Bab 5

Romance Series 6828

Nafisya bergolek di atas katil. Malas betul nak pergi event tu. "Kenapa tak abah je pergi. Tak payah aku ikut. Errghhh..."
Dengan tahap kemalasan yang maksimum, dia menyarung gaun turqoise yang dibeli ibunya. Cantik memanglah cantik. Tapi dah malas, nak buat macam mana?
Akhir sekali, dia membelit shawl putih di kepalanya. Nak make up banyak-banyak pun takde mood. Lantak lah!
Selepas itu, Nafisya menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Karang terpijak gaun ni sia-sia je. Dari elok-elok nak pergi event terus pergi hospital.
"Abang! Handsomenya abang hari ni!" terus Nafizah memeluk batang leher Nazihan apabila melihat abangnya yang sedang memakai jam.
Nazihan tersengih. Dan itu membuatkan Nafisya tidak sedap hati. Confirm mood perasan Nazihan sedang di switch on.
"Kalau abang tak handsome, takdelah ramai awek nak kat abang. Fisya pun lawa sangat malam ni. Haishh... janganlah ada yang terpikat. Nanti takde siapa nak manja-manja dengan abang." Nazihan memeluk bahu Nafisya.
Alololo.. so sweet. Kalau aku nak ade suami, ciri-ciri Nazihan mesti ada kat lelaki tu. "Kalau Fisya dah ada someone pun, Fisya tetap manja dengan abang. Even kalau dah kahwin pun. Jangan abang pula yang ignore Fisya after you getting married nanti." Nafizah memeluk lengan abangnya.
"Nolah. Abang akan try kekalkan hubungan kita yang sekarang. Blood is ticker than water kan?" Tak sudah-sudah lagi. Nafisya tersengih.
"Gedik lah abang ni. Dahlah. Tu abah dah bising dekat ruang tamu. Sebatu boleh dengar suara abah." Nafisya terus menarik tangan abangnya dan mengheret lelaki itu ke Encik Nazhan yang sudah bercekak pinggang.
"Penatlah tunggu korang ni. Macam tunggu kucing bertelur pula." Nafizah dan Nazihan tersengih. Hiperbola sungguh andaian abah tu. Hahaha...
"Abah, kalau tunggu kucing bertelur memang mustahil. Ni kitaorang lambat je. Bukan tak siap-siap sampai bila-bila." Nafisya tersengih selepas berkata sebegitu.
Encik Nazhan hanya menjeling anak perempuannya. Selalu mengusiknya. Puan Hasnah menggelengkan kepalanya.
"Cepatlah anak dengan bapak oii.. Penat ibu menunggu. Nak pergi ke tak ni?" Terus pecah ketawa mereka anak beranak. Puan Hasnah mencebik mendengar ketawa mereka.
???
"Nazhan! Berjanggut tunggu kau datang. Haishh... kau ni. Habis imej aku yang boleh dikatakan macho ni." hampir ternganga Nafisya mendengar bicara Encik Farhan itu. Perghh... jiwa muda beb!
"Kau nak temberang pun agak-agak lah. Kau memang dah berjanggut dari dulu. Macam kambing kawan aku dekat kampung." Encik Nazhan sempat lagi mengusik semasa menyalam rakan baiknya itu.
Sama je Encik Nazhan dan Encik Farhan ni. Dua-dua ayat memang macam orang muda. Cehhh.. tapi takdelah tua sangat. Baru 51 tahun.
"Layan kau ni memang hancur. Ni anak bini aku. Salmah. Lepastu, Faez dengan Firash. Salam uncle dengan aunty." Encik Nazhan mengarahkan dua anak lelakinya itu seperti Faez dan Firash baru berusia 4 tahun pula.

Nafizah terkejut bukan kepalang apabila melihat wajah Firash. Great! Hari yang malang bagi dia. Good job!
Selepas sahaja Faez dan Firash menyalam Encik Nazhan, Puan Hasnah dan Nazihan, Encik Nazhan pula yang memperkenalkan keluarganya.
Mereka berbual sebentar dengan rakan seperniagaan mereka. Event ini memang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara rakan-rakan yang selalunya sibuk bekerja.
Nazihan cepat sahaja rapat dengan Firash dan Faez. Hanya Nafisya yang rasa tidak selesa apabila pandangannya bertaut bersama Firash. Firash si kaki buli itu memang hanya tersenyum jahat sahaja.
"Wei, adik kau cantik bro. Kasi akulah." Faez menaik-naikkan keningnya. Dia hanya ingin bergurau. Tapi kalau dapat memang tuah bergolek.
Firash pelik kerana dia merasa cemburu tetapi cepat sahaja dinafikan. Melihat Nafisya yang merenung ke arah buffet sambil menongkat dagu, nafsu jahat mula meresap. Memanglah cantik Nafizah hari ni. Hampir terpegun dia tadi. Tapi seperti biasa, dia tidak mengendahkan.
Lelaki itu perlahan-lahan mengeluarkan lipas plastik yang memang dibawanya. Dia tahu Nafisya akan ada malam ini. Macam mana dia tahu? Hahaha... berusaha keras dia menjadi detektif apabila mamanya menyebut nama Nafisya . Terus dia bertanya siapa Nafisya itu. Nasib baik mama tidak mengecam apa-apa.
Hampir terjerit Nafisya apabila seekor lipas 'terbang' ke arahnya. Dia memeluk lengan Nazihan. Nazihan juga sedikit terkejut melihat lipas itu. Tetapi dia pantas menyedari itu hanyalah lipas plastik. Terus ketawanya meletus.
Faez pula geram melihat perlakuan Nafisya yang dirasakan cukup comel.
Disebabkan terlampau geram, Nafisya mencubit kuat lengan abangnya dan mengambil garpu lalu tangan Firash yang sedang ketawa terbahak-bahak dicucuknya.
Kedua-dua orang lelaki itu mengaduh. Faez bersyukur kerana dia tidak ketawa tadi. Kalau tidak, dengan dia-dia sekali kena.
"Apa ni? Sakitlah." marah Firash sambil menggosok tangannya yang berbekas. Nazihan dan Faez memandang mereka pelik.
"Korang dah kenal ke? Macam dah kenal je." serentak mereka bertanya. Firash mengangguk.
"Dialah yang aku cerita tu." Faez tersengih. Memang boleh buat isteri ni. Kah kah kah!
Nazihan memandang Nafizah meminta penjelasan. "Lelaki mereng. Itu je." terbuntang mata Firash mendengar perkataan 'mereng' itu. Nazihan ketawa perlahan. Baru sahaja perang dunia mahu meletus, ayah dan ibu mereka kembali ke meja. Hanya jelingan setajam pedang sahaja yang diberikan kepada gadis itu. Perghhh... melebih nampak kau! Nak mereng-mereng pula. Ingat kau tu 'waras' sangat ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience