Bab 17

Romance Series 7525

BAB 17

Sebulan sudah pun berlalu, kini hubungan sya dan azam kembali pulih seperti sediakala. Maknanya mereka dah boleh menjadi BFF balik.

Selama sebulan, mereka bagaikan belangkas sehingga dicop kekasih oleh teman- teman serumah sya yang kaki mengusik tu.

"Weyh sya, kau busy tak?" Ujar azam sebaik saja sya mengangkat panggilan darinya.

"Kau ni. Bagilah salam dulu ke, duit ke? Ni pakat terjah aje." Tegur di sya dihujung talian sambil bercekak pinggang.

"Assalamualaikum, cik sya ada tak? Boleh saya bercakap dengan dia?"

"Waalaikumussalam, saya bercakap. Nak apa?" Jawab sya sambil tersengih- sengih kerana geli hati dengan perangai azam.

"Jom keluar malam ni. Aku ambik kau kejap lagi, pukul 8:30. Make sure jangan pakai seluar tau, sebab aku nak bawa kau naik. Bye assalamualaikum." Azam menamatkan panggilan.

"Eh, azam.." sya tidak sempat membalas. Dia mahu duduk di rumah dan berparti dengan syah. Dia berbelah bahagi ingin menerima atau menolak pelawaan azam itu.

"Nak pergi... ke tak nak?... nak ke tak?" Bisik sya bersendirian. Dari tadi, dia memikirkan samada mahu keluar bersama azaam atau tidak.

"Sya... sya.. sya.. sya.." syah berlari menuju ke bilik sambil menyebut- nyebut nama sya berulang kali.

"Kau apehal ni syah? Marathon ke?" Ujar sya sambil membuat muka 'derp' nya.

"I have a very happy plus good news." Ujar syah teruja. Dia tersenyum simpul sampai ke telinga.

"Apa dia?" Sya semakin tidak sabar menanti berita gembira itu.

"Aku kena keluar date ngan fitri malam ni." Ujar syah sambil menjerit teruja. Keluar bersama hero pujaan, kenalah teruja.

"Ouh, so party kita tonight tak jadi la kan?" Tebak sya. Syah mengangguk sambil memilih- milih baju yang akan dipakainya.

"Okay, aku nak lepak kejap ngan azam. Baru fikir tak nak keluar, nampak gayanya aku kenalah jugak keluar. " ujar sya kepada syah yang nampak sangat tak kisah kerana terlalu sibuk memilih baju.

"Yang mana satu okay?" Di tangan sebelah kanan syah, tergantung dress peplum berwarna mint. Manakala di sebelah lagi, terdapat dress labuh berwarna coklat.

"Erm, aku rasa coklat tu lagi cantik." Sya memberi pendapat.

"Aku pun rasa warna coklat ni lagi sesuai. Bye, aku nak pergi siap- siap. Dalalulu sya." Ujar syah sambil menapak ke luar bilik.

Sebelum sempat syah melangkah keluar sya menariknya kembali masuk ke dalam bilik.

Syah mengerutkan dahi dan memandang sya tanda 'apa?'.

"Tolong aku pilih baju please?" Pinta sya sambil menggigit bawah bibirnya.

"Jap, aku rasa kan, kau pakai kemeja skull warna pink ni dengan skinny jeans, then pakai pashmina dan sarung kasut heels kau yang berhabuk tu sumpah awesome. " syah mengangkat- angkat sebelah keningnya tanda dia sudah berjaya menyiapkan tugasan.

"Tapi azam kata, jangan pakai seluar." Ujar sya cemas. Dalam almarinya tidak pernah pun ada sehelai dress ataupun kain. Kesemua dressnya diletakkan di rumah ibu bapanya.

"Kalau macam tu, kau ambillah night gown labuh aku warna beige tu. Dah, aku nak siap- siap ni. Takut lambat pula nanti." Ujar syah ssmbil memuncungkan bibirnya.

Sya memandang sepi night gown labuh milik syah. Nampaknya dia perlulah menjadi seorang perempuan sejati malam ni. Diulangi malam ni sahaja.

Tepat pukul 8 malam, syah keluar bersama fitri. Fitri yang baru saja tiba seminggu yang lepas, jelas ketara perubahan dirinya pada malam ini.

Kini, tiba giliran sya keluar bersama azam pula. Azam memakai tuksedo berwarna biru tua. Di tangannya terdapat sejambak bunga ros merah kegemaran sya.

Setelah menghadiahkan sya sejambak bunga, mereka masuk ke dalam perut kereta dan berlalu pergi.

Semoga korang berbahagia, getus mira di sebalik langsir melihat adengan 'manis' di antara azam dan sya sebentar tadi. Dia mengukirkan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience