Bab 5

Romance Completed 12214

Bab 5

Malam itu, Kamal menanti kehadiran Syuhada di atas motor kapcainya. Sambil menunggu dia tidak lupa dengan zikirnya. Walaupun tidak banyak mana zikirnya, namun dia terus melakukan apa yang terlintas dalam hatinya.

Dalam perjalanan, Syuhada membungkam, mengeluh kerana tidak dapat bertemu Kamal seorang. Tentu mereka dah sampai. Bisik hati Syuhada.

Setibanya Syuhada di restoran yang di janjikan, Syuhada cuba untuk mencari kelibat pekerja bengkel kereta yang akan di belanja olehnya. Namun dia gagal menemui bayang mereka. Kamal pun mendekati Syuhada.

"Cik cari kami ke?" Soalnya membuatkan Syuhada kaget sebentar. Lalu tersenyum terpaksa.

"Haah. Mana yang lain?" Jawab Syuhada dengan pertanyaan. Kamal tersenyum.

"Sebenarnya, mereka ada urusan tersendiri. Jadi mereka tak dapat nak join. Nampaknya saya sorang je dengan cik Syuhada ni." Jawab Kamal jujur. Syuhada tersenyum lebar. Hatinya kembali berbunga. Terasa berada di awangan.

"Jom kita masuk cari tempat duduk." Ajak Syuhada. Kamal angguk dan mengikut langkah Syuhada.

"Cik Syu kan?" Tegur satu suara. Syuhada mengangguk. Lalu dia mengiringi kami ke satu tempat. Kamal dan Syuhada mengikut jejak pelayan restoran itu.

"Ini tempat yang cik tempah petang tadi. Silakan." Arahnya.

"Terima kasih ya." Jawab Syuhada. Dan pelayan itu pun berlalu.

"Cik Syu da tempah tempat ni?" Soal Kamal. Syuhada angguk. Tersenyum. Senyuman yang terasa indah. Kamal pun duduk pada kerusi yang berada di depan Syuhada. Tidak lama kemudian, pelayan datang dengan hidangan yang telah di tempah awal oleh Syuhada.

"Banyaknya makanan ni cik Syu, terhabis ke kita makan berdua je?" Soal Kamal. Syuhada mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Tak pe encik Kamal, kalau tak habis nanti, kita bungkus bawa balik ya." Jawab Syuhada. Lalu mereka menikmati hidangan yang telah tersedia. Seusai makan malam, mereka pun pulang ke tempat masing-masing.

Masuk saja ke ruang tamu, Kamal melabuhkan dirinya di atas sofa. Makanan yang di bawa balik cukup untuk bekalan seminggu dia dan abangnya, Kamaruddin.

"Hah, kau da balik Mal?" Tegur Kamaruddin dari pintu depan. Kamal menjengah dan mengangguk.

"Baru balik dari merisik ke?" Soal Kamal pula. Kamaruddin duduk di sebelah Kamal.

"Ha'ah. Nak kawin sekarang ni macam lumba-lumba jual anak plak." Jawab Kamaruddin. Kamal merenung abangnya dengan tanda tanya.

"Mana tidaknya, letak hantaran macam orang jual tanah sawah." Sambung Kamaruddin sambil tergelak kecil. Kamal angguk.

"Dah tu nak jugak kawin. Kena la terima." Sambung Kamal berjenaka. Mereka berdua ketawa bersama. Kamaruddin menoleh kearah meja makan. Kelihatan bungkusan makanan yang berbunjut.

"Mana kau dapat berkat tu Mal?" Soal Kamaruddin. Kamal ketawa.

"Tu lah makanan yang di oder cik Syu tu. Dia ingat kita semua ada. Rupanya aku sorang je. Tu yang bungkus bawak balik tu. Stok tuk seminggu boleh tu." Jawab Kamal sambil ketawa.

"Kalau macam ni hari-hari, kita tak payah nak belanja kat luar dah kan." Seloroh Kamaruddin. Mereka ketawa lagi.

"Aku simpan dalam peti lah ya. Kau nak makan lagi ke?" Tanya Kamaruddin. "Aku dah kenyang makan kat rumah orang tadi." Sambung Kamaruddin.

"Hah, simpan la. Aku pun da kenyang sangat da ni. Ngantuk plak rasanya bila da banyak makan ni." Jawab Kamal. Mereka pun berlalu ke bilik masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience