Bab 4

Romance Completed 12214

Bab 4

Sudah seminggu kereta Syuhada di bengkel Kamaruddin. Dan semalam, keretanya sudah pun siap di baiki. Kamal seperti hari-hari yang lain melakukan kerja hariannya tanpa sedikit pun meninggalkan zikir amalannya. Tepat pada waktunya, pasti Kamal akan menghilangkan diri untuk mengerjakan kewajipannya. Syuhada datang untuk mengambil keretanya setelah habis waktu kerjanya. Setibanya dia di bengkel, dia menjengah seseorang. Tapi tidak pula bayangnya kelihatan.

"Cik Syuhada kan?" Soal satu suara dari belakangnya.

Syuhada terkejut. Dan tersenyum.

"Haah saya. Katanya kereta saya dah siap di baiki kan?" Jawab Syuhada dengan pertanyaan.

Ramli angguk.

"Cik pergi jumpa dengan encik Din dulu untuk bayarannya ya. Kemudian cik dah boleh bawa balik kereta cik ni." Terang Ramli. Syuhada angguk lalu ke kaunter yang tertera. Setelah melunaskan bayaran kepada Kamaruddin, kunci di serahkan pada Syuhada. Syuhada menghidupkan enjin keretanya. Ramli datang mendekati kereta Syuhada.

"Macamana cik, cik puas hati dengan kereta cik ni?" Soalnya. Syuhada hanya angguk. Dalam hatinya menggumam kerana tidak nampak kelibat Kamal. Syuhada pun berlalu dengan hati kecewanya.

"Li, cik Syuhada da datang ambil keretanya belum?" soal Kamal keluar dari biliknya. Ramli angguk.

"Baru je pergi. Kenapa, kau nak jumpa dia ke Mal?" jawab Ramli. Kamal tergelak.

"Tak adalah Li, aku cuma nak pastikan yang keretanya dah di ambil oleh pemiliknya je. Kalau dia da ambil, alhamdulillah. Pastinya keretanya da tak bawa masalah lagi." Terang Kamal.

Ramli angguk. Memang lumrah perangai Kamal begitu dengan setiap pelanggannya. Cukup jaga hati pelanggannya. Kerjanya pasti tip top siap dan jangka hayat kereta pelanggannya pasti memuaskan hati. Ramli pun meneruskan kerjanya yang masih belum siap. Memang setiap pekerja akan ambil masa untuk lakukan yang terbaik.

Sedang Kamal dan yang lain-lain sibuk dengan tugas masing-masing, tiba-tiba telefon berdering. Segera di capai oleh Ramli kebetulan melewati telefon itu. Kamaruddin tiada ketika itu kerana urusan membeli spare part kereta yang kehaisan stok.

"Mal!" Pekik Ramli. Kamal mendongak melihat kearah Ramli. Kelihatan Ramli menunjuk isyarat bahawa panggilan itu untuk dia. Kamal angguk. Segera Kamal ke talian sebab memikirkan yang menalefonnya itu adalah abangnya. Kamal pun menjawab panggilan yang menunggunya.

"Assalammualaikum bang. Ada apa?" Soal Kamal.

"Waalaikumsalam. Encik Kamal ya?" Kedengaran suara wanita pada talian. Kamal jadi hairan.

"Haah saya. Maaf ya sapa ni?" Soal Kamal setelah tersilap.

"Saya Syuhada, yang pernah datang baiki kereta seminggu yang lalu." Jawabnya.

"Oh... cik Syuhada. Kenapa ya, kereta cik rosak lagi ke?" Soal Kamal lagi.

"Eh... tak, kereta saya dah ok dah. Memang bagus kerja encik Kamal." Jawab Syuhada.

"Alhamdulillah tak de pape ya. Tapi kenapa cik telefon kami?" Soal Kamal inginkan kepastian.

"Emmm.... macamana saya nak cakap ya." Jawab Syuhada. Kamal memberi ruang pada Syuhada untuk menyatakan tujuan panggilan itu di buat.

"Sebenarnya..." kata-kata Syuhada tersekat.
Kamal diam.

"Encik Kamal..." seru Syuhada ingin kepastian yang dia tidak berbicara seorang diri.

"Ya saya cik." Jawab Kamal. Syuhada mengurut dadanya. Macamana aku nak cakap ni. Bisik hati Syuhada.

"Encik Kamal lapang tak malam ni?" Syuhada memberanikan dirinya. Kamal berkerut dahi.

"Malam ni??? Ada apa ya cik?" Jawab Kamal dengan soalan. Syuhada berdebar mendengar pertanyaan Kamal.

"Macam ni, saya nak belanja encik Kamal makan malam. Boleh ke?" Soal Syuhada. Akhirnya terkeluar juga hajatnya.

"Saya sorang je ke cik? Kat bengkel ni ada 5 orang pekerjanya." Jawab Kamal secara jujurnya. Ramli terdengar bicara Kamal dan Syuhada. Dia tersenyum.

"Boleh juga kalau semuanya ada. Ramai-ramai kan meriah." Syuhada sedikit kecewa dengan jawapan Kamal.

"Cik nak belanja kami di mana ya?" Soal Kamal.

"Di restoran Haji Mail." Jawab Syuhada.

"Oh kat situ ya. Ok, insyaAllah nanti kami datang ya." Jawab Kamal. Dan talian pun tamat di situ.

"Kau ni lurus la Mal." Sampuk Ramli setelah Kamal meletakkan ganggan telefon.

"Kenapa?" Soal Kamal.

"Orang tu nak ajak kau sorang. Tapi kau buat tak tahu pulak." Seloroh Ramli. Kamal tersenyum.

"Tak pe, katanya ramai lagi meriah." Jawab Kamal. Ramli tergelak seorang diri. Kamal memang lurus orangnya. Memang tak pernah ada teman wanita. Yang dia tahu dia bahagia dengan hidupnya. Kamaruddin pun pulang.

"Din, tadi cik Syuhada call dia ajak kita semua makan malam ni kat restoran Haji Mail." Kata Kamal. Kamaruddin terpana mendengar kata-kata Kamal. Tak pernah ada pelanggan wanita mengajak pekerja lelaki makan malam. Selalunya pelanggan yang belanja makan adalah lelaki.

"Aku ada janji dengan pak Kassim malam ni." Jawab Kamaruddin.

"Sebab dia nak ajak aku pergi merisik untuk anak dia." Sambung Kamaruddin.

"Ohh... anak yang mana satu?" Soal Kamal sambil berkerut dahi.

"Anak bongsu dia lah. Da 30 lebih da umurnya." Jawab Kamaruddin. Kamal mengangguk. Lalu beralih pada Ramli.

"Li, Riz, Pian. Korang je lah nampaknya dapat pergi dengan aku malam ni ya." Sapa Kamal. Masing-masing menoleh ke arah Kamal.

"Aku ada date dengan buah hati aku lah Mal. Sori lah ya." Jawab Sufian.

"Maaf Mal, aku dah janji dengan anak bini aku nak keluar makan malam ni." Jawab Hariz pula.

"Aku ada janji dengan mak bapak aku lah Mal. Maaflah." Jawab Ramli pula. Kamal angguk.

"Nampaknya aku sorang je lah ni? Tak pe lah. Mungkin bukan rezeki korang malam ni kot." Kamal sedikit kecewa mendengar jawapan mereka. Namun tetap melemparkan senyuman ikhlasnya buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience