Bab 7

Romance Completed 12214

Bab 7

Sebulan sudah berlalu, setelah Kamal mengerjakan solat istikharah tempoh hari, kini dia pasti. Jawapan ALLAH tidak pernah salah. Kamaruddin pula menyokong. Rakannya yang lain pula setuju. Kamal beruntung punyai abang dan rakan yang saling mendukung satu sama lain.
Seusai solat subuh, Kamaruddin menyapa Kamal.

"Kau okey ke Mal?" Kamal menoleh, lalu angguk. Tersenyum.

"Kalau kau nak aku tolong cakapkan pada ibu Syuhada tu, aku boleh tolong." Sambungnya.

"Aku kan abang kau." Sambung Kamaruddin lagi. Kamal tersenyum.

"InsyaALLAH, petang nanti aku bagi tau Cik Syuhada tu." Jawab Kamal.

Usai tugas membaik pulih di bengkel, Kamal termenung lagi. Seolah-olahnya dia tidak percaya apa yang akan bakal dia lalui nanti. Tak di sangka, lelaki sepertinya ada yang berminat. Kerja tempat yang hanya bau besi, minyak hitam dan asap. Kamal terswnyum sendirian.

"Hai Mal, menung nampak." Tegur Ramli. Kamal senyum. Menggaru kepala yang tidak gatal pun.

"Mana ada pape Li. Cuma aku terfikir, tang mana istimewanya aku pada mata Cik Syuhada tu ya?" Jawab Kamal berseloroh. Ramli tergelak mendengar jawapan Kamal.

"Manusia ni di lahirkan dengan keistimewaan masing-masing Mal." Terang Sufian pula. Kamal angguk tanda faham.

"Kadang orang tak de rupe pun ada jodohnya yang dah ALLAH sediakan Mal." Terang Hariz pula.

"Kalau dia suka tu kerana duit, pasti dia dah cari yang kerja hebat. Kalau kerana nafsu, pasti akan lesu." Celah Kamaruddin. Mereka bertiga mengangguk.

"Aku harap, dia nak dengan aku sebab keikhlasan hatinya." Kamal bersuara.

"Dan kerana ALLAH." Sambung Kamal. Mereka bertiga setuju dengan kata-kata Kamal tu.

"Aku doakan kau dengan cik Syuhada tu kekal hingga syurga kelak." Ramli pula bersuara.

"Aamiin." Seraya mereka bertiga mengaminkan.

Belum pun sempat Kamal menalifon Syuhada, tiba-tiba telefon berdering. Kamal menjawab telefon itu dengan suara yang agak gementar.

"Assalammualaikum. Hariz ada?" Soal satu suara.

"Waalaikumsalam. Maaf, Hariz da habis tugasnya." Jawab Kamal.

"Oh ya ke. Tak pe lah. Terima kasih ya. Assalammualaikum." Suara itu mengakhiri kata-katanya.

"Waalaikumsalam." Jawab Kamal. Kamal menghela nafas lega setelah meletakkan ganggang. Dia sangkakan yang menalifon itu adalah Syuhada tadi. Kamal pun mendail nombor Syuhada. Dan talian berjawab.

"Assalammualaikum, boleh bercakap dengan cik Syuhada?" Kamal memulakan bicaranya.

"Waalaikumsalam. Ya saya bercakap. Abang Kamal ya?" Jawab suara di talian.

"Haah, saya Kamal." Kaml jadi gugup pula.

"Ada apa abang call Syu ni? Ada nak cakap pape ke?" Syuhada beranikan diri.

"Haah, saya ada hal nak cakap dengan cik Syuhada. Boleh kita jumpa? Bawak ibu cik Syuhada sekali ya." Terang Kamal.

"Oh, boleh je. Okey, kita jumpa kat rumah saya ya." Jawab Syuhada pantas.

"Hah, baiklah. Nanti dalam satu jam lagi kami sampai." Ganggang pun di letak. Lega rasanya bila dah terluah kata-kata yang terbuku. Satu jam lagi, Kamal akan bertemu keluarga Syuhada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience