Bab 10

Romance Series 7525

BAB 10

Azam melangkah masuk ke kawasan sekolah. Dia membetulkan tali lehernya yang sedikit senget. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, di meuju ke arah fitri yang sedang membaca novel? Ya novel.

"Bro, kau asal baca novel ni?" Azam menyapa. Fitri masih tidak mengalihkan pandangan matanya dari novelnya.

Azam menepuk perlahan bahu fitri. Tersentak fitri akibat terkejut. Azam dan fitri berlaga penumpuk. Azam mengambil tempat di sebelah fitri.

"So, since when?" Soal azam sambil memandang fitri pelik. Sape yang tak pelik kalau lelaki yang baca novel? Selalu perempuan je.

"Erm.. baru aje tadi. Si syah bagi aku pinjam. Best juga la." Komen fitri.

"Tajuk apa ni? Kaler pink pulak tu." Ujar azam sambil menjentik-jentik kulit buku novel itu.

"Suamiku paling sweet. Best giler, kau pon patut baca. Syah kata, nanti kalau aku kahwin, boleh aku jadi sweet macam izz haikal dalam citer novel ni." Ujar fitri dengan mengangkat sebelah keningnya.

"Banyaklah kau. Dasar feminin betul." Azam menampar lembut pipi fitri.

"Eh, jeles ke ape? Aku feminin pun ada fans tau." Ujar fitri riak. Tangannya menumbuk lembut bahu azam.

Sebelum sempat azam membalas, perhimpunan pagi telah pun bermula. Kelam- kabut azam beratur di barisan kelasnya.

Sya berjalan perlahan menaiki tangga menuju ke kelasnya. Begnya yang berat pada hari itu menyukarkan dirinya untuk memanjat anak tangga. Sedang dia berusaha memanjat anak tangga, tiba- tiba begnya yang berat telahpun menjadi berat.

"Azam~!?" Ujar sya sewaktu menoleh ke belakang. Dia ingin melihat siapakah gerangan yang membantunya itu. Azam sedang mengangkat begnya itu bagi meringankan sedikit beban bahu sya.

"Terima kasih. Nanti rehat kita jumpa kay? Bye azam, jangan nak mengorat je kerjanya. Belajarlah dulu sengal. " nasihat sya sambil berjalan membelakangi azam. Sebelum masukke dalam kelasnya, sempat dia melihat azam mengenyitkan mata padanya. Pipinya berona merah. Azam buat macamtu sebagai kawan je,bukan apa- apa pun, ujar sya bagi menyedapkan hatinya.

Sepanjang masa pembelajaran, azam tidak menumpukan sepenuh perhatian. Dia sedang memikirkan langkah untuk menghantar surat cinta buat sya. Memang dia menghantar surat itu buat sya, niatnya agar sya mengetahui perasaannya terhadap sya dan sya akan menyedari bahawa mereka boleh menjadi dari BFF.

Sedang dia termenung, mejanya ditepuk kuat oleh seseorang. Azam mengangkat mukanya memandang siapa yang mengetuk mejanya. Dihadapan azam, fitri sedang membuat muka comel sambil membuat 'peace'.

Azam berdiri dan berlalu keluar dari kelas. Memandangkan sekarang masa rehat, dia rasa inilah masanya dia bersendirian. Azam berjalan menuju ke arah taman bunga di bahagian tepi banggunan sekolahnya. Bunga- bunga yang sedang mekar memyebarkan bau yang wangi dan menyegarkan. Sungguh dia tenang sekarang.

"Lepaskan lah aku." Dari jauh, kedengaran suara seorang gadis menjerit.

"Hahahha... senangnya kau cakap. Kau dah tolak cinta aku. Kau terima aku, dan aku akan lepaskan kau." Suara garau lelaki pula kedengaran. Azam mendekati arah dari mana suara tadi kedengaran.

Dari jauh, kelihatan seorang gadis bersama seorang lelaki. Tangan gadis itu tadi dicengkam kuat oleh lelaki itu. Nampak seakan- akan satu babak di dalam drama slot akasia yang bersiaran pada pukul 7 malam itu.

"Dahlah, lepaskan lah dia. " ujar azam berani. Kasihan dia melihat tangan si gadis yang sudah mula membiru dek kerana cengkaman kuat lelaki tersebut.

"Kau siapa nak arah- arah aku?" Si lelaki membuang pandangannya ke arah azam. Pandangannya yang sinis menunjukkan bahawa dia tidak gentar dengan azam.

Si lelaki bergerak menghampiri azam. Satu tumbukan dilayangkan ke arah mata kanan azam. Nasib baik azam sempat mengelak sebelum mata kanannya ditumbuk. Si lelaki jatuh tersungkur dan si gadis telah kedengaran esakan kecil dari bibirnya.

Si lelaki yang telah pun bangun kini cuba untuk menendang kaki azam pula. Sebagai penuntut ilmu silat, azam terlebih dahulu mengelak dan buat kali kedua, si lelaki tersungkur.

"Dahlah said, baik awak hentikan semua ni." Kedengaran suara guru disiplin mereka cikgu Azreen menyampuk. Lelaki tadi yang bernama said sepantas kilat membatukan dirinya dan berdiri tegak. Mungkin kerana ketakutan kerana khabarnya cikgu azreen ini merupakan mak ciknya dan telah diamanahkan oleh ibu said untuk menjaganya.

Said dipanggil masuk ke dalam bilik disiplin. Azam membersihkan baju kemeja sekolahnya yang sudah pun sedikit berkedut dan kotor. Si gadis tadi menuju ke arah azam yang sedang menepuk- bepuk bajunya.

"Te.. terima kasih ya. Nama saya qistina. Awak?" Ramah qistina bertanya.

"Sama- sama. Nama saya azam. Saya kena pergi." Ujar azam meminta diri. Dia terlupa bahawa dia perlu berjumpa dengan sya pada waktu rehat. Dia berlari sepantas mungkin menuju ke kantin dengan harapan sya tidak akan memarahinya kerana lewat.

Dari jauh, azam dapat melihat geng D' royals sudah berkumpul di suatu meja yang agak tersorok. Azam mengelap peluhnya dan membetulkan bajunya.

"Hai, queen." Azam menyapa sya. Sya hanya diam membatu tidak menghiraukan azam. Azam mencapai sesuatu di dalam poket seluarnya. Satu bungkusan coklat cadbury dikeluarkan. Azam menggoyang- goyangkan bungkusan coklat itu tadi di hadapan muka sya. Kerana tidak tahan dek coklat itu, sya mencapai coklat tersebut dan tersenyum memandang azam. Seseungguhnya azam amat memahami dirinya.

Masa rehat mereka dihabiskan dengan berbincang tentang study group D' royals pada hari jumaat nanti. Mereka memilih rumah sya sebagai tempat belajar kerana kehadiran ibu bapa sya dapat mengelakkan hal- hal buruk berlaku dan kepastian makanan sepanjang masa amat penting. Kesemua mereka bersurai menuju ke kelas masing- masing sejurus selepas bunyi loceng sekolah yang berwarna merah berbunyi lantang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience