Bab 7

Romance Series 7525

BAB 7

Sya sedang leka berbuai di buaian miliknya. Sambil itu, dia bernyanyi- nyanyi kecil. Sambil itu dia memetik- metik jarinya.

Azam memerhatikan sya dari belakang. Sesekali dia tersenyum kerana terhibur dengan suara dan gerak- geri sya.

"Assalamualaikum." Azam menyapa.

Sya memandang ke arah tempat azam berdiri. Satu senyuman dihadiahkan.

"Waalaikumussalam. Lama dah ke kau duduk situ?" Sya bertanya prihatin.

"Aku mana ada duduk, aku berdiri ni ha." Azam tersengih seperti kerang busuk.

"Hurm.. iyalah. Meh sini teman aku duduk sini." Sya menepuk- nepuk bangku buaian sebelahnya. Azam menapak perlahan- lahan menuju ke buaian sebelah sya.

Mereka berbuai perlahan. Menikmati angin petang yang segar. Kadangkala kedengaran jeritan kecil sya kerana berbuai terlalu laju dan kemudiannya buaianya berbuai tinggi.

"Weyh, esok en aku nak tumpang kau pergi sekolah boleh tak?" Sya bertanya.

"Aku okay jeh. Tapi kenapa?" Azam memandang sya.

"Kau taukan siapa yang selalu hantar aku pergi sekolah. Daddy busy busy sangat. Kadang- kadang aku kena call teksi sebab nak pergi sekolah aje." Azam mengangguk faham.

"Boleh ke tak ni azam?" Sya meminta kepastian.

"Boleh. Tapi esok pukul 7 pagi dah terpacak depan pagar tau. Kalau tak, kau boleh call teksi." Sya mengangguk faham. Dia tersenyum semanis gula. Azam hanya memandang juga tersenyum.

"Dahlah tu senyumnya. Nanti orang ingat kau gila pulak. Hahaha" azam ketawa riang. Sya memandang sekilas azam sebelum mengejarnya.

"Azammm!" Teriak sya sambil mengejar azam sekeliling laman belakang.

Setelah penat berkejaran, sya duduk di atas rumput. Dia menarik hembus nafasnya agar kembali stabil.

Azam yang memerhati, terus melabuhkan punggungnya di sebelah sya. Sya menjeling tajam kepada azam. Azam mengangkat keningnya sebelah tanda tidak memahami.

"Kau dekat sangat. Pergi jauh- jauh lah." Sya membaling sehelai daun kering dan mencampakkan ke arah muka azam. Lantas azam mengejar sya yang sudah jauh meninggalkannya.

"Syaa!" Azam memngejar dengan penuh semangat. Semangat dendam kerana sya telah membaling daun kering yang kotor kearah mukanya tadi. Risau andai dilawat oleh sebarang jerawat. Maklumlah, hot stuff mesti jaga penampilan.

"Sya, aku balik dulu ya. Bye. Assalamualaikum" azam melangkah keluar pagar. Dilambainya kepada sya yang sedang berdiri beehampiran pintu pagar rumahnya

"Bye. Waalaikumussalam." Sya mbalas lambaian sambil tersenyum.

Keesokkannya, sya telah pun bersiap sedia untuk ke sekolah pada pukul 6:30 pagi. Baki masa setengah jam itu dia bersarapan mi goreng yang dimasak oleh mummynya.

Ding dong...
Kedengaran bunyi loceng. Sya pantas menyalami kedua ibu bapanya sebelum menyarungkan kasut. Dia membuka pintu pagar kecil sebelum melompat masuk ke dalam kereta Audi milik azam.

Mereka melambai ke arah mummy sya yang sedang mengambil surat di peti surat di luar. Mummy sya melambai kepada mereka kembali sambil tersenyum manis.

Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, kedua mereka senyap. Perjalanan ke sekolah yang hanya mengambil 10 minit itu tidak dimeriahi oleh suara usik - mengusik mereka berdua.

"Terima kasih pakcik." Sya menutup pintu kereta sebelum berjalan menuju ke pagar.

"Terima kasih pak cik." Azam pula turun dan menutup pintu tempat duduk penumpang. Dia menuju ke arah pintu pagar yang dia lihat ramai dengan budak perempuan. Namun, diendahkannya.

"Abang azam, terimalah surat ni. Even tulisan buruk, harap sudi terima." Seorang gadis comel menghampirinya sambil menghulurkan sepucuk sampul surat. Mengandungi surat cinta maybe.

"Eh, maaflah. Abang tak boleh ambil. Nanti abang takut abang terlupa nak baca tak pun nanti kawan- kawan abang dalam kelas tu buat kapal terbang. Kesian dekat adik yang penat mengarang surat ni kat abang." Azam menolak dengan lembut. Walaupun terpaksa menipu, dia melakukan demi dirinya agar beg sekolahnya kekal ringan hingga tiba waktu balik nanti.

"Erm... tak apalah. Betul apa yang kawan- kawan nis kata yang nis tak cukup cantik nak kawan dengan abang." Nis mula membuat drama air mata pula. Seram sejuk pula azam pabila gadis di hadapannya seperti ingin menangis.

Cepat- cepat azam mengambil surat di tangan nis itu. Setelah mengucapkan terima kasih, cepat- cepat dia menuju ke arah fitri yang berada di tapak perhimpunan.

"Ssup bro." Fitri dan azam melagakan penumbuk. Sebagai tanda mereka telah bersalam sebentar tadi.

"Weyh, bosan do duduk dalam kelas. Cikgu pulak tak ada. Lagi masyaallah bosan tahap petala ke-7." Fitri mengadu pada azam. Azam yang sedang mengetuk- ngetuk meja dengan jari telunjuknya ditenung.

"Kalau kau bosan sangat, jom baca surat cinta." Azam mencadangkan. Walaupun bukan segempak bermain bola sepak kertas di belakang kelas, tetapi baginya ini mampu menghilangkan bosan mereka berdua.

"Okay. Let's. Kau ada berapa banyak surat tersimpan dalam beg kau?" Fitri mula mengambil tempat di sebelah azam yang kosong kerana deskmate azam telah pindah ke Johor.

Azam menunjukkan bilangan 2 dengan tangan kanannya manakala 7 dengan tangan kirinya. Digabung bersama menjadi 27.

Azam membuka sampul yang menutupi surat cinta pertama. Didalamnya terdapat sedikit serbuk berwarna putih. Cepat- cepat azam membuka surat tersebut di laci meja agar serbuk tadi tidak berterabur dan bersepah.

"Okay, aku baca tau." Azam ingin mula membaca. Tak semena- mena surat di dalam genggamannya itu dirampas fitri. Tangannya sempat menunding ke arah dirinya dengan maksud 'biar aku yang baca'.

To: abang azam hensem. (Muah)
From: ayuni syakira

Abang,
Abang tau tak waktu first day sekolah, hati qira dah terpaut pada abang. Kira cinta pandang pertama. Waktu tu, qira rasa berdebar sangat. Qira sedar qira ni cuma junior aje. Abang memang tak kan layan. Tapi qira harap dengan surat ini, abang dapat mengetahui kewujudan qira di sekolah ni. Bye, qira nk cakap tu je.

Being your girl always,
Ayuni syakira

Nada percakapan fitri yang berubah 'ayu' ketika membaca surat itu membuatkan azam tidak henti dari asyik tergelak kecil.

"Next, aku dah tak sabar nak dengar suara ayu kau tu fitri." Azam tergelak melihat fitri yang berubah gedik ala- ala perempuan sewaktu mengambil surat dari longgokan surat di dalam mejanya.

Fitri membuka surat dengan penuh lemah lembut dan menggoda. Sumpah kalau fitri dipakaikan tudung, memang akan kelihatan seperti perempuan melayu terakhir akibat muka baby facenya dan perangainya seperti kucing mahu mengawan itu.

Adakah azam tengah baca surat ni? Well, akak nak perkenalkan diri. Nama akak nur syafiqah aulia. Mesti ingat kan, akak yang denda azam waktu azam lewat ke sekolah pada hari rabu lepas. Pada masa itu, akak dah tersayang azam. Harap sangat akak boleh dpatkan number fon azam. Ni number fon akak: 010-4××××678. Nanti rajin, whatsapp akak ye? Bye.

Siapa sangka, senior pun menaruh minat pada azam. Sangkanya azam hanya terkenal di kalangan junior dan golongan sebaya.

Pembacaan surat cinta diteruskan. Sewaktu ingin membaca surat ke-4, fatin masuk ke kelas 3 mawar putih dan mendekati azam.

"Azam, sya.. sya.. sya.." tersekat-sekat fatin berbicara.

"Kenapa dengan sya?" Azam bertanya cemas. Kedengaran anasir- ansir berbisik- bisik. 'Awek dalam kesusahan la tu.' 'Alah, kalau pasal awek, terus risau.'

"Sya ... sya dengan syah bergaduh dekat budak kelas 3 violet biru." Azam menepuk meja dengan kuat.

"Dekat mana diaorang bergaduh?" Azam mengemas semula surat- surat cinta tadi.

"Dekat dataran." Azam terus menarik tangan fitri mengikutinya. Dia berlari menuruni tangga.sya, kekal kuat tolong, kejap lagi aku sampai, getus hati azam sambil langkah yang diambil makin laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience