Bab 16

Romance Series 7525

BAB 16

"Hah.. penatnya lahai. Kau ni kan sya, bab shopping, memang champion." Rungut syah sambil duduk di bangku yang disediakan oleh pihak mall. Dia melepaskan keluhan panjang tanda penat.

"Ala, aku beli sikit je kot syah." Ujar sya sambil duduk di sebelah syah. Ditangannya terdapat lebih kurang 5 beg kertas yang berjenama converse, vans, body shop, parkson dan pandora.

"Hurm.. iyelah. Kita rest kejap tau. kaki aku sakit sebab pakai wedges. " ujar syah sambil mengurut- urut kakinya. Sya di sebelah hanya memerhati.

Syah sedang mengurut- ngurut kakinya yang sakit sambil matanya melilau- lilau melihat sekeliling. Sya pula sedang sibuk melihat barang yang dibelinya sebentar tadi.

Dari jauh, kelihatan satu wajah yang amat syah kenali.

"Eh, tu azam kan?" Ujar syah smbil menyiku lengan sya.

Sya melihat ke arah yang syah tunjuk. Dari jauh, kelihatan satu wajah yang tak pernah dia lupakan. Azam, kawan baiknya.

Azam sedang menuju ke arah mereka berdua.

Syah dan sya cuba berlagak tenang dan seakan-akan tidak menyedari kelibat azam.

"Hai ladies. Remember me?" Ujar azam setelah mendekati sya dan syah. Dia tersenyum sambil menunjukkan simbol 'peace' kepada mereka.

syah turut sama menunjukkan tanda 'peace' kepada azam.

"Macam mana hidup? Elok ke? Buruk ke?" Syah ramah bertanya. Sya selesa berdiam diri saja.

"Elok aje. Nanti lepas aku habis study, daddy aku offer kerja kat company dia." Ujar azam teruja.

"Yeke? tahniah. " ucap syah.

Sya masih berdiam diri. Dia selesa begitu. Dia membuang pandangannya ke arah lain.

"Sya, aku nak minta maaf atas apa yang aku buat dulu. Aku tak matang dulu. kita boleh jadi kawan balik. " ucap azam ikhlas. Dia menunduk, sedia menerima apa saja yang keluar dari mulut sya.

"Ha? Okay. Cun.. sebagai tanda kita kawan balik, kau kena belanja kitaorang makan. Betul tak syah?" Syah disebelah mengangguk- angguk kepalanya.

"Okay jom. " ujar azam setelah berfikir.

"Makan dekat mana? Pilih yang mahal- mahal sikit sya." Saran syah. Sya mengangguk kepalanya.

"Kita pergi makan dekat hotel 5 bintang. Jom!!~" putus sya. Terbeliak mata azam mendengar keputusan sya. Dia memikirkan dompetnya yang bakal kosong sebentar lagi dek kerana penangan sya dan syah.

Setelah tiba di hotel 5 bintang yang terkenal di kuala lumpur, sya dan syah menjadi yang pertama turun dari kereta myvi milik azam.

Mereka berjalan masuk ke dalam restoran hotel. Sya dan sya serta merta berlalu untuk mengambil makanan sementara azam menjaga meja.

Setelah hampir 10 minit, sya dan syah kembali ke meja dengan beraneka jenis makanan. Ada pasta goreng, karipap, badak berendam, mi bandung, kek lapis, sandwich, sotong goreng tepung, ketam mentega,kerang bakar dan otak- otak.

"Banyaknya korang makan,bukan girls tak suka makan banyak sebab takut gemuk ke?" Sindir azam selamba sambil berlalu untuk mengambil makanannya pula.

Sya dan syah tak terkesan pun dengan sindiran azam. Mereka terus membaca doa dan menyuapkan makanan ke dalam mulut dengan senyap.

Azam kembali bersama sepinggan mi goreng dan segelas air bandung. Dia mula membaca doa dan makan dengan tertib.

"Kenyangnya. Wah, terima kasih azam belanja. " ucap syah sambil menghirup air kopinya.

"Bagus kalau kau belanja selalu" ujar sya bergurau.

"Ha... aku belanja korang selalu? Mimpi ajelah kak berdua oii." Ujar azam. Ketiga- tiga mereka ketawa.

"Dahlah, aku nak pergi bayar. " azam bangun dari kerusinya dan berlalu ke kaunter pembayaran.

"Ha? Okay. Kitaorang nak ikut." Sya dan syah bingkas bangun mengikut azam ke kaunter pembayaran.

"Semuanya berharga RM198 ringgit." Ujar penjaga kaunter tersebut. Sya dan syah disebelah terbeliak mendengar harga kesemua makanan yang mereka telah makan.

Azam mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan enpat keping not 50 kepada penjaga kaunter.

Setelah menerima baki, mereka semua keluar dari hotel menuju ke kereta milik azam.

"Azam, fitri macam mana sekarang?" Soal syah di tempat duduk belakang.

"Dia okay sekarang. Dia tengah study luar negara dekat Russia. Kenapa tanya?" Azam kembali fokus pada pemanduannya.

"Dia tanya sebab dia minat fitri la tu." Sampuk sya yang berada di sebelah azam.

"Eh, mana ada. Sya saja reka cerita tu." Ujar sya sambil mencubit lengan sya. Sya mengaduh kesakitan dan menggosok- gosok lengannya yang sakit itu.

"Lebam nanti, aku bagitahu fitri yang kau buli aku. " ujar sya sambil mencebik. Syah hanya menjelirkan lidah tanda 'ada aku kesah?'.

"Eh, dahlah tu. Rumah korang yang mana satu?" Soal azam sambil memandu perlahan.

"Erm, yang hujung sekali tu. " ujar sya sambil menunding jari runcingnya kepada rumah di hujung jalan.

Setelah sampai, mereka saling bertukar- tukar nombor telefon. Sya dan syah mengucapkan terima kasih di atas kesudiaan azam membelanja mereka makan dan menghantar mereka pulang.

Kereta swift biru milik sya akan dibawa pulang oleh insan yang bernama diah. Oleh kerana diah dan minna ingin pergi ke mall selepas tamat kuliah, sya meminta mereka membawa keretanya pulang. Sya tidak perlu memberi kunci keretanya pada diah kerana kesemua housematenya akan memegang kunci keretanya. Sengaja kunci kereta sya dibuat banyak, ini kerana tahap ingatan sya seperti nenek berusia 65 tahun saja.

"Assalamualaikum." Ujar diah dan minna sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam." Jawab sya sambil matanya masih pada kaca tv.

"Kau suruh kitaorang ambik kereta kau kenapa sya? Kau balik dengan sapa tadi?" Soal minna sambil duduk di sebelah sya.

"Aku ngan syah pergi makan dengan azam tadi. Azamlah yang hantar balik." Jawab sya sambil tangannya menekan- nekan punat remote tv. Siaran tv bertukar- tukar setiap kali sya menekan punat remote.

"What? Mana kau jumpa dia? " soal diah separuh menjerit.

"Alahai, pekak telinga aku kalau kau menjerit kuat macam tadi hari- hari. Aku ngan syah jumpa dekat mall tadi. Tu yang pergi makan sama- sama tu." Ujar sya. Diah dan minna mengangguk- angguk faham.

"Korang pergilah mandi. Balik rumah terus jadi wartawan melodi. Bergaji tak ala lah jugak. Ni yang diinterviewnya aku jugak, macam tak ada orang lain aje. Aku dah rasa macam retis gitu." Bebel sya. Minna dan diah mula angkat kaki menuju ke bilik mereka sebelum sya mula membebel lebih panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience