Bab 6

Romance Completed 12214

Bab 6

Selepas makan malam yang lalu, sudah berbulan-bulan Syuhada sepi tanpa berita. Kamal tidak pula endahkan. Kerana dia tidak pernah simpan perasaan pada pelanggan yang datang ke bengkelnya. Sedang Kamal dan Kamaruddin berkemas untuk menutup bengkelnya, tiba sebuah kereta Myvi berwarna biru muda berhenti di bengkel. Kamal dan Kamaruddin berpandangan sesama sendiri. Kamal mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kan kita da nak tutup bengkel?" Bisik Kamaruddin pada Kamal. Kamal hanya tersenyum.

"Kita tengok lah dulu apa yang orang tu nak." Jawab Kamal. Kamaruddin angguk.

Lalu pemandu Myvi itu pun keluar dari kereta. Rupanya orang itu adalah Syuhada. Mereka berpandangan lagi. Di tambah pula dengan rasa terkejut. Syuhada melangkahkan kakinya mendekati mereka berdua. Tersenyum melihat mereka. Syuhada dengan rasa gementar, dia tetap jua gagahkan dirinya. Sudah berbulan dia cuba untuk tidak menaruh harapan pada Kamal. Namun hatinya tetap pada Kamal. Setelah mendapat jawapan yang tepat, kini dia berani untuk menemui Kamal dan abangnya. Dia juga sudah pun mengujakan keresahannya pada ibunya. Setelah solat istikharah di lakukan seperti yang di anjurkan oleh ibunya, dia pasti dan yakin dengan jawapan ALLAH buatnya. Tidak salah andai dia menjadi seperti Siti Khadijah yang melamar Rasulullah.

"Assalammualaikum." Syuhada memberi salam.

"Waalaikumsalam." Serentak mereka menjawab.

"Ada apa cik Syuhada datang ni? Maaflah, kami dah nak tutup bengkel ni." Soal Kamaruddin. Syuhada senyum.

"Saya tahu yang bengkel abang ni da nak tutup." jawab Syuhada. Mereka terdiam.

"Apa tujuan cik Syuhada kemari?" Soal Kamal pula. Syuhada senyum lagi.

"Tujuan saya ni besar hajatnya. Boleh saya jumpa abang berdua tak?" Jawab Syuhada dengan sedikit nada ketar. Mereka jadi pelik. Lalu angguk.

"Boleh kita jumpa di tempat lain? Abang berdua da habis kerja kan?" Sambung Syuhada.

"Boleh bagi kami masa 15 minit tak? Dengan keadaan kami yang baru selesai kerja ni mungkin tak berapa sesuai." Cadang Kamaruddin. Kamal angguk tanda setuju.
"Baiklah, saya tunggu abang berdua kat restoran Haji Kasim tu ya." Jawab Syuhada.

15 minit kemudian, Kamal dan abangnya pun tiba di restoran yang di tentukan. Syuhada sudah pun menunggu mereka bersama seorang wanita yang agak berusia. Sungguh akrab hubungan mereka. Kamal dan abangnya pun menghampiri mereka.

"Assalammualaikum. Boleh kami duduk di sini?" Soal Kamaruddin. Syuhada dan puan Hajar tersenyum manis.

"Waalaikumsalam. Duduklah. Memang tempat tu khas untuk kamu berdua pun." Jawab puan Hajar, ibu Syuhada. Kamal dan abangnya pun duduk di kerusi hadapan mereka berdua.

"Kenalkan ini puan Hajar. Ibu saya." Syuhada perkenalkan ibunya pada Kamal dan abangnya. Mereka hanya tersenyum.

"Saya Kamal dan ini abang saya Kamaruddin." Kamal pula perkenalkan diri mereka. Puan Hajar tersenyum.

"Makcik dah lama kenal kamu berdua. Si Ayang ni, selalu cerita pasal kamu berdua." puan Hajar memandang kearah Syuhada. Makanan di pesan pun tiba. Bicara mereka terhenti seketika.

"Jemputlah makan. Sebelum kita cerita lebih lanjut lagi." Pelawa puan Hajar. Kamal dan Kamaruddin jadi tertanya-tanya akan tujuan Syuhada dan ibunya puan Hajar. Mereka pun menjamah makanan yang telah di hidang.
"Sebenarnya tujuan makcik dan Ayang ni nak tanya pada Kamal." Puan Hajar membuka bicara. Mereka berdua berhenti dari makan.

"Kamal ni dah ada yang punya ke?" Soal puan Hajar. Terpana Kamal mendengar soalan puan Hajar. Kamaruddin memandang ke arah Kamal.

"Makcik, saya bukan orang kaya. Tak de sapa nak ngan saya ni makcik." Jawab Kamal jujur. Puan Hajar tersenyum mendengar jawapan Kamal.

"Kalau ada orang nak kamu? Kamu nak dia ke?" Soal puan Hajar lagi. Kamal sedikit tersedak.

"Ada ke orang nak kat saya makcik?" Soal Kamal jujur. Puan Hajar ketawa kecil. Lalu mengangguk. Kelihatan Syuhada makin gementar bila ibunya sudah membuka langkahnya.

"Kamaruddin, kamu abangnya kan. Makcik nak melamar adik kamu ni buat anak makcik ni boleh ke?" Soal puan Hajar pada Kamaruddin pula. Kamaruddin pula tersedak. Segera dia menyedut air yang ada di sebelahnya.

"Maaf makcik ya." Pinta Kamaruddin. Puan Hajar hanya angguk sambil tersenyum melihat gelagat 2 orang pemuda itu. Sungguh polos kelakuan mereka 2 beradik. Puan Hajar terpikat dengan sikap mereka berdua.

"Saya tak menghalang makcik kalau adik saya ni sukakan anak makcik."sambung Kamaruddin. Kamal memandang abangnya. Apa aku nak jawab? Aku bukan ada perasaan apa-apa pada dia. Seolah-olah mata Kamal berbicara pada abangnya. Lega Syuhada mendengar jawapan Kamaruddin. Tapi, bagaimana pula dengan jawapan Kamal? Bisik hati Syuhada.

"Kamal sudi ke nak berkawan dengan anak makcik ni?" Soal puan Hajar setelah mendengar jawapan Kamaruddin. Kamal tersenyum kelat.

"Boleh makcik dan cik Syuhada bagi saya waktu untuk berfikir?" Jawab Kamal dalam nada datarnya.

"Bukan saya tak suka dengan anak makcik ni. Cuma saya nak tahu jawapan yang sebenar." Sambung Kamal. Syuhada bertambah lega mendengar jawapan Kamal. Puan Hajar faham maksud Kamal itu. Dia angguk.

"Kamal fikirlah dulu ya. Bila da tahu jawapan nanti, bagi tahu makcik ya."seloroh puan Hajar. Kamal angguk. Makan malam itu membuatkan Kamal memerah otak untuk menerima Syuhada sebagai temannya.

Seusai makan malam, mereka pulang dengan perasaan masing-masing. Syuhada lega. Kamal pula tertekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience