Bab 8

Romance Series 7525

BAB 8

Azam mempercepatkan langkahnya apabila semakin menghampiri dataran. Dari jauh, kedengaran suara pelajar- pelajar bersorak.

Azam dapat melihat kelibat sya di suatu sudut dan azimah di satu sudut menghadap sya. Dia menuju ke arah tengah. Kesemua pelajar senyap memerhatikan azam.

Bukk
Sya jatuh terduduk. Dia kelihatan amat lemah. Mukanya lebam dan bibirnya pecah. Mukanya yang lebam tidak menunjukkan sebarang riak.

"Hey, bangunlah pengecut. Dahlah rampas boyfriend aku. Tak malu punya perempuan." Hambur azimah lantang. Dia tersenyum sinis sambil mencekak pinggang.

Azam pantas meluru ke arah sya. Dia melihat lebam dan bibirnya yang pecah itu. Timbul pula rasa marah kepada azimah yang telah menyakiti sahabat karibnya itu. Rasa mahu saja ditumbuknya muka azimah sekuat hati sehingga dia malu ingin menunjukkan mukanya di hadapan mereka nanti. Tetapi sebagai pelajar, dia tak mahu menanggung risiko digantung sekolah nanti.

"Apa kau dah buat kat dia ni azimah sampai lebam- lebam ni?" Azam bertanya tenang.

"Eh, awak nak backup dia kenapa pula?" Azimah bertanya dengan nada tak puas hati. Dia mencebik tanda merajuk.

"Mestilah saya backup dia, dia sahabat karib saya. Awak siapa pada saya?" Azam masih tenang memandang wajah azimah yang masih menunjukkan riak tak puas hati.

"Tapi saya girlfriend awak. Dia dah kacau boyfriend saya, mestilah saya marah. Betul tak girls?" Kedengaran ramai pelajar menyokong pernyataan azimah.

"Bila pula saya jadi boyfriend awak? Kita tak declare apa- apa pun kan? Saya tak pernah setuju pun nak couple dengan awak. Saya tak pernah pun cakap saya suka awak." Azam menerangkan dengan penuh bersemangat. Niatnya ingin menyedarkan azimah yang dia bukan teman lelakinya seperti yang dia cakapkan.

"Tapi, perlakuan awak kepada saya. Saya tahu yang awak suka saya. Saya tahu. Awak pernah tarikkan kerusi untuk saya, awak pernah tolong saya dari jatuh longkang dan akhirnya awak yang jatuh. Tu semua menunjukkan yang awak suka saya. Saya tahu." Azimah semakin teresak- esak. Air matanya laju mengalir di pipinya.

"Tapi tu semua tak membuktikan yang saya ni boyfriend awak. Saya tarikkan kerusi untuk awak sebab awak bawa beg berat. Saya tolong awak dari jatuh longkang sebab awak baru balik dari kedai runcit, kalau jatuh awak kena pergi balik ke kedai runcit yang jauh tu. Semua tu tak bermakna apa-apalah. Saya harap awak faham." Azam lantas menarik lengan baju sya menuju ke bilik kesihatan. Dia mengarahkan syah, minna dan fatt ikut bersama.

"Azam, janganlah tarik, nanti berkedut." Ujar sya risau. Azam menoleh ke arah sya.

"Kau ni kan, orang risau kau kena belasah, kau boleh risau baju kau yang berkedut ni nanti?" Ujar azam. Sya cuma tersenyum manja.

"Aku tak risau baju yang berkedut ni, cuma aku risau bila kau senyap. Kau buat aku rasa macam kau tengah marahlah. Azam, tunggu aku." Sya mengejar azam yang sudah di hadapan.

Mereka telah pun tiba di bilik kesihatan, tercungap-cungap sya dibuatnya. Ada ke patut azam melarikan diri bila sya mengejarnya? Memang kan, bila ada orang kejar, kita kena lari.

Sya masuk ke dalam bilik kesihatan sementara azam menunggu di luar menanti kawan- kawan sya tiba. Di luar, azam bersiul-siul kecil menghilangkan rasa bosan. Di dalam pula, kedengaran suara sya yang sedang menyanyikan lagu 'obses' yang dinyanyikan oleh akim & the majistret.

Azam masuk ke dalam bilik rawatan sebaik saja syah dan lain-lain tiba. Mereka kelihatan sungguh risau melihat keadaan muka sya yang lebam itu.

Minna meminta syah menghulurkan termosnya yang berisi ais kepadanya. Diambilnya juga sehelai sapu tangan bersih yang dibawanya dari rumah yang terletak kemas di sebelah termosnya yang dibawa dari rumah juga. Minna merupakan seorang yang pembersih. Jadi, dia akan bersedia menghadapi kesemua jenis kecemasan yang akan verlaku di sekolah nanti. Untung, siapa yang dapat kawan dengan minna ni. sya la yang untung.

"Auch, kau tak sayang aku ke minna oi. Sakitnya, uwaa.... sakitnya lahai. Huhuhuhu, kesiannya aku ni. Minna, sejuklah. Uhuks, korang tak sayang aku kan, korang dera aku. Auch, sakitlah minna." Bebel sya sementara minna menuam pipinya yang lebam.

"Auch........ ahaa, sakit minna. Aku tak terfikir nak dapat ketam arini" jerit sya pabila minna dah melepaskan sebuah lagi dirinya. Minna si penyepit ketam, kalau kena cubit dengan si minna ni, alamatnya lebamlah seminggu. Siapa yang selalu kena ya? Sya lah insan yang tak bertuah tu. Mulutnya yang tak reti nak diam tu menggalakkan penyepit minna untuk mengshut upkan mulut sya yang murai.

Syah pula sedang membersihkan luka di bibir sya. Makin galak sya menjerit kesakitan. Sampai keluar air matanya menahan sakit 'diseksa' oleh minna dan syah.

Azam sedang gelak terkekeh- kekeh di sebelah katil 'seksaan' sya. Dia ketawa sambil memegang perutnya tanda kelakar namatey. Masyaallah, kawan tengah sakit, dia boleh pula gelak macam tengah tengok maharaja lawak mega.

Sya lantas menumbuk perut azam. Geram pula dia apabila diketawakan oleh azam. Dahlah rasa sakit masih belum hilang dah diketawakan azam. Akibat dorongan azam yang semakin galak mentertawakan dirinya itu, dia lantas menumbuk perutnya. Padan muka, getus sya di dalam hati.

Azam menahan rasa senak di perutnya. Dia mencebik memandang sya. Mahu merajuk, kononnya.

"Eh gais, ada gorilla ke kat sini?" Sya ketawa mendengar lawak syah. Minna yang dari tadi serius, pun turut sama tergelak.

"Aku rasa ada. Agak- agak kan, jantan ke betina ya?" Sya galak mengenakan azam.

"Aku rasa betina. Sebab cara pout dia tu girly sangat la." Meletuslah ketawa ketiga-tiga gadis itu. Azam hanya mampu redha dan pasrah menerima nasibnya dibahan oleh mereka. Sadisnya hidup.

Ketawa mereka terhenti setelah hampir 10 minit ketawa. Habis senak perut mereka dibuatnya. Sampai menangis- nangis mereka bertiga. Tragis sungguh.

"Mana mira dengan diah?" Sya bertanya sambil mengelap air matanya dengan tisu.

"Diaorang kena tolong cikgu tadi. Kalau tak, memang diaorang yang serbu dulu sebelum kitaorang tau. Diaorang kirim salam sayang pada azam." Ujar minna rancak.

"Eh, azam je? Aku? " sya membuat muka muka comel. Dengan tiba- tiba matanya menjadi seperti puss in the boats.

"Well, diaorang bukan fans kau. Obvious kan? Sebab tu ada untuk aku je." Azam mencelah.

"Ha, betul kata azam tu. Diaorang kata sya bukan penting pun. Dahla tak comel. Haahhah" syah menyokong azam.

"Minna je geng ngan aku. Tak nak kawan syah dengan azam. Wuek" sya memeluk lengan minna erat.

"Bila aku geng ngan kau sya? Aku geng dengan syah dengan azam." Minna menolak tangan sya yang erat memeluk tangannya.

"Humph, baguslah tu. Nama group korang azam and the kerdil kerdil one." Sya menyilangkan tangannya dan memalingkan mukanya.

"Lah, takpe. Kau akan jadi group ni juga, tapi sebagai princess." Fitri yang baru melangkah masuk menyampuk.

"Sape yang bagi kau masuk group ni?" Ujar azam sambil sebelah keningnya terangkat.

"Aku tahu aku sebahagian dari group ni. Aku kan sahabat sejati kau azam." ujar fitri dengan riak bangga.

"Iyelah tu fitri. Kau memang sebahagian dari group ni. Kau gila ke aku nak satu group ngan girls je semua." Azam membuat muka acah- acah kacak.

"Aku? Tak ada sape ke nak ajak aku join?" Sampuk sya. Di mukanya terpancar riak penuh harapan.

"Okay, kau join group ni." Fitri mengajak sya.

Sya lantas memeluk syah dan minna. Kegembiraannya itu tak dapat dibendung. Dia tersenyum memandang fitri. Dia memberi flying kiss pada azam. Memang mereka akan memberi flying kiss sesama mereka jika mereka terlalu gembira.

Azam tersenyum menerima flying kiss dari sya. Fitri pula mengangguk pada sya. Minna dan syah pula terkedu menerima pelukan dari sya.

"Tak boleh, aku tak suka. It sounds weird." Fitri membantah. Semua memandang fitri dengan riak tak faham.

"Kau asal fitri? The fire sounds cool." Azam memujuk kawan karibnya itu.

"Aku ada idea nak letak nama group ni apa." Sya mencelah. Kesemua mereka memandang sya.

"D' royals. Sebab kita ada dua jejaka hot stuff yang dianggap school prince, dua orang pendebat hebat, seorang penulis yang awesome, dua orang pelajar pintar. Kesemua ahli group ni permata sekolah ni. Kesemuanya princess and prince. Nama nya okay tak?" Kesemua mereka mengangguk kecuali fitri yang bangun dari tempat duduknya dan bertepuk tangan.

"Jawatan kita tak payah lantik ketua penolong semua tu boleh tak?" Minna mencadangkan.

"Habis tu nak buat apa?" Diah mencelah.

"Kita buat King, queen, joker, dan lain- lain. Okay?" Terang minna.

"Melalui undian kan?" Diah bertanya. Kesemua mereka memandang minna.
Minna mengangguk setuju.

Diambilnya beberapa helai kertas dan menganggihkan sebanyak empat helai kertas A4 kepada semua termaauk dirinya.

"Semua, bahagikan kertas A4 yang aku bagi tadi, lepastu kita akan mulakan undian."

Kesemua mereka mula menulis nama kesemua nama ahli. Tak lama kemudian, berakhirlah sudah sesi pengundian.

Azam dipilih sebagai King manakala queennya ialah sya. Bagaikan pinang dibelah 12. Sama padan sama cantik.
Syah dan fitri dipilih sebagai joker dan harley quinn. Diah pula dipilih sebagai bishop. mira dan minna berkongsi jawatan sebagai princess.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience