Bab 10

Romance Completed 12214

Bab 10

Hari berganti, bulan bertukar, tahun berlalu. Tidak di sangka, hubungan Kamal dan Syuhada akhirnya ke jinjang pelamin. Kasih yang di pupuk oleh Syuhada membuahkan hasilnya. Kesabaran yang di semai memberinya sebuah hadiah istimewa buat Syuhada dan Kamal. Dalam debaran, Kamal menanti ketibaan tok kadi yang akan menikahkannya. Kamaruddin yang ada di sebelahnya seolah-olah mengetahui keresahan adiknya. Dia cuba tenangkan.

"Jangan gementar sangat Mal. Istighfar banyak-banyak. Selawat." Arah Kamaruddin. Segala bacaan berlegar dalam hati Kamal, walaupun luaran nampak tenang, namun dalam hatinya bergelora. Waktu yang di nantikan pun tiba.

Tok kadi duduk di depan Kamal. Sebagai orang yang berpengalaman lebih 30 tahun menikahkan orang, dia tahu andai orang yang akan di nikahkan itu gementar atau tidak. Tok kadi tersenyum melihat Kamal yang sedang sembunyikan rasa gemuruhnya. Kamal membalas senyuman tok kadi. Dia tahu senyuman itu pastinya kelat.

Syuhada pula duduk bersimpuh di belakang Kamal. Manis. Ayu. Sopan dan juga gementar menanti dirinya akan bergelar isteri pada lelaki yang di idamkan. Kamal mengenakan baju melayu biru muda bersamping putih. Mana kala Syuhada pula berjubah sedondon warna beserta tudung putih. Acara pernikahan di mulai dengan istighfar dan selawat. Lalu tok kadi memberi satu dua kata sebelum menikahkan Kamal.

Akhirnya, dengan sekali lafaz, Kamal berjaya bergelar seorang suami. Dan Syuhada sah menjadi isteri Kamal. Doa selesai nikah di baca. Dan Kamal membaca taklik. Dan kini dia akan menemui Syuhada untuk melakukan solat sunat berjemaah.

Lampu flash kamera mengerlip-ngerlip merakamkan detik indah pasangan sejoli itu. Usai solat sunat, acara batal wudhu'. Kamal dengan gementar menyarungkan seutas rantai tangan dan seutas rantai leher. Syuhada pun menyalami Kamal dengan penuh kesyukuran. Setelah selesai menikah, para hadirin di jemput untuk menghadiri kenduri kesyukuran.

Majlis kecil itu adalah atas kehendak Kamal dan Syuhada. Puan Hajar dan Kamaruddin hanya menuruti. Tiada pelaminan indah tiada muzik yang bingit. Hanya doa mengiringi majlis perkahwinan mereka. Bukan kerana bujet jadi masalah. Kerana Allah, Kamal dan Syuhada sepakat untuk lakukan yang terbaik.

Rakan-rakan Syuhada dan Kamal mengucapkan tahniah pada mereka. Walaupun kenduri kesyukuran, namun mereka tidak di perlekehkan. Usai majlis, Kamal dan Syuhada mengemas. Kamaruddin dan rakannya yang lain sudah pun pulang. Setelah selesai mengemas, Kamal dan Syuhada tersandar di atas sofa. Lalu terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience