Bab 2

Romance Series 7525

BAB 2

Sya sedang duduk di tepi kolam renang. Kakinya direndam didalam kolam menambahkan rasa segar.

Dia lantas memetik gitarnya. Memainkan jari-jemarinya di bibir tali gitar. Memikirkan lagu yang patut dipetik. Sekali tengok macam komposer nak buat lagu saja gayanya.

Kelihatan azam memghampiri sya perlahan-lahan. Memang sudah jadi kebiasaan azam datang melepak di rumah sya waktu petang.

"Wahai sya, apa kau buat ni?" Azam bertanya sambil menarik kaki seluar treknya dan merendamkan kaki.

Sya mengeluh. "Tak tahu nak main lagu apa la. Stress" Jawab sya.

Budak zaman sekarang memang boleh stress sebab benda kecil je. Pelik.

"Try lagu baru justin bieber tu." Azam memberi cadangan.

"Justin bieber? Tak nak la. " sya seraya menggeleng membantah.

"Then?" Azam mengocak- ngocak air kolam dengan tangannya pula.

"Lagu kau dan aku yang aizat nyanyi pun best gak. Aku main lagu tu je la. Amacam?" Ujar sya smbil memandang azam.

Dengan harapan azam setuju. Pernah ke azam tak setuju dengan dia?

Azam mengangguk perlahan. Memang azam tak membantah apa jua cadangannya.

"Tapi kau kena nyanyi lah, tak syok lah kalau aku main gitar, tak ada singer. " azam hanya mengangguk mendengar permintaan sya.

Ini bukan kali pertama sya memintanya menyanyi, dah banyak kali dah. Kenapa dia mahu menolak?

Sya memulakan petikan gitar. Azam menepuk- nepuk peha tanda menghayati rentak.

Kau dan aku adalah satu tak kira apa
Segala rintihan aku engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja kerana terbiasa

Mengejar mimpi
Yang pasti akan aku
Merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu

Azam menyanyi dengan penghayatan. Walaupun tidak semerdu anuar zain, suara azam masih lagi dalam kategori baik.

Tiada henti, walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini, biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang dimataku
Walau matanya menyala
Ingin merasa namun, aku takkan cuba
Biar kata memisah kita, biarkan saja
Kerana terbiasa

"Sya, azam meh masuk. Tak payah nak karok kat luar tu. Ada sikit karipap ni. Meh" panggilan mummy sya menamatkan sesi menyanyi mereka.

Mereka mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Mereka berdua berebut- rebut memilih karipap yang intinya banyak. Sedikit sebanyak mengganggu mummy sya di dapur.

"Ya allah budak- budak ni. Dah macam budak kecil lah. Berebut pulak dorang. Makanlah elok- elok." Mummy sya menasihati. Azam dan sya tersenyum memandang satu sama lain.

Nasib baiklah azam dah menganggap mummy sya seperti ibunya. Jadi dia tidak pernah berkecil hati dengan apa yang diperkatakannya.

"Baiklah aunty. Sorry kalau kami mengganggu aunty." Azam meminta maaf sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Sya pun nak mintak maaf mummy, sorry tau. " sya tersenyum memandang muka mummynya.

"Iyalah, korang berdua ni ada- ada sajalah. Penat mummy nak melayan korang ni sya, azam. Haih, dah makan. Nk smbung kerja kat dapur balik." Mummy sya meminta diri. Kerja sebagai seorang ibu dan isteri memang tak pernah habis.

Azam dan sya kembali menyambung 'melantak' karipap yang digoreng oleh mummy sya.

"Assalamualaikum, I'm home. Mummy, daddy where are you?" Kedengaran suara garau seorang lelaki bergema.

Pantas sya dan azam melihat siapa yang dah pulang. Kelihatan seorang lelaki berbagasi besar, menanti di luar rumah.

Dengan lafaz bismillah, sya membuka pintu,maka terjegullah muka seorang insan yang dirindui oleh sya dan ahli keluarganya.

"Abang hairul, rindunya sya dengan abang." Sya lantas memeluk abangnya.

"Whoa, abang pun rindu sya. Azam, how are you? Great?" Hairul menegur azam disebelah sya.

Mereka berjabat tangan. Berpeluk sekejap melepaskan rindu.

"Sya, apa tu menjerit- jerit tu? " mummy sya menghampiri pintu.

"Ya allah hairul, kenapa balik tak bagitahu? Boleh mummy pergi ambil dekat airport " hairul menyalami tangan ibunya.

"Tak nak susahkan mummy. Abang tau yang daddy busy lately ni. Better balik with cab jeh." Hairul menerangkan. Mummy sya cuma mengangguk dengan kedegilan anak bujangnya.

"Semua buat jejak kasih depan rumah ni kenapa?" Dato' azman menegur.

"Eh abang, ni ha anak bujang kita baru balik." Mummy sya menerangkan.

Dato' azman mengangguk dan berbalu masuk ke dalam rumah. Senua pelik dengan tindakan Dato' azman kecuali hairul.

Sya menarik abangnya masuk menemui daddynya. Hairul cuma merelakan dirinya ditarik.

"Daddy, kenapa ni? Kan anak daddy dah balik. Cubalah sambut abang ni. Kesian dia." ujar sya kepada Dato' azman. Surat khabar yang dibacanya diletakkan di atas riba.

"Siapa kata daddy tak sambut abang balik? Daddy siap ambil abang dekat airport lagi." Dato' azman menerangkan. Kening sya terangkat sementara hairul menggigit bibir bawahnya menahan tawa.

"Haha.hahah.hahah." akhirnya suara hairul bergema. Memang nak kena betullah abang ni, getus hati sya.

Pantas sya menapak menuju ke bilik. Dihempasnya pintu bilik tanda merajuk konon.

Terangkat kening hairul mendengar hempasan pintu bilik adiknya. Aikk, merajukkah?, ujar hati haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience