Bab 14

Romance Completed 12214

Bab 14

Pagi itu Syuhada di kejutkan oleh tangisan anaknya. Syuhada bingkas dari baringannya. Lalu anak kecil itu di susukan. Dia waras lagi. Dia dapat terima yang dia sudah kehilangan suami yang Allah pinjamkan untuknya. Namun airmata tetap mengalir. Kamaruddin datang kerumahnya. Puan Hajar menemani Syuhada.

"Syu, abang ada nak sampaikan pesanan Kamal." Kamaruddin membuka bicara. Syuhada dongak sebentar melihat Kamaruddin yag berdiri di sebelah katilnya. Tersenyum kelat.

"Kamal pesan, dia ada tinggalkan sepucuk surat buat Syu. Dia letak atas meja sebelah katil kalian." Sambung Kamaruddin.

Syuhada memandang meja yang ada di sebelah kiri katil mereka. Tersemat sampul putih di atas meja. Setelah anaknya tidur, Syuhada mencapai sampul putih itu. Tertera namanya di depan sampul. Lalu mengeluarkan sepucuk surat dari suaminya. Syuhada kuatkan dirinya untuk membaca surat dari Kamal itu. Walaupun air matanya berlinangan.

'Assalammualaikum Syu sayang...

Maafkan abang kerana surat ini sayang baca selepas abang tiada. Bukan abang nak merahsiakan apa-apa dari sayang, cuma abang tak sampai hati.

Abang pergi ke hospital tempoh hari untuk buat pemeriksaan. Doktor kata abang sihat. Abang memang tak sakit apa-apa sayang. Hanya abang memang akan di jemput pulang oleh Allah. Abang harap Syu redha dengan ketentuan-NYA.

Sayang.....

Sudah tentu sekarang ni kita dah punya anak yang comel kan? Maaf andai abang tak dapat nak azankan anak kita nanti. Kalau sempat, mungkin itu adalah kali terakhir abang azan dan qamat. Abang teringin nak namakan anak kita dengan nama Ismail. Hmmm... Ismail bin Kamal. Sedap tak nama tu sayang? Itu pun kalau sayang pun suka dengan nama cadangan abang tu. Tentu rupanya nanti seperti sayang juga kan? Sampaikan salam abang pada anak kita ya. Ciumkan sekali untuk abang.

Sayang...
Abang harap sayang terima semua ketentuan ini dengan hati terbuka. Pelihara anak kita sebaik mungkin. Abang tahu sayang kuat. Teruskan perjuangan yang telah kita bina bersama. Turunkan pada anak kita. Beritahu padanya segala yang ada pada kita adalah pinjaman semata. Tiada yang kekal melainkan akhirat nanti. Ajaklah anak kita mengenal Allah agar kita dapat bertemu di syurga yang abadi. InsyaAllah...

Sayang...
Untuk terakhir kali, maafkan abang kerana pemergian abang ini bukanlah perancangan kita. Semuanya telah tertulis. Hidup mati hanya untuk Allah. Andai sayang rindu dengan abang, solatlah, doakanlah dan sedekahkanlah abang dengan selawat. Moga sayang dapat bertemu abang dalam mimpi nanti. Andai Allah izinkan. Semoga kita bertemu di syurga nanti. Dengan izin dan redha Allah. Jangn menangis ya sayang. Abang sayang Syu kerana Allah. Sampai di sini saja yang dapat abang coretkan.


Dari suamimu
KAMAL BIN SYAMSUDDIN
10/10/2011
9.30mlm.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience