Bab 15

Romance Series 7525

BAB 15

5 tahun kemudian....

"Sya, bangunlah sya, lambat nanti nak ke kelas. Nanti prof. Ian marahlah." Syah menepuk- nepuk kuat muka sya. Susah betul nak kejut minah ni, ujar hati syah.

"Pukul berapa ni?" Ujar sya mamai. Dia menggosok- gosok matanya. Dia mengeliat dan meregangkan ototnya. Lagaknya, seperti sedang berlakon iklan. Over tak habis- habis sya ni.

"Pukul 8 pagi. Kelas prof. Ian pukul 9, cepatlah bangun." Kepala sya diluku syah.

"Weyh, sakit. Asal kau luku kepala aku? Lambat lagi kot kelas dia nak start." Ujar sya sambil memegang kepalanya yang sakit itu. Dia memandang syah sambil mencebik, menyesal pula dia rasa memilih syah sebagai roommatenya. Ingatkan kalau sebilik ngan syah, boleh party all- night, bangun lambat, dan lain- lain. Sangkaan sya meleset sama sekali.

Tukk
Syah mengetuk kepala sya dengan pembaris panjang. Sya mengaduh panjang. Dia menggosok- gosok kepalanya. Mummy, syah buli sya, raung hati kecil sya.

"Kau berangan apa, pergilah mandi. Nanti lambat." Ujar syah sambil bercekak pinggang. Macam mak tiri pulak gayanya. Sya tanpa banyak soal mencapai tuala berwarna biru laut dan menuju ke dalam bilik air.

Selesai membersihkan diri, sya mengenakan kemeja sleeveless skull berwarna putih yang dilapiskan bersama cardigan labuh berwarna pale red dan skinny jeans. Dipadankan bersama wide shawl berwarna biru tua. Sya berpusing- pusing beberapa kali di hadapan cermin.

Dia mencalitkan gincu pada bibirnya sebelum tergesa- gesa menyarung kasut berjenama Vans berwarna kelabunya. Tas tangannya yang berwarna merah menjadi pelengkap gaya sya. Syah dan sya berjalan beriringan menuju ke lif.Sementara menanti lif tiba, sya dan syah rancak berbual.

Syah pula nampak ayu memakai dress labuh plain berwarna cream bersama pashmina bercorak harimau bintang berwarna kelabu. Dikakinya tersarung, wedges berjenama carlo rino. Dia menyandang beg berjenama LV. Bergaya sungguh, sedangkan mahu menghadiri kuliah aje.

Ting..
Pintu lif terbuka. Sya dan syah melangkah masuk dan terus rancak berbicara. Sya menekan punat butang menuju ke ground floor. Dia masih terus rancak berbual dengan syah tanpa menghiraukan persekitarannya.

Ting...
Pintu lif sekali lagi terbuka di tingkat ground floor. Sya dan syah berjalan keluar menuju ke kereta swift berwarna biru milik sya. Kereta tersebut dihadiahkan oleh daddynya sempena berjaya mendapatkan 10A di dalam peperiksaan SPM. 3 hari 3 malam mummy dan daddynya mengadakan kenduri kesyukuran berserta doa selamat bersempena dia berjaya menerima tawaran sambung belajar di sebuah institusi yang terkenal. Hampir seminggu jugalah dia dipuji oleh kesemua rakan- rakan ibu bapanya dan ahli keluarga dan seminggu jugalah dia terpaksa menghadap kemarahan yang meluap- luap dari kesemua anak kawan- kawan karib mummy dan daddynya.

Pin.. pin.. pon.... pon..
Bunyi hon kereta saling salak- menyalak. Kesesakan jalan raya di waktu pagi memang menjadi kelaziman. Lagi- lagi apabila kesemua warga kota sedang berusaha untuk sampai ke tempat kerja dengan cepat sebab takut dimarahi bos, ingin mengorat awek cun dan lain- lain.

Lagu di radio tak dihiraukan sya dan syah. Lagu 'sorry' yang dinyanyikan oleh justin bieber tidak mampu meredakan ketidakselesaan mereka berdua. Cahay matahari masih kelihatan malu-malu untuk menyinarkan cahayanya dengan terang lagi.

"Weyh, lambat lagi ke? Tak selesa aku duduk dalam jammed ni." Adu syah. Sya yang sedang membelek- belek tudungnya di cermin cuma mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Syah cepat syah, kang prof sampai dulu kang, masak kita dua. Cepatlah syah oii. " sya menarik tangan syah yang sedang sedaya upaya memecut menuju ke bilik kuliah mereka.

"Kau pakai sneakers, takpe. Aq? Pakai wedges kau hagak? Sakit kaki aku sya. " adu syah. Mereka masih berlari pecut menuju ke bilik kuliah subjek programming .

Tercungap- cungap mereka berdua di hadapan dewan kuliah. Sya memeriksa tudungnya yang dah serabai akibat pertandingan lumba larinya bersama syah sebentar tadi.

Ringtone lagu 'goyang dumang' berkumandang. Sya dan syah memandang satu sama lain dengan pandangan 'fon kau ke yang berbunyi tu?'. Kedua- dua mereka menggeleng serentak. Mata mereka melilau- lilau mencari gerangan siapakah 'cita citata' malaysia.

"Ha, hello. Siapa ni?" Satu suara garau menyapa telinga mereka dan serentak itu, suara cita citata menyanyikan lagu goyang dumang lesap.

Sya dan syah sama- sama menoleh ke arah satu susuk tubuh jejaka yang agak bergaya. Si jejaka itu tadi memalingkan tubuhnya dan sekali lagi, ringtone lagu goyang dumang kedengaran. Si jejaka yang bergaya itu tadi menyeluk poketnya dan mengeluarkan fonnya dari poketnya. Dia swipe ikon yang berwarna hijau. Serentak itu ringtone lagu goyang dumang lesap buat kali ke- 2.

Sya dan syah yang memerhatikan dari jauh hanya mampu menahan ketawa. Muka mereka bertukar menjadi merah kerana tidak mahu meledakkan ketawa agar tidak mengecilkan hati sang jejaka tadi yang sempat syah berangan dipinang lelaki tersebut manakala sya sempat berangan dia mengerah duit jejaka tadi membelinya coklat.

Setelah jejaka tadi berlalu pergi, tanpa ditahan- tahan ketawa sya dan syah meledak. Keluar dari mulut kedua- dua gadis ini seperti air terjun niagara falls gitu. Tidak putus-putus mereka mengetawakan jejak tadi. Pelajar yang lalu- lalang hanya mampu menggelengkan kepala mereka melihat perangai pelik mereka berdua bagaikan mereka berdua datang dari planet marikh.

"Dahlah, takdo feeling eden nak menghadap Prof Ian tu. Jom gi lepak, karok ke apa ke?" Syah mengajak sya. kening sebelahnya diangkat- angkat berkali- kali.

"Tak.." riak wajah syah yang teruja bertukar kecewa.

"Kau ni, aku belum habis cakap kau dah buat muka tak laku kau tu. Aku nak habaq, takkan aku nak tolak?hahahaha" serentak kedua- dua mereka ketawa. Memang seronok kalau berkawan dengan syah sebab apa? Kalau dia malas, dia ajak kita ponteng kuliah. Malam pulak, sorry tiada rehat dari belajar kalau tak pergi kuliah. Kalau tak nak dengat bebelan dia mengalahkan burung murai dua kali dicabut ekornya, baik dengar cakap dia.

"Jom." Syah menarik tangan sya kembali ke tempat parkir kereta. Mereka meninggalkan kampus itu dengan perasaan yang bercampur aduk yang dimana bahan- bahnnya ialah puas, gembira, malas, tak sabar dan lapar. Tak sarapan punya pasal la, tadi dah terkejar- kejar nak pergi kuliah. Nasib baik diaorang sempat menikmati sebar coklat 'crunchies' sorang satu. Rasa seperti tenaga mereka dicas semula menggunakan sebar coklat itu tadi.

Selesai memarkirkan kereta, mereka berjalan masuk ke dalam shopping mall itu. Mereka memasuki secret recipe kerana si syah craving red velvet kek tiba- tiba. Setelah duduk di meja di sebelah dinding kaca, mata sya tertancap pada seseorang. Seseorang pasti dia kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience