Bab 11

Romance Completed 12214

Bab 11

Di sepertiga malam, Kamal terjaga. Bermunajat pada Allah. Memohon agar perkahwinannya sentiasa dalam redha Allah. Dan Kamal berzikir hingga ke subuh. Kamal mengejutkan isterinya.

"Syu, bangun sayang." Terpacul perkataan sayang dari bibirnya. Syuhada terjaga.

"Emmm. Abang. Napa bang?" Tanya Syuhada dalam keadaan mamai.

"Assalammualaikum Syu. Bangun. Jom kita solat subuh berjemaah. Ajak ibu sekali." Arah Kamal pada isterinya.

"Waalaikumsalam. Dah subuh ya bang." Tanya Syuhada lagi. Kamal angguk. Lalu bangkit dari sofa dan mengejutkan ibunya.

Subuh yang terasa amat syahdu. Mereka solat berjemaah. Usai solat berjemaah, Syuhada dan puan Hajar bersalaman dengan Kamal. Syuhada dan puan Hajar berlalu meninggalkan Kamal. Mereka berdua ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Kamal pula masih berteleku di atas sejadah. Menyambung zikirnya. Terasa ketenangan dalam dirinya.

Jam sudah pukul 8 pagi, Kamal mengambil wudhu' lalu mengerjakan solat sunat dhuha. Usai solat sunat dhuha, Kamal menyiapkan diri.

"Abang, jom sarapan." Sapa Syuhada di muka pintu. Kamal menoleh. Lalu senyum di lemparkan buat isterinya. Kamal mendapatkan isterinya.

"Jom sarapan." Sapa Kamal pula. Syuhada senyum. Mereka pun ke dapur.

"Hah, Kamal. Meh la sarapan. Tak de pape yang istimewa pun. Cuma ni je yang dapat ibu buatkan." Ajak puan Hajar. Di atas meja terhidang mee goreng, kuih karipap, air kopi dan roti.

"Alhamdulillah bu. Asalkan semua ni dapat di makan." Jawab Kamal bersahaja. Puan Hajar tertawa. Mereka pun menjamah makanan yang tersedia. Selepas bersarapan, Kamal mengajak puan Hajar dan Syuhada ke suatu tempat. Mereka menuruti kehendak Kamal.

Rupanya Kamal membawa puan Hajar dan Syuhada ke tanah perkuburan.

"Jom kita turun." Ajak Kamal. Puan Hajar dan Syuhada mengikut jejak Kamal. Tiba di satu perkuburan, Kamal berhenti.

"Inilah tempat ibu dan ayah saya." Kamal bersuara. Puan Hajar senyum. Lalu mereka membaca yassin dan berdoa. Puan Hajar meluru laju ke kereta meninggalkan Syuhada dan Kamal.

"Kenapa dengan ibu tu Syu? Laju je jalannya." Tanya Kamal. Syuhada tahu pasti ibunya menangis terkenangkan arwah suaminya.

"Ibu ingatkan ayah kot." Jawab Syuhada dalam sebak.

Lalu Kamal memeluk bahu Syuhada. Menenangkan sang isteri yang dalam kehibaan. Airmatanya jua turut gugur.

"Setiap yang kita dapat adalah pinjaman semata. Tempat terakhir yang paling indah adalah syurga. Jadi kita yang di beri peluang hidup ni kena lah kejar akhirat untuk ke syurga." Terang Kamal pada isterinya. Syuhada angguk. Mereka pun sampai di kereta. Kelihatan mata puan Hajar berkaca. Kamal senyum.

"Ibu nak pergi ziarah ayah ke?" Soal Kamal. Puan Hajar terpaku. Airmata menitis.

"Ibu kalau nak lepaskan rindu pada ayah, kita pergi ziarah ya." Pinta Syuhada pula.

"Ayang tahu, ibu mesti rindu dengan ayah kan. Ayang pun rindu ayah bu." Sambung Syuhada. Setelah mendapat kekuatan dari anak dan menantunya, barulah puan Hajar setuju untuk menziarahi perkuburan suaminya.

Kereta pun meluncur ke destinasi. Setelah menziarah perkuburan, Kamal membawa puan Hajar dan Syuhada ke rumah anak yatim yang pernah menjaganya. Kelihatan puan Hajar begitu gembira. Syuhada juga turut gembira. Kamal bersyukur punya isteri dan ibu mertua yang tidak memilih. Kemudian mereka pulang kerumah dengan hati yang tenang dan damai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience