Firash duduk sambil memandang kosong fail-fail di hadapannya. Serabut betullah bila bincang kes pasal hak penjagaan anak ni. Kalau jadi peguam ni hati kena sado wei.
"Balik dululah. Dah lambat ni. Karang ada je peneman tak diundang." cepat-cepat dia mengemaskan barangnya yang bersepah.
Firash singgah ke 7elevan sekejap. Haus pula tekaknya. Sedang dia mengambil air, dia terperasankan Nafisya yang berada di bahagian roti.
Tersengih lelaki itu jadinya. Perlahan-lahan dia mendekati gadis itu. "Hoi." dia berbisik di telinga Nafisya.
"Apa kau buat kat sini?" tanya Nafisya dengan muka kosong. Tengah bengang sebenarnya. Kenapalah dia selalu terserempak dengan mamat ni?
Firash termalu sendiri kerana Nafisya tidak terkejut dengan bisikannya tadi. "Aku nak beli mineral water. Hauslah. Kau pula buat apa sini?"
Nafisya menjulingkan matanya ke atas. Tiba-tiba dia hilang mood untuk bercakap. Firash mengerutkan dahi. 'Dia buat rolling eyes kat aku ke?'
"Alaa.. aku tanya elok-elok kau buat rolling eyes pula. Jom pergi makan kejap. Aku ada bendalah nak cakap dengan kau alang-alang dah jumpa ni." terus dia merampas roti yang dipegang Nafisya dan membayarnya sekali dengan mineral water yang ingin dibelinya tadi. Dengan
Nafisya mana boleh kompromi. Karang lain jadinya.
Tahu tak Nafisya rasa apa sekarang ni? Dia rasa nak angkat rak roti ni lepastu hentak dekat kepala Firash Nawfal tu tahu tak?!
Nafisya terus melangkah pergi. Lantaklah takde roti pun. Yang pasti dia tidak ada mood sekarang ni. Dengan kemunculan mamat tak diundang ni makin berkuranglah mood dia yang dah memang down pasal kerja yang berlambak sangat.
"Isya!" tersentak Nafisya dengan panggilan yang keluar dari mulut Firash. "What did you call me just now?" tanyanya sambil bercekak pinggang.
Firash tersengih. Sengaja dia memanggil Nafisya dengan panggilan itu.Tak boleh ke? Isya lagi comel. Siapa sokong? Confirm ramai sokongkan?
"Kenapa nak marah? Comel apa nama tu?" Firash sendiri pun tidak tahu kenapa dia semakin cuba merapatkan jurang antara dia dengan Nafisya sejak sesi perbualan bersama Faez hari tu.
"Haish! Malaslah nak layan kau ni. Buang masa tau. Apa yang kau nak cakap tu? Lawyer ni ada je benda nak cakap ea? Aku rasa macam nak stepler mulut kau guna stepler gun." Takde kerja Nafisya duk membebel di depan 7eleven.
Firash mengerutkan dahi. "Macam mana kau tahu aku ni lawyer?" terdiam Nafisya dengan pertanyaan itu. Takkanlah nak kata yang ibunya sudah memberitahu segala-galanya tentang Firash kerana berkenan hendak buat menantu. Malulah dia nanti.
"Errr... takdelah. Aku tengok kau ni macam ada ciri-ciri lawyer je." jawapan yang agak tak bernas bagi Firash sebenarnya. Lantaklah!
Mereka berjalan menuju ke arah kereta Nafisya. Nafisya buat hal tak nak naik kereta Firash. Katanya: Eee... kereta lelaki ni busuk tau tak. Boleh pengsan duduk dalam tu.
Dan Firash pula rasa mahu berhenti di kedai yang berhampiran untuk membeli stepler gun. Ada ke dia kata macam tu? Tak tahu ke keretalah benda yang paling kaum Adam ni pandai jaga. Ditatang DENGAN minyak yang penuh tau!
???
Di dalam kereta, Firash menjeling Nafisya yang memakai blouse putih serta skirt labuh bewarna biru laut sedondon dengan tudungnya. Ayu dan menawan.
"Isya, kau kata aku ni ada je benda nak cakap,kan? Tapi aku rasa kau yang suka membebel. Kau pensyarah,kan? Takde bezalah tu. Kau bersyarah juga. Barcakap je kerja." Nafisya menjeling tajam Firash yang berada di sebelah.
"Biarlah. Aku punya mulut. Yang kau sibuk pehal?! Kang aku debik muka kau yang tak serupa muka tu, bertaubat nasuha kau malam ni." Nafisya merengus kecil. Firash menelan air liur. 'Wow! Garangnya! I like...'
???
"Hah! Apa kau nak cakap? Make it faster. I'm in hurry." Gadis itu mengerling ke arah jarum jam casionya yang bewarna biru itu.
"Kau rasa, kau lebih selesa dengan siapa? Aku ke Faez?" soalan dari Firash itu membuatkan Nafisya kelu seketika. Kenapa perlu nama abang Firash naik ni? Dia suka kat aku ea? Gatal ea kau Fisya.
"Oit! Kata in hurry. Pehal lembab titibe ni? Jangan fikirkan sangat soalan tu. Aku main-main je." Firash tiba-tiba kecil hati apabila Nafisya tidak dapat menjawab. Dia terus masuk ke dalam kereta diikuti Nafisya.
Share this novel