Firash tersengih. Puas melihat base COC yang dah besar gila. Hahaha... orang lelaki. Tiba-tiba ringtone call dia berbunyi.
'Isya?'
"Assalamualaikum. Kenapa Isya?" tanyanya sedikit lembut. "Waalaikumsalam. Errr..." Nafisya termati di situ. Dia pun tak tahu kenapa dia call Firash. Parah niii..
Lama Nafisya berdiam diri. Firash sabar menunggu sambil tersengih. Bukan senang Nafisya nak call dia. Berbunga taman hatinya. Erkkk...
"Keluar lunch dengan nak? Hari ni cuti so boleh lah ya?" kata Nafisya menahan malu. Merah wajahnya di sebalik telifon.
"Ok, sweetheart. Aku amik kau. Assalamualaikum." terus Firash meletak telifon. Hahaha...
Nafisya terpaku, terkedu, terkujat dan sewaktu dengannya. Omg! Ahhh!!! Nafisya sedaya upaya menghalau rasa suka yang bertapak di hati.
???
Firash masih tersengih di hadapan Nafisya. Nafisya menjeling tajam Firash. Sedikit sebanyak rindunya hilang terhadap Firash. Ishhh... apa rindu-rindu ni?! Wek!
"Cik Nafisya Amani ajak saya keluar? Ops! Macam tak percaya pula." kata Firash sambil berpura-pura ketawa.
Nafisya rasa macam nak hempuk kepala Firash Nawfal ni. Saja bagi dia malu.
Belum sempat dia ingin membalas, tiba-tiba satu suara lunak menyapa mereka. "Firash! Hi. Don't expect to meet you again, dear." Firash tersenyum sedikit.
Nafisya mula berasa cemburu. 'Dear?! What??? Back off girl! This guy is mine.' uikk... sejak bila title MINE tu ada dekat Firash ni?
Firash mula merasa bahang panas daripada Nafisya melihat muka beku gadis itu. 'Cemburu ke sweetheart?' mahu saja dia mengusik Nafisya, tapi melihat gadis itu bagai mahu meletup, di diamkan saja.
"Hi Farah. Awak buat apa dekat sini." Terbeliak mata Nafisya. Amboii... selama ni dengan dia takde pula sopan-sopan gitu. Makin cemberut wajah Nafisya.
Farah dengan tidak tahu malu mengambil sebuah kerusi lalu duduk di tengah-tengah amtara Firash dan Nafisya.
"Saja. Saya jalan-jalan. Oh. Who is this? Your new friend?" Nafisya hanya tersenyum. Karang dia tunjuk feeling sebenar dia, baru perempuan ni tau rasa kasut GUCCI dia makan tuan. Hahaha!!!
"Ha ah. This is Nafisya. Nafisya, ni Farah. Firash tersenyum.
Nafisya menaikkan sebelah keningnya. 'Aik? Ada double meaning ke?'
Farah tidak perasan tentang apa yang berlaku antara Firash dan Nafisya. Dia tersenyum ke arah Nafisya. "Wait! You ni adik Asyraf kan? Oh my god. Wow! Lucky me!"
Firash memandang Farah pelik. Begitu juga Nafisya. "Yes. I'm his sister. Why? You siapa dengan my brother?"
"Hmm... Asyraf kerja under my father. He is a good worker actually." Farah tersenyum.
Nafisya tersenyum. 'Like me'. Sesuka dia sahaja mahu mengubah. Firash yang terasa dia terabai itu berdehem. "Amboi... sedapnya bercerita. Sampai saya kena ignore."
Farah dan Nafisya ketawa serentak. Apabila menyedari situasi itu mereka terdiam. Sehinggalah Farah memandang Firash dan berkata sesuatu yang membuatkan Nafisya mahu menghumbam Farah ke Laut Mati.
"Firash, saya sukakan awak. Sudi tak awak jadi teman lelaki saya?" Firash rasa macam dia tercekik air liur sendiri. Nafisya terdiam sambil berpura-pura menelek handphone.
'Dia buat drama pulaaakkkk...' rungutnya dalam hati. Nafisya benar-benar berharap yang Firash menolaknya tetapi hampanya dia apabila Firash tersenyum dan membalas. "Wow. Saya tak expect awak buat macam tu. But I accept it."
Share this novel