Bab 5

Romance Series 7525

BAB 5

"Eh azam, kau nak bawa kitaorang pergi mana?" Syah bertanya.

"Pergi ambil kawan aku kejap, pastu kita pergi pavillion." Azam yang duduk dihadapan bersama pemandu peribadinya menjawab.

"Kawan yang mana satu? " minna dan sya dah buat muka 1001 makna bila syah bertanya sedemikian.

"Nanti kau tahulah yang mana satu. Duduk aje diam- diam kat belakang tu." Azam mengarahkan.

Minna dan sya berusaha sedaya upaya menahan ketawa melihat 'duck face' syah. Macam- macam betul dia ni.

Kereta yang dipandu oleh pak cik alex memasuki kawasan perumahan yang agak mewah. Kereta nissan starex yang dipandunya berhenti di sebuah rumah yang paling besar dan mewah.

"Eh, rumah siapa ni azam?" Syah bertanya lagi.
Azam buat muka seposen tanda tidak mahu menjawab.

"Ssup azam, bawak awek gi jalan- jalan ajak aku ke?" Ujar satu suara. Terbuntang terus mata syah melihat pemilik suara yang menyapa azam sebentar tadi.

Rupa- rupanya kawan azam ini ialah seorang atlet ragbi sekolah. Namanya fitri, nama penuh Raja adian fitri bin Raja adrian. Kelas sama macam si azam ni, 3 ros putih. Fitri mempunyai rupa paras yang boleh mencairkan hati setiap gadis. Perangainya yang sungguh gentle menaikkan rank dia sebagai jejaka paling hot dekat sekolah.

"Hi girls" fitri menyapa. Mata syah mula bersinar- sinar.

"Well, hi jugak." Sya membalas memandangkan kedua- dua kawannya kelu.

"Cepatlah naik, nanti lambat pulak. Nak jual minyak pulak dia dekat sini." Azam mencelah.

Fitri cepat- cepat naik dan duduk di sebelah syah yang duduk dihadapan. Minna dan sya memang anti duduk dengan sya sebab nanti konfirm berebut tempat. Takut keluar pula jeritan ala- ala langsuir plus ponti syah.

Kereta mula berlalu meninggalkan perkarangan rumah fitri.

Sesampainya di pavillion, kesemua mereka turun dan menuju ke Mcdonalds memandang kesemua mereka lapar ketika dalam perjalanan ke sini.

"Korang nak makan apa?" Sya bertanya pada minna dan syah.

"Sebenarnya lah kan sya, aku dengan minna tak bawa duit. Sebab mati- mati kitaorang ingat kena teman kau dengan azam pergi lepak taman bunga ke apa." Syah menerangkan.

"Takpe, aku belanja korang makan ye? Tapi kalau over, bayar sendiri." Sya bergurau. Memang sebentar tadi, daddynya memberikan RM50 kepada sya, kemudian mummynya memberikan RM100 kepadanya dan akhirnya abang hairul memberikan RM50 kepadanya.

"Betul ke sya?, ya allah bersyukurnya aku jumpa kawan macamni." Minna meraupkan kedua belah tapak tangannya ke mukanya.

"Cepatlah, nak makan apa ni?" Sya bertanya buat kali kedua.

"Ku nak makan apa yang kau makan. Baru friendship goals." Syah menjawab smbil tersengih.

"Aku pun sama. Aku tak ada lah demand giler." Ujar minna. Sya mengangguk setuju.

Sya memesan 3 double cheeseburger, 3 apple pie, 2 air heaven and earth dan 1 coca-cola. Dia membayar dan meminta pertolongan syah dan minna membawa dulang ke meja.

Selesai membaca doa, mereka makan dengan sopan. Azam dan fitri yang baru saja selesai bersolat menyertai mereka.

Azam memesan 1 set samurai burger bersama air pepsi manakala fitri memesan chicken nuggets, 2 apple pie bersama air milo. Nampak tak perbezaan antara atlet dengan non- atlet.

Kesemua gadis melayu 'terakhir menuju ke surau untuk menunaikan solat zohor. Syah dan sya mengambil wuduk dan mula bersolat kecuali minna yang sedang mengibarkan bendera 'Merdeka'.

Selesai bersolat, kesemua mereka bersiar- siar di mall. Kesemua mereka meneliti kedai- kedai menjual barangan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience