Bab 1

Romance Series 7525

BAB 1

Kringgg

Loceng menandakan bermulanya sesi persekolahan. Kelihatan dari jauh Sya berlari-lari anak memasuki pintu pagar sekolah yg hampir ditutup oleh pengawas bertugas.

"Nama,kelas?" ujar akak pengawas. Namanya siti. Comelnya nama, perangai je tak comel.huhuhu

" Nurul Syamin alisya. 3 ros merah." Sya terus bergegas menuju ke kelasnya. Tidak mahu berlama- lama nanti kena tegur campur bebel dengan akak pengawas tu.

Rutin harian sya. Mesti datang lambat ke sekolah. Tabiatnya dari kecil dibawa sampai ke besar. Usahlah ikut perangai si sya ni.

"Eh, sya. Tadi kan, budak- budak kelas ada cakap yg budak baru nk masuk sekolah ni. " ujar minna salah seorang rakan karibku.

"Masuk sekolah saja sayangku minna, bukannya kelas kita pon. Aq tak kisah pun. Melainkan budak lelaki tahap handsome gila. I like." Tersengih- sengih aq sambil membayangkan wajah zac efron. Melting terus.

"Kau, azam pon kau nak, budak baru hensem pun kau nak. Playgirl mcm buaya tembagalah kawan aku sorang ni." Sampuk syah sambil tersengih. Aq mengerutkan dahi tanda tak faham. Azam pon aku nak?

"Maksudnya, kau dengan azam kan couple paling sweet kat sekolah kita ni. " syah menerangkan.

"La.. bila pulak aku dengan azam couple? Pernah nmpak ke kitaorang bercintan- cintun dekat sekolah? Tak pernah en? "Aq menerangkan smbil mengangkat- angkat keningku.

"Tapi korang selalu balik sama- sama. Kalau jumpa kat sekolah, macam tak pernah jumpa setahun. Dah macam belangkas aje." Ujar minna.

Mmg tak dapat disangkal pun, betul la semua yg minna kata tu, waktu balik sya dengan azam memang selalu balik sama- sam sebab mummy azam akan tolong hantar azam dan sya pergi tuisyen.

"Mana ada, korang ni pandai- pandai aja kaitkan aku dengan dia. Tak naklah. Azam tak hensem." jelas sya sambil membetulkan tudungnya yang senget sedikit.

"What, tak hensem kau kata? Hensem okay. Ramai kot yang fall kat azam. Termasuk aku ni. " ujar puteri a.k.a budak bajet hot kat sekolah ni.

"Then, ambillah dia jadi boyfriend kau. Aku kisah apa. " sya mulai bosan membincangkan tentang topik 'azam dan sya bercinta'.

Sebelum sempat puteri berbalas kata dengan sya, Pn. Saleha melangkah masuk ke dalam kelas. Kesemua pelajar berdiri dan memberi salam.

"Baiklah, sekarang saya rasa awak semua dah dengar khabar angin tentang pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas kita." Ujar Pn. Saleha. Dapat juga sya intai budak- budak perempuan dalam kelasnya.Mata mereka bersinar harapan.

"Dipersilakan budak baru, masuk ke kelas sekarang." Semua mata tertumpu pada pintu kelas. Memanti dengan penuh harapan bahawa pelajar baharu berlainan jantina, boleh ditackle buat awek atau pakwe.

Kelihatan seorang gadis berlesung pipit berjalan masuk. Kesemua budak- budak perempuan mengeluh hampa kecuali sya yang sedang tersengih. Hampa memang hampa. Impian tersekat di tengah jalan.

"Hi. Saya Nurlisa ashmira rai. Saya dari new york. Bru saja pulang dari sana. " ujar pelajar baru tersebut. Semua murid terlopong mendengar kenyataannya. Teruja sungguh mereka.

"Betul ke kau dari new york?" Syah bertanya smbil berdiri. Semua mengangguk tanda ingin sama- sama tahu kebenarannya.

"Sebenarnya, saya bercuti saja dekat sana. Tak adalah hebat sangat." Ujarnya merendah diri. Semua murid kelas 3 ros merah tersenyum. Sebab? Entahla.

"Dah, sesi berkenalan dah habis. Kalau saya suruh awak semua tanya soalan, mahunya habis waktu mengajar saya. Sila ambil tempat duduk awak lisa." Terang Pn. Saleha.

"Alah cikgu, dara pingitan masuk kelas. Kenalah tackle, silap- silap terus naik pelamin cikgu. Heheheh" usik yusril. Kesemua pelajar tergelak mendengar usikkan yusril.

"Naik pelamin ya, yusril? Awak,naik atas kerusi angkat satu kaki. Jangan turun selagi belum disuruh turun. " ujar Pn. Saleha sambil tersengihan. Sengihan yg memberi seribu satu makna bagi pelajar kelas 3 ros merah.

Perlahan- lahan yusril berdiri dengan sebelah kaki terangkat. Dia sempat menoleh ke arah lisa yang berada di belakang sya. Sejurus itu dia menghadiahkan kenyitan. Acah hensem.

Kemudian kelas berjalan seperti biasa. Semua menumpukan perhatian pada Pn. Saleha.

Tibanya waktu rehat. Sya berjalan bersendirian menuju ke kantin. Kebiasaannya dia akan rehat bersama kawan baik lelakinya.

"Ssup sya! " azam menyapa. Sya tersenyum tawar.

Azam kebingungan sementara. Pms kot si sya ni.

"Kau nk mkn apa? Aku belikan untuk kau since aq best buyer evahh." Azam memuji dirinya. Dengan harapan, sya akan kembali mereng macam selalu.

"Em, kau belanja boleh tak azam?" Si sya dah mula buat perangai mengada- ngadanya.

Azam buat muka seposen melawan muka comel sya.

"Kau nak apa?" Azam mengalah. Girl power katekan.

"Blanja vitagen. Thanks azam sayang kau muah- muah."ucap sya kepada azam yg telah pun mengambil langkah untuk berlalu.

Sempat lagi azam memberi flying kiss pada sya, tapi sya membalas dengan buat- buat muntah hijau.

"awh, kau tngok tu, azam buat flying kiss untuk aku la. Melting- melting" kedengaran suara junior- junior menjerit sakan sebab perasan.

"Weyh, azam junior kita tu, flying kiss kat kita la. Bru perasan kita yang senior ni kot. Sebab busy dengan girlfriend bak kodok dia kot." Sya mencebik. Macamlah kau cantik sangat, ujar sya dalam hati.

Lumrah kalau berkawan dengan budak hot stuff sekolah. Sya dan azam dah lali dengan kutukan, kritikan, macam- macam lagila.

Selepas menadah telinga menahan sindiran pelajar perempuan yang minatkan si azam, akhirnya si jejaka tiba.

"Vitagen dh sampai." Azam menayangkan minuman itu tepat di hadapan mukaku.

Terus aq capai dan menghirupnya setelah mencucukkan straw. Nikmat tak terhingga.

"Jejaka, asal lambat? Kata best buyer evah bagai tadi." Sya bertanya tanpa memandang azam. Setia pada yang satu.

"Lol, pandanglah aq kalau bercakap tuh. Alahai, sabo jelah aku dengan kau ni." Azam bernada tak puas hati.

Sya menjelirkan lidah padanya tanda dia tak peduli.

Pantas azam menarik vitagen yg sedang diminum oleh sya. Sya hanya merelakan.

"Thanks azam again. Kau baik sangat harini." Ujar sya sambil berlalu pergi ke kelasnya.

"La, habis? Erm... minuman fav kau en sya, memang habisla." Azam menggeleng kepalanya dan membuang bekas minumannya dan sya ke dalam tong sampah.

Dia pantas berlalu ke kelas. Sebagai hot stuff, kena jaga tingkah laku. Baru boleh jadi pelajar contoh, ewah over kau ya azam?

"Abang azam, ni ada orang bagi. Katanya, baca jangan lupa balas." Seorang gadis cilik menghulurkan sepucuk sampul surat kepadanya.

Dia hanya mengambilnya dan terus berlalu ke dalam kelasnya. Malas mahu melayan, nanti timbul pula gosip baru.

Kringggggg...

Kesemua murid berpusu- pusu keluar dari kelas. Berjalan pantas menuju ke pagar sekolah.

Nak pulang awal sebab nak tengok kotak yang ada dua huruf saja. Hurm, kotak bergerak kata orang gua. Hehehehehe

Ramai yang memilih untuk balik awal, tetapi tidak bagi azam dan sya. Mereka lebih senang balik paling lewat atau waktu kurang pelajar pulang. Ini demi menjaga baju mereka yang tak mahu kelihatan berkedut keesokkannya.

Pasangan sehati sejiwa ini berjalan perlahan menuju ke pintu pagar sekolah. Dari jauh, kelihatan mereka berbual mesra dan ketawa. Mungkin sebab inilah mereka digelar pasangan kekasih oleh pelajar lain.

Dari jauh, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan menanti di pintu pagar sekolah. Bersinar- sinar mata mereka menahan rasa melihat 'crush' kesayangan mereka bersama ' musuh' mereka.

Pantas mereka meluru mendapatkan azam. Sya yang ditepinya, ditolak ketepi sampai hampir terjatuh menyembah bumi. Kesemua mereka memberikan kad, hadiah, surat cinta, coklat, dan tak kurang juga scrapbook yang penuh dengan luahan hati dan gambar- gambar azam. Fanatik fan katakan.

Tersengih- sengih azam dibuatnya melihat hasil peminatnya hari ini. Terasa dirinya setaraf artis zul ariffin atau shaheizy sam pula.

Sya disebelah menjeling tajam azam yang sedang leka. Dia mengurut- ngurut kakinya yang sakit. Tak guna punya peminat, suka hati saja nak tolak aku sya menyumpah dalam hati.

Kereta yang dipandu mummy azam melunjur laju di atas jalan raya. Kesemua penumpang kereta mendiamkan diri, azam dengan hadiah peminatnya, mummy azam dengan pemanduannya dan sya sibuk menjadi mak esah mengurut- ngurut kakinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience