Bab 13

Romance Series 7525

BAB 13

Memandang harini merupakan hari sabtu dan cuti, sya membuat keputusan untuk menolong mummynya mengemas rumah. Dia bosan kerana tiada peneman di pagi hari kerana kebiasaannya azam akan datang ke rumah dan menemaninya. Kerana kejadian semalam, mahukah azam meneruskan rutinnya seperti biasa? Rasanya tak.

Sya sedang menyanyi- nyanyi kecil di tepi kolam renang. Kakinya dicelup masuk ke dalam kolam dan dia menendang- nendang air kolam dengan kakinya. Angin sepoi- sepoi bahasa merancakkan lagi nyanyian sya.

Disebalik pokok palma di luar pagar rumah sya, azam sedang memerhatikan tingkah laku sya. Dia memang tak dapat menghalang rutinnya iaitu menemani sya di pagi sabtu. Dia dengan jelas dapat melihat sya menangis. Dia menangis sebab aku ke?, getus hati kecil azam. Perasaan serba- salahnya pada sya semakin menebal.

Setelah hampir 10 minit berada di luar pagar rumah sya, azam menapak pulang. Nasihat fitri masih terngiang- ngiang di benak fikirannya. "Kau jangan sia- siakan apa yang kau ada sekarang. Sebab yang kau ada sekarang ni nampaknya dah lebih dari cukup untuk kau. Jangan kehilangan apa yang kau ada. Tu je aku nak nasihat. Ingat azam. " ayat fitri berlegar- legar di dalam fikirannya.

Dia mengeluh panjang. Dia duduk di pangkin belakang rumahnya. Dia mahu menenangkan dirinya. Dia terasa terbeban kerana minggu hadapan merupakan peperiksaan penting pada tahun ini iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 atau singkatannya PT3.

Dia menujuke kamar tidurnya. Dia memgeluarkan buku- buku rujukannya sebelum mengulangkaji. Dia hanyut mengulangkaji dan tidak memikirkan masalahnya dengan sya.

Sya menukar pakaiannya yang basah kuyup kerana dia berenang tadi. Sedang mengelap rambutnya yang basah, telefonnya bergetar menandakan mesej whatsapp masuk.

Fitri tree: hi sya. Kau ok tak pasal semalam? - 12:32

Sya: hi. Okay jeh. -12:32

Fitri tree:ouh, study together jom? Bored gila study sorang- sorang. Kalau nak tanya pun, nak tanya sape, tunggu l ke?-12:34

Sya: cun, jap gi aku sampai. Ajak yang lain sekali. -12:35

Fitri tree: ouh kay. Bye. Jumpa nnti.

Sya: okay. Bye.

Aq bergegas menukar pakaian. Memuatkan buku- buku rujukan di dalam beg dan lantas turun ke bawah untuk meminta abang hairul menghantarnya ke rumah fitri.

"Abang~ ouh abang~" sya memanggil lembut. Dia menuju ke ruang tamu. Kelihatan abangnya sedang bermain video game xboxnya. Dia mengambil tempat di sebelah abang fitri.

"Abang~" sya mencuit bahu abangnya. Abang hairul masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Sya nak pergi rumah kawan, abang hantarkan boleh? Sya tunggu kat kereta abang tau. " ujar sya. Dia keliar rumah sambil menggengam gugusan kunci kereta audi milik abang hairul. Selesai menyarung sneakers, dia menghidupkan enjin kereta dan menanti abang hairul di dalam kereta.

"Bye abang, jaga kak anis elok- elok.kirim salam kat dia. Sayang abang. Bye" ucap sya sebelum turun dari perut kereta dan menutup pintu kereta setelah sampai. Hairul tergamam mendengar kata- kata sya. Rupanya adiknya telah pun mengetahui yang dia sedang berkawan dengan anis, kakak syah. Dia memandu pergi menuju ke taman tasik titiwangsa.

"Assalamualaikum, fitri." Sya memberi salam dengan sopan.

Kelihatan seorang wanita berkain batik dan berbaju-T lusuh keluar. "Ya ada apa cik?" Dia menyapa.

"Saya ni kawan fitri, fitri ada dekat rumah tak?" Soal sya sopan. Karang dia keluar mulut laser, nanti dicop kurang ajar pula dengan orang yang lebih tua darinya.

"Maaf, dirumah ini ngak ada orang bernama fitri. Rasanya cik silap rumah. Kalau tak silap saya, rumah sebelah tuan mudanya bernama fitri. " balas wanita itu tadi. Dia menunding ke arah rumah di sebelah kanannya.

"Terima kasih." Ujar sya. Mukanya merona merah menahan malu. Alahai sya, macammanalah kau boleh salah rumah ni?, getus hati kecil sya.

Dia melangkah ke rumah sebelah. Dia menekan loceng rumah yang disediakan. Dia menanti sebentar sebelum pintu pagar automatik terbuka dan melangkah masuk ke dalam.

"Ha, sya masuklah. Yang lain dah sampai, kitaorang tunggu kau aje. " sapa fitri di muka pintu rumah.sya mengangguk perlahan.

Dia melangkah masuk sebelum berpaling ke arah fitri semula. Fitri yang mahu melangkah masuk juga terlanggar sya hingga kedua- dua mereka terjatuh di hadapan muka pintu.

"Auch, sakitnya." Aduh sya. Badannya sedang dihempap oleh fitri yang boleh tahan beratnya. Sya menolak tubuh fitri ke tepi sebelum memicit bahunya yang berasa sengal- sengal.

"Sya, aku minta maaf. Tak sengaja. " ujar fitri sambil menunduk memandang lantai. Fitri sememangnya seorang yang gentleman.

"Eh, aku yang salah. Berhenti tak bagi signal. Cuai betul aku. Aku minta maaf ye fitri?" Kali ini giliran sya pula memandang lantai. Entah apa yang cantiknya lantai tu pun, penulis tak tahu.

"Ehem.. ehem." Suara dehaman seseorang menghentikan drama meminta maaf dari sya dan fitri.

Kedua- dua mereka menoleh ke arah suara dehaman itu tadi. "A.. azam?" Ucap mereka serentak. Kedua- dua kelu untuk bercakap sebaik saja terlihat riak wajah azam yang menyinga.

Sya membayangkan asap keluar dari kedua- dua belah telinga azam, manakala fitri membayangkan azam yang tiba- tiba berubah menjadi hulk yang berwarna hijau didalam kartun avenger itu. Serentak, kedua- dua mereka ketawa terbahak- bahak.

"Korang dah kenapa gelak macam orang gila terlepas tanjung rambutan ni?" Diah menyapa. Serentak kedua- dua mereka berpandangan sesama sendiri. Satu.. dua. Tiga.. ketawa mereka meledak. Kali ini lebih kuat dan mereka saling menekan- nekan perut tanda perut mereka senak akibat ketawa yang overdose.

"Hish, dahlah gelak. Nanti orang kata korang gila pulak. Bangunlah. " desak diah. Sya dan fitri menghabiskan sisi-sisa tawa mereka. Sebelum berdiri tegak sebelum sama- sama menyanyikan lagu 'Negaraku' dari mula sehingga habis. Maka, azam, syah dan diah semakin keliru dengan perangai kawan mereka yang dah rosak otaknya. Tolong panggilkan mekanik otak, eh? Ada ke mekanik otak? Ada kot.

Setelah hampir 10 minit melayan otak senget fitri dan sya yang asyik ketawa tadi. Kini mereka semua sedang menghadap buku - buku rujukan yang maha tebal di ruang tamu. Ada yang duduk bersila, berlunjur, berbaring dan tak ketinggalan bersimpuh ala- ala wanita melayu zaman dahulu.

"Huwaa... penatnya, jomlah rest dulu korang. Dah setengah jam kita psiko s buku ni supaya bagi kita ilmu. Jom rest jom diah" pujuk syah. Alahai memanja pulak dia.

"Haah, jomlah. Aku penat." Ujar azam dingin. Semua menutup buku rujukan masing- masing. Ada yang kedapur mencari kudap- kudapan dan yang pasti, diah dan syah yang pergi mencari kudap- kudapan dengan rupa ala- ala indiana jones gitu.

Di ruang tamu, sya, fitri dan azam membisu saja. Ketegangan diantara mereka semakin tegang. Pergaduhan di antara azam dan sya masih tidak reda kerana azam masih kelihatan dingin dengan sya. Hubungan azam dengan fitri juga nampaknya akan retak kerana kejadian sebentar tadi.

"Azam, aku rasa..." belum sempat fitri menghabiskan ayatnya, azam menngambil beg berisi buku rujukannya itu dan berlalu pergi. Sya mengeluh panjang. Entah apalah nasibnya kerana dibenci oleh kawan karib sendiri.

"Sya, kau sabar tau. Kitaorang ada dekat belakang kau, don't worry okay? " ujar syah dari dapur sambil mengunyah kerepek kentang jenama mister potato.. mister potato.. eh? Sya mengangguk perlahan. Dia tersenyum lebar, seorang yang benci, makin ramai pula yang sayang.

"Don't give up tau sya. Nanti sya yang gila- gila happy go lucky tu hilang. Pastu aku sedih, bila aku sedih, aku nangis, bila aku nangis, banjir, bila banjir, ada jerung, bila ada jerung, semua kena baham. Jangan lah buat semua kena baham." Ujar diah dengan nada sedih dan mulut yang dicebikkan. Alahai, kawanku diah.. buat malu aku aje depan fitri, getus hati kecil sya.

Bukk,
Syah mengetuk kepala diah dengan senduk yang entah dari mana entah dia capai. Fitri sedaya upaya menahan ketawanya namun kerana drama swasta sya and friend, dia terpaksa ketawa. Tawa sya juga kedengaran. Disambut oleh syah yang sedang bercekak pinggang sambil menggegam erat senduk tadi. Tak lama kemudian, diah menyertai tawa yang lain. Kalaulah azam ada dekat sini dan gelak dengan kitaorang sekarang mesti meriah, bisik hati kecil sya dan fitri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience