Bab 6

Romance Series 6828

Faez mendekati adiknya itu. "Firash, aku nak cakap sikit ni." Firash yang sedang minum air ribena itu berpaling. Buat pengetahuan semua, Firash memang suka gila air ribena ais ni. So jangan pelik lah kalau dia acting macam budak-budak.
"Go on." Faez duduk di atas kerusi sebelah Firash. "Kau ingatkan adik Nazihan yang kita jumpa tu?" Firash pelik melihat abangnya yang sudah tersengih-sengih. Namun dia mengangguk juga.
"Aku rasa aku suka dialah." Firash rasa macam nak terjatuh ke bawah apabila mendengar ayat yang baru dilafazkan oleh abangnya. Perghhh... apesal dengan aku ni?
"Oh... err..." suasana jadi awkward seketika. Firash menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kau kenapa pula ni? Kalau boleh, I want to marry her right now." terkebil-kebil Firash melihat abangnya yang sudah angau tahap maksimum itu.
"Errr.. a..aku takde pape. Terkejut jelah rupa-rupanya yang kau suka tu 'musuh instant' aku." Faez tergelak kecil. Firash pula memang tidak tahu mahu berkata apa-apa. Kenapa dia rasa macam tidak selesa sahaja?
"Hah! Anak ibu dua orang ni borak pasal siapa?" terkejut Faez dan Firash dengan terjahan ibu mereka. Puan Hasnah tersenyum.
Faez tersenyum. "Cakap pasal anak kawan ibu tu. Cantik sangat." kata Faez. Firash makin tidak selesa jadinya. Terus dia meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.
"Faez, adik kamu tu kenapa?" Faez mengangkat bahu tanda tidak tahu.
???
"Morning Amani, Sara." Wafiy menyapa Nafisya dan Qaisara apabila mereka terserempak ditempat parking kereta.
"Morning." serentak kedua wanita itu menjawab. Cuma suara Nafisya sedikit perlahan. Dia menarik nafas lega apabila Wafiy menjauhkan diri.
"Kau kenapa Sya? Macam takut-takut je. Are you okay?" risau jadinya Qaisara melihat rakannya seperti itu.
Nafisya menarik nafas panjang, kemudian dihembus perlahan. Cuba menenangkan diri. "Nothing but you know right yang aku kurang selesa dengan dia." Qaisara menganguk. "But I've something to tell you. Jom." Nafisya menarik tangan Qaisara ke cafeteria kolej.

???

Ternganga Qaisara jadinya. "OH MY!" terjerit sedikit Qaisara. 'Alaaaa... minah ni. Malu je orang pandang. Ni yang malas nak cerita.'

"Kau ni tak padan yang lecturer ah. Please behave ok." Nafisya menjeling sedikit Qaisara yang tersengih. Sesungguhnya dia akan sentiasa mengingatkan Qaisara supaya makan ubat ikut waktu yang telah ditetapkan.

"Sorry beb. Aku expect yang nanti Firash dengan Wafiy akan berebut nak kau, Sya. Oh my god. Boleh buat drama beb. Tak de chance ah budak yang minat kau tu nak tackle kau." Malas mahu melayan Qaisara ini. Karang entah apa-apa lagi yang dia mahu katakan. Tetapi, hatinya yang mengada-ngada ni lebih berminat kepada Firash berbanding Wafiy. Tetapi tidaklah berlebihan.

Harap-harap semua jangkaan Qaisara itu memang tidak akan terjadi. Pening kepalanya nanti.

Nafizah terus menyuap lagi kek red velvet ke dalam mulutnya. Mahu melupakan tentang dua 'insan' itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience