Bab 18

Romance Series 7525

Bab 18

Azam memandu dengan senyap. Suara DJ radio memecahkan rasa sunyi diantara sya dan azam. Sementara azam selesa berdiam diri dan memandu, sya lebih selesa membuang pandangannya je luar tingkap.

"Dah sampai." Ujar azam sambil menarik keluar kunci kereta dan melangkah turun. Sya melakukan yang sedemikian.

Sesudah sya turun dari kereta, kedengaran bunyi hempasan ombak di pantai. Dia menikmati seketika panorama di hadapannya.

"Jomlah, aku tak bawa kau datang sini untuk jadi tunggul." Azam menarik lengan sya. Nasib baik berlapik, kalau tidak memang patah riuk azam sya kerjakan.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya sya sambil langkah kakinya dibuka besar- besar kerana tidak terkejarkan langkah azam.

"Tadaa~" azam mendepangkan tangannya.

Sya melihat di belakang azam, terdapat sebuah khemah yang terhias cantik. Di sepanjang jalan menuju ke khemah itu, ia dikelilingi oleh lilin comel. Sya terharu dan mngalirkan air mata kerana terlalu gembira.

Sya menoleh ke arah azam, azam tersenyum membalas pandangan sya. Sya tersenyum gembira, dia bahagia bertemu kembali dengan si penceria hidupnya.

Sya dan azam berjalan beriringan meuju ke sebuah meja di bawah khemah tersebut. Azam menarikkan kerusi untuk sya. Sya tersenyum.

"Well, jom makan." Azam mengajak. Sya mengangguk memandang makanan yang dihidangkan.

Mereka makan dengan senyap sambil pemain biola menggesek biolanya dengan penuh kelembutan. Secara tak langsung, tercetusnya suasana yang penuh romantis.

Selesai menjamu selera, mereka berjalan- jalan di tepi pantai. Kedua- dua mereka senyap melayan perasaan.

"Sya~" panggil seseorang. Kelihatan 2 susuk tubuh mendekati mereka berdua.

"Sya" jerit syah sebelum memeluk sya erat.

"Apa? Main hug- hug pula. Lemas aku dibuatnya." Syah mula melonggarkan pelukkannya.

"Aku dah nak kahwin." Ujar syah teruja.

"What? Dengan siapa?" Soal sya teruja sama.

"Me " fitri menyampuk. Dia tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.

"Tahniah bro." Azam dan fitri bersalaman. Mereka berpelukan beberapa ketika kemudian.

"Then, kau patut cepat azam, jangan tunggu lama- lama. Aku pergi dulu. " ujar fitri sambil menepuk lembut bahu azam. Azam tersenyum memandang fitri berlalu pergi bersama syah di sisi.

"Sya, pandang sini kejap." Ujar azam. Sya yang sedang melambai pada syah menoleh ke arah azam.

Azam sedang melutut dihadapannya, kotak baldu berbentuk hati merah yang mengandungi cincin disua pada sya.

"Bangunlah azam, malulah orang tengok." Ujar sya cemas. Siapa sangka ada yang mahu melamarnya. Matanya tetap memandang azam, statik.

"Will you be my best friend, my lovely wife, mother for my children?" Soal azam. Dia tersenyum memandang sya dengan penuh pengharapan.

Sya menggigit lembut bawah bibirnya

"Saya... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience