Bab 4

Romance Series 7526

BAB 4

Sya melangkah turun ke dapur setelah selesai solat subuh. Memang rutinnya membantu mummynya menyediakan sarapan.

Memandangkan hari sabtu merupakan hari cuti, dapatlah sya membantu.

"Good morning , bonda." Sya menyapa.

"Good morning juga hamba beta. Mari sini tolong beta." Mummy sya mula menyahut cabaran sya di pagi hari.

"Ada apa yang patik boleh bantu?" Sya membalas. Faham benar dengan mummynya yang tak ingin mengalah.

"Tolong beta kemaskan dapur, hidang makanan, cuci pinggan mangkuk." Mummy sya memberi arahan.

"Mummy, banyaknya kerja. Huwaaa... penatlah sya nanti mummy." Sya mengalah. Keinginannya mencabar mumnynya berdrama membawa padah.

"Hehehehe... tadi kata nak tolong sangat kan? Sila buat semua tu sebelum keluar dating dengan azam ya?" Sya memandang pelik mummynya. Bila pula sya nak dating dengan azam?

"Mummy, bila pulak sya nak keluar dating dengan azam? Siapa bagitau ni? Rasanya azam tak cakap apa- apa pun semalam dekat sya." Sya bertanya. Siapa tak pelik tiba- tiba mak sendiri kata korang nak pegi dating? Pelik.

"Semalam azam call daddy cakap dia nak bawa sya pergi jalan- jalan. Daddy izinkan tapi bukan korang berdua. Mesti bawa minna sekali." Daddy mencelah. Mulut sya mengukir senyuman.

"Ha, apa senyum- senyum tu? Suka la kan dapat pergi date." Daddy menyakat. Sya hanya mencebik memandang daddynya.

Sya berlalu ke dapur membantu mummynya. Lagi baik tolong mummy dari kena sakat dengan daddy aje, getus sya.

"Assalamualaikum, ada orang tak?" Suara azam memberi salam. Kesemua mata ahli keluarganya memandangnya. Sya berkerut tanda tak faham.

"Pergilah buka pintu, adik ipar abang dah sampai tu." Hairul menyakat sya. Sya memandang mummynya minta simpati. Nampaknya muka comelnya tak membuatkan mummy lembut hati.

"Dah, pergilah buka pintu tu. Kesian azam tunggu lama dekat luar." Keluar arahan mummy sya. Sya bangun dan mencebik sepanjang menuju ke pintu.

"Nak apa datang rumah orang ni?" Sya bertanya pada azam sebaik saja pintu dibuka. Azam tersentak disambut oleh sya dan 'ucapan manis'nya.

"Uncle suruh aku breakfast kat rumah kau harini sya. Sebab tu aku datang." Azam menerangkan sambil membetulkan bajunya.

Sya membuka luas pintu membenarkan azam masuk. Azam tersenyum memandang sya dengan muka menyampahnya.

Azam menyalami tangan daddy sya dan abangnya. Dia lantas mengambil tempat di sebelah abang hairul.

Sya kembali ke meja makan dan duduk menghadap azam. Dijegil matanya kepada azam. Azam cuma buat endah tak endah dengan perlakuan sya.

"Ha, hairul baca doa makan. Tak payah tunggu drama adik kamu dengan si azam habis." Suara daddy sya memberi arahan.

Merona merah muka sya menahan malu. Sungguh tak sangka keluarganya memerhati gerak-gerinya.

Selesai doa makan dibaca, sya menerkam sosej cheese kegemarannya. Disuapnya kedalam mulut dengan penuh nikmat.

Azam mencapai baked beans dan sya juga mencapainya. Serentak mereka menarik kembali tangan mereka.

"Ish, mummy...tengok azam ni. Suka suki dia aje nak pegang tangan sya." Sya mengadu.

"Mana ade, mnede azam pegang tangan dia. Tadi azam nk amik kacang panggang tu. Sya pon nak amik, so tangan kitaorang tersentuh. Sorry aunty, uncle sbb tersentuh anak aunty uncle."azam meminta maaf.

"Takpelah azam, tak sengaja kan?" Mummy sya tersenyum manis.

Sya mencebik. Siapa suruh mengada sangat nak kenakan orang, last-last kau yang kena balik, getus sya.

Kesemua mereka bersarapan dengan senyap. Sesekali mereka ketawa ketika daddy sya membuat lawak.

"Mummy, tau tak azam nak ajak sya pergi mana nanti?" Sya bertanya sewaktu menolong mummynya menganggkat pinggan kotor ke dapur.

Mummynya memandang pelik. Sampai terangkat kening sebelah.

"Minna yang tanya lah mummy. Dia nak minta izin dari ibu dia awal- awal." Sya menerangkan.

"Entahlah, mummy pun tak tahu. Pegi pejabat agama kot." Sya dah buat muka selenga.

"Kenapa pergi pejabat agama?" Sya bertanya.

"Pergi nikah dengan sya lah. Apa lagi." Mummynya mula ketawa kuat.

"Mummy ni, main- main pulak. Merajuk karang." Sya mengugut.

"Kalau merajuk, abang hairul kan ada. Boleh layan mummy. " balas mummynya. Sya terus mencebik.

"Eh, sya kau dah siap belum? Cepat sikit kata nak amik minna dengan syah." Azam masuk ke dapur.

"Belumlah, kau tunggu 30 minit aq nak pergi bersiap kejap." Sya terus berlari anak menuju ke biliknya di tingkat atas.

Azam menggeleng-geleng kepalanya melihat perangai sya yang seperti kanak- kanak ribena campur milo campur gula-gula campur riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience