"OH SHIT!!! Padan muka aku. Because of the idiot idea, Fisya pergi." kata Firash sambil memicit kepalanya yang berat.
Dia baru dapat tahu apabila terserempak dengan Wafiy di rumah Nafisya. Arghh... serabut betul kepala dia.
Dia menghembus nafas perlahan sambil merenung ke langit. Angin yang menampar halus tubuhnya dibiar begitu sahaja. Langsung tidak kisah tengtang kesejukan yang dirasainya.
"Angah!!! I'm home! Rindu giler kat angah!" tiba-tiba pintu bilik Firash dibuka dengan kasar dan kelihatan seorang gadis berlari ke arahnya.
Terkejut Firash dibuatnya.
"Eeee... Risya. Tak reti bagi salam ke? Karang kalau angah kena heart attack, macam mana? Menangis air mata darah, Risya nanti." kata Firash dengan jelingan tajam.
Hampir terlupa pula adik bongsunya, Farisya Nabila pulang ke tanah air hari ini. Sedikit sebanyak, kehadiran Farisya dapat menceriakan hatinya.
Farisya hanya mencebikkan bibirnya. "Hiperbola sangatlah, angah. Muda-muda nak kena heart attack. Ke angah tengah heart broken ni? Tu yang sewel semacam." matanya dikelip-kelipkan di hadapan Firash.
Terjegil mata si abang apabila mengdengar kata-kata adiknya. 'Haish... aku tengah frust menonggeng ni. Dia tahu apa?'
"Apa Risya cakap ni? Mana ada." muka confuse gila dia tayang. Hahaha... nak tukar profession jadi pelakon pula aiii...
"Alaahai... buat-buat innocent pula. Abang sapelah ni. Ibu dah cerita semua kat Risya lah. Abang pergilah cari Kak Fisya tu. Karang dia kena ambil dengan mat salih pula."
Terus Firash pergi ke dapur. Minum air sejuk. Biar sejuk sikit hati dia yang tengah meletup ni. Boleh dibayangkan macam mana meleleh larva yang keluar dri badan dia bila mendengar kemungkinan yang Nafisya mungkin disambar orang lain.
Tapi Nafisya dimana?
Share this novel