Bab 9

Romance Series 7525

BAB 9

Faisya sedang mengemas begnya untuk pulang. Dia mahu pulang cepat sebab hari ini, mummynya memasak lauk kegemarannya iaitu ketam masak sambal.

Sedang dia menarik buku rujukan matematiknya, sehelai kertas jatuh dan terkena kakinya. Dia lantas membongkok mengambil kertas yang jatuh tadi.

Sempat dibelek- beleknya kertas itu, terdapat nama penuh dan juga kelasnya. Maknanya, memang surat itu itu untuk dirinya. Tapi, siapa yang akan memberikannya surat.

Dia menyimpan surat itu ke dalam kocek baju kurungnya sebelum meluru ke arah azam yang sedang berjalan dengan munirah. Dia melambai- lambaikan tangannya pada azam. Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke pintu pagar sekolah.

Di pagar, mereka berpisah. Mummy azam akan menumpangkan sya pulang ke rumah seperti biasa. Sepanjang perjalanan pulang sya hanya mendengar perbualan di antara azam dan mummynya. Otaknya ligat memikirkan surat yang baru diterimanya.

Sesampai di pintu pagar rumah milik keluarga sya, sya lantas menyalami tangan mummy azam dan mengucapkan terima kasih.

"Jumpa esok tau azam. Whatsapp aku nanti." Ujar sya sambil tersenyum. Azam hanya mengangguk dan melambai kepada sya.

Kereta volkswagen milik mummy azam hilang dari pandangan mata sya. Dia lantas membuka kasut sekolahnya dan memberi salam.

"Assalamualaikum, anak kesayangan semua dah balik ni." Ujar sya lantang. Sya lantas berlalu menuju ke biliknya di tingkat atas.

Dia mengambil tualanya yang comel itu dan berlalu ke dalam bilik mandi. Setelah menunaikan solat zohor, dia menuju ke dapur. Dia mencedok laut kegemarannya itu ke dalam pingganya. Memang kebiasaannya Sya bersendirian, abang hairulnya sejak pulang ke Malaysia selalu saja keluar. Mummy sibuk dengan butiknya itu, daddy pula sibuk bermain golf dan businessnya yang sedang mengusahakan sebuah projek yang bernilai hampir 4 juta.

Sya membaca doa sebelum menyuapkan nasi dan isi ketam ke dalam mulutnya. Dia makan dengan senyap, dan kadang- kadang dia mengelap air matanya yang tumpah.

Selesai makan, dia akan mengelilingi rumah sambil mencari aktiviti yang boleh dia lakukan. Mahu saja dia mengajak azam menemaninya di rumah sekarang ni, tapi mana mungkin. Mungkin dia boleh mengajak syah dan diah menemaninya. Yang lain, sibuk dengan kelas tuisyen, menolong ibu bapa mereka menguruskan syarikat keluarga.

Sya mengambil telefon pintarnya dan menelefon kedua- dua mereka. Kedua- dua mereka berjanji akan datang. Sya duduk di tepi kolam renang sambil menanti syah dan diah datang.

Sya mengocak- ngocakkan air dengan kakinya. Bunyi air terjun buatan berhampiran kolam renang menenangkan sya. Sya menghirup oksigen yang dilepaskan oleh tumbuh- tumbuhan hijau di sekelilingnya.

Tak lama kemudian, syah datang bersama diah. Sya menjemput mereka masuk. Air saja yang tak dihidangkan memandangkan Kak nabyy yang menguruskan bahagian itu. Mereka berborak- borak bagaikan telah terlalu lama berpisah.

"Eh, jom mandi pool jom." Sya mengajak. Syah yang sedang meneguk air teh tersedak.

"Eh, ku okay tak syah?" Ujar diah dan sya cemas. Sya menepuk- nepuk bahagian belakang badan syah. Sya terbatuk- batuk sebelum beransur pulih.

"Okay jom mandi pool, tapi kena ada benda tu la. Kau tahu kan sya?" Ujar sya memandang sya. Diah hanya mememrhati.

Syah membetulkan pelampung di lengannya. Memang syah tidak tahu berenang. Sya juga sama tetapi bukannya dia mahu berendam di dalam air kolam yang pastinya sejuk itu, dia cuma mahu berehat di atas pelampung yang seakan- akan tilam air dan mempunyai tempat bersandar yang bercorak pizza peperoni yaang memang khas untuknya. Diah pula dah siap berpakaian renang aa- ala perenang professional. Diah seorang yang tahu berenang.

Diah dan syah saling memercikkan air kepada satu sama lain. Kedua- dua mereka menjerit kegirangan. Sya pula sedang memerhatikan gelagat syah dan diah yang kelihatan sperti kanak- kanak ribena terlebih gula. Kadang syah dan diah memercikkan air kepad sya. Menjerit- jerit sya apabila kedua- dua mereka menterbalikkan pelampungnya. Habis basah dirinya. Mereka bermain kejar- kejar pula di dalam kolam, memandangkan kolam renang rumah sya memang besar. Mereka saling melarikan diri dan mengejar di antara satu sama lain. Mereka duduk berehat di tepi kolam renang. Syah dengan selambanya berbaring di atas pelampung sya di tengah- tengah kolam. Sya menterbalikkan pelampungnya manakala syah menjerit menjerit marah mengganggu masa ala- ala divanya itu.

"Sya, aku baru berangan nak jadi diva. Kau perosak impian aku lah. " ujar syah tak berpuas hati.

"Kau nak berangan apa atas pelampung pizza aku ni? Kalau nak jadi diva, kau kena berangan atas pelampung hot pink corak cheetah. Kau berangan atas pelampung aku tu nampak macam pizza manusia kau tak tak? " ujar sya sambil ketawa. Diah di sebelah sya turut menyumbangkan ketawanya.

Syah mencebik. Pantas sya menarik syah menuju ke tepi kolam. Syah hanya mengikut tanpa banyak soal.

"Korang, tadi waktu nak balik ada surat dalam buku math aku." Ujar sya sambil mengocak- ngocak air dengan tangannya.

"What? Series ke? Nak tengok suratnya. " ujar diah yang banyak mendiamkan diri sedari tadi.

"Haah, nak tengok plus baca suratnya." Ujar syah pula. Kedua- dua mereka memandang sya dengan pandangan 'tolong bagi kitaorang baca, please.'

"Jap, aku ambil kat dalam poket baju." Ujar sya sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Setelah mengambil surat tersebut, dia menuruni tangga dengan berhati- hati. Dari jauh, kelihatan syah dan diah sedang rancak berborak.

"Ha, borak apa tu?" Sergah sya tiba-tiba.

"Eh, eh, eh ewah." Diah melatah. Syah dan sya diam untuk beberapa saat sebelum ketawa terkekeh- keleh. Siapa sangka setelah hampir 5 tahun berkawan, ini baru kali pertama sya dan syah tahu bahawa diah melatah.

"Dahla, ni suratnya. Aku pun tak baca lagi. Bacalah, tapi bagi aku buka sampulnya dulu." Syah dan diah mengangguk laju tanda 'yeay-!'.

Selesai membuka sampul tersebut, syah merampas surat tersebut dati tangan sya. Nasib sya tidak menggegam surat tersebut dengan kuat, kalau tak, alamatnya koyaklah.

"Bacalah kuat- kuat syah. Aku malas nak baca tapi nak tahu apa isi kandungannya tu." Ujar diah. Syah mengangguk sekali.

Syah membuka lipatan surat dengan berhati- hati. Tulisan demi tulisan mula menampakkan diri.

"Ehem, aku baca ni." Ujar syah sekilas dan disambut oleh anggukkan oleh sya dan diah.

"assalamualaikum, awak apa khabar? Sihat? Sihat agaknya sebab selama saya memerhatikan awak dari jauh awak nampak sihat. Maka, saya simpulkan yang awak sihat sejahtera disamping keluarga.

Sebelum tu, siapa saya? Saya? Saya dah la tak hensem, tapi rupa tu tak adalah seteruk yang awak sangkakan. Saya ni kiranya fan awaklah. Tak payah sedar pun yang saya ni ada di sekeliling awak pun. Tapi ada sesuatu yang perlu dan harus beritahu awak, awak si pencuri hati yang nakal. Ya, awak sya. Mencuri hati saya tanpa kebenaran (tapi kalau dengan kebenaran, bukan dipanggil mencuri.) Yang saya tahu, setiap hari, saya teringat dekat awak. Malah, ketika dalam doa saya doakan awak merupakan jodoh saya. Gatalkan saya, hahahha tapi bila saya dah sedia saya akan meminang awak dan menyunting awak jadi isteri saya. Alahai, jiwang karat semakin karat pulak saya ni. Selamat tinggal, tak perlu balas surat saya yang tak seberapa ni. Assalamualaikum." Tamat syah. Kesemua mereka terkedu, samada itu surat cinta atau sekadar surat peminat? Pelik sungguh.

"Sya je dah ada peminat." Ujar syah menyakat. Sya menendang syah ke dalam kolam renang. Alangkah indahnya sya dapat menendang syah masuk ke dalam air semula, namun itu cumalah khayalannya semata- mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience