Bab 11

Romance Series 7525

BAB 11

Setelah waktu persekolahan tamat, azam terlebih dahulu terpacak di hadapan pintu kelas sya. Dia menanti sya yang sedang mengemas barang- barangnya.

"Sya, lembab ah kau ni. Cepatlah sikit." Ujar azam. Dia sudah tak sabar ingin menyatakan rasa hatinya pada sya sebentar lagi. Dia sudah nekad. Apa nak jadi, jadilah.

Sya mencebik. Biarlah aku nak lembab ke cepat bak turbo ke, sibuk je azam ni, getus sya di dalam hati.

Sya yang siap berkemas, melangkah keluar dengan beg sekolah yang sedia tersandang di bahunya. Azam menarik hujung lengan baju kurung sya. Dia menarik sya ke taman dia hampir dipukul oleh said tempoh hari.

"Kita nak buat apa kat sini?" Sya bertanya cemas. Bukannya dia tak mempercayai azam, cuma dia risau andai azam mahu melakukan perkara yang tak elok terhadap dirinya.

Azam memdekati sya perlahan- lahan. Sya dah terdorong ke belakang risau pula dia dibuatnya.

"A...aa.. az..za..m, apa ya..yang kau bu...bu..a..at ni?" Ujar sya gugup. Sungguh dia cemas sekarang.

"Aku, aku... aku.." azam serba salah ingin meluahkan.

"Aku apa?" Sya semakin tak sabar. Dia memandang anak mata azam.

"Aku.aku..aku.." azam masih serba salah. Bak kata orang ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Kau ape azam?" Sergah sya.

"Aku suka kau. Dari dulu lagi." Luah azam dek terkejut disergah oleh sya. Dilihatnya sya menekup mulutnya.

"Sudi tak kau jadi kekasih aku, sya?" Tambah azam. Azam memandang wajah sya dengan penuh pengharapan.

"Azam.. aku, aku tak tahu nak kata apa. Tapi buat pengetahuan kau, perasaan aku terhadap kau tak pernah lebih dari seorang kawan baik. Aku tak pernah menaruh sebarang perasaan selain itu terhadap kau. Aku harap kau faham dan kita masih boleh berkawan macam biasa." Ujar sya lemah. Sungguh dia tak menyangka azam menaruh hati terhadap dirinya.

"Tak apa. Aku faham." Ujar azam lemah sebelum berlalu meninggalkan sya bersendirian.

Sya duduk di atas bangku khas. Dia termenung memikirkan pelawaan azam sebentar tadi. Betul ke apa yang dia buat sebentar tadi? Betul ke dia tak pernah menaruh hati terhadap azam yang selama ini sentiasa ada di sampingnya? Dia sendiri keliru.

Setelah hampir setengah jam sya berfikir, sya pulang ke rumahnya. Kebiasaannya, mummy azam akan menjemput mereka berdua, namun sya pasti dan yakin azam telah pun pulang kerana kecewa dengannya.

Dia mula berjalan pulang ke rumah. Taman perumahannya agak dekat dengan sekolah memudahkan perjalanannya. Sepanjang perjalanan pulang, sya berzikir dan berdoa di dalam hati agar dia dapat pulang ke rumah dengan selamat.

"Assalamualaikum, sya dah balik ni. Abang hairul, mummy, daddy?" Sya hairan melihat rumahnya yang sunyi. Kebiasaannya, akan kedengaran bunyi permainan video yang abang hairul selalu main dari perkarangan luar. Tetapi, rumahnya memang kelihatan sunyi dan sepi sahaja.

Dia melangkah masuk dengan berhati- hati. Risau dia melihat keadaan rumahnya itu.

Dia menaiki tangga menuju ke arah biliknya. Dia lantas meletakkan beg sekoalh dan menukar baju. Dia perlu bersegera mencari ahli keluarganya yang lain. Dia melangkah turun ke dapur dengan sebuah kayu pemukul besbol. Dia menuju ke dapur dengan berhati- hati.

Dia menarik nafas lega sebaik terlihat nota yang ditinggal oleh mumnynya di peti sejuk.

'Mummy dengan daddy pergi uruskan urusan syarikat dekat perak, malam nanti baru balik kot. Abang hairul pulak dah start kerja harini. Kalau nak makan, ada lauk dalam fridge, panaskan saja nanti.

-mummy-

Dia membuka peti sejuk dan ternampak lauk kegemarannya iaitu ayam masak kicap. Dia memanaskan lauk itu dan mencedok nasi. Setelah membaca doa, dia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Setelah selesai makan tengah hari, dia naik semula ke bilik. Niatnya mahu menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu maria. Dendanya yang unik membuatkan semua pelajar gerun dengannya.

Dia membuat kerja sekoalh dengan penuh rasa tekun di jiwa sebelum lagu 'what do you mean' berkumandang. Dia mencapai telefon bimbitnya dan swipe logo berwarna hijau.

"Hello, assalamualaikum" sapa sya.

"Waalaikumussalam. Hello jugak. Ni sya kan?" Ujar si pemanggil. Dengar suara macam lelaki.

"Haah ni sya. Ni siapa? Mana dapat nombor ni?" Ujar sya tak sabar.

" ni fitri. Azam yang bagi. Azam kata nanti study group buat rumah dia sajalah. Dia kata malas pulak dia nak bergerak. Duduk rumah tunggu kita datang lagi baik. Dah ready belum ni?" Terang fitri panjang lebar.

"Ready untuk apa eh?" Sya bertanya. Terdengar keluhan fitri dibalik talian.

"Aish, ready untuk study group pukul 3 petang japgilah. Sapa yang natar kau nanti?" Fitri galak bertanya.

"Ouh, dah. Eh, takde sapa nak hantar akula. Kau fetch aku nanti boleh tak?" Tutur sya lembut. Nak minta tolong katakan.

"Erm, boleh saja. Hari- hari pun takpe. Sya, aku nak mintak tolong kau sikit sya." Fitri meminta tolong.

"Apa dia? Aku cuba tolong." Sya menyisirkan anak rambutnya.

"Aku tau apa yang azam dah luahkan pada kau waktu sekolah tadi. Bukan azam yang bagitau, aku yang curi dengar. Mungkin petang ni hubungan korang berdua terjejas sikit, tapi tolong stay fokus. Aku minta maaf sebab curi dengar perbualan korang tadi. Kita jumpa petang nanti okay? Bye. Assalamualaikum." Tanpa sempat sya menjawab, fitri mematikan talian.

Sya mengeluh berat. Perlukah aku hadir ke study group tu nanti?, getus hati sya. Dia menutup mata dan menarik hembus nafas dalam- dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience