thing cafe itu.

Qaisara dengan enaknya menyuapkan Peach Crumble Pie ke dalam mulutnya. Perghhh... sedapnya, tak terkata apa.

"Oh ya. Kenapa awak nak jumpa saya ea?" Qaisara kembali menumpukan perhatian kepada Wafiy. Wafiy memandang lama Qaisara.

Dia menghelakan nafas sebelum bersuara. "Awak kenal Firash?" Qaisara meneguk air liur. Dia mengangguk perlahan. 'Apesal pula dia tanya pasal mamat Firash ni? Aku bukan kenal sangat pun dia.'

"Amani dah lama kenal Firash ke?" tanya Wafiy dengan muka serius. Erkkk! Meremang den.

Qaisara membetulkan duduknya. "Manalah saya tahu. Awak tanyalah dia sendiri. Err... Wafiy, sorry. Saya ada hal lah. I need to go now. See you later." cepat Qaisara bangun dan beredar. Biarlah Wafiy yang membayar. Lelaki itu yang mengajaknya dia keluar.

Dalam hati dia tertanya-tanya. Apa jadi sebenarnya. Hatinya rasa tidak sedap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience