Bab 9

Romance Completed 12214

Bab 9

Tempoh pertunangan mereka adalah tempoh untuk mengenal hati budi masing-masing. Kamal sering bertahajjud untuk memantapkan dirinya untuk persediaan hari bahagia mereka nanti. Syuhada juga begitu. Mereka jarang bertemu, hanya sering menalifon bertanya khabar. Terkadang, puan Hajar ada juga bertanyakan pada Kamal tentang pertunangan mereka hingga bila. Namun jawapan yang Kamal berikan tidak pernah kecewakan puan Hajar.

Satu petang, Syuhada datang ke bengkel Kamal. Kamal sedang sibuk mengemas ketika itu. Ramli terpandang Syuhada. Belum sempat dia menjerit memanggil Kamal, Syuhada mengarahkan supaya tidak berbuat demikian.

"Saya nak suprisekan abang Kamal." Kata Syuhada. Di tangannya sebungkus kotak persegi, dan sebungkus lagi adalah makanan sampingan. Ramli, Kamaruddin, Sufian dan Hariz mendiamkan diri. Setelah siap di atur makanan di atas meja, Hariz memanggil Kamal.

Kebetulan pula Kamal sudah selesai mengemas. Kamal di bawa ke satu tempat.

"Eh ada jamuan ke hari ni?" Soal Kamal. Mereka hanya tersenyum.

"Kejap ya, nak basuh tangan dulu." Sambung Kamal. Syuhada pula bersembunyi di pejabat Kamaruddin. Selesai membasuh tangan, Kamal ke meja makan semula.

"Apa lagi, jom lah makan. Lapar dah ni." Kata Kamal sambil ketawa kecil.

"Sabar Mal. Cuba kau pusing belakang." Suruh Hariz. Kamal pun menoleh. Alangkah terperanjatnya dia bila di dapati Syuhada berada di situ.

"Suprise!" Seraya mereka bersuara. Syuhada tersenyum manis. Kamal terpana seketika.

"Ada hari apa hari ni ya?" Soal Kamal. Mereka tertawa. Kamal jadi bingung. Kamaruddin menghampiri adiknya. Memeluk bahu Kamal dan berkata.

"Hari ni kan hari ulangtahun kelahiran kau Mal." Kamal tersenyum. Dia lupa tarikh lahirnya sendiri sejak ketiadaan ibu bapanya. Tiba-tiba air jernih dengan mudah menitis dari mata Kamal. Masing-masing terpaku.

"Mal, kau okey tak?" Soal abangnya. Kamal mengangguk. Tidak di sangka, selepas 10 tahun dia tidak menyambut hari kelahirannya, kini hari lahirnya datang lagi tanpa di duga. Ibu bapanya dulu sering menyambut hari lahir dia dan abangnya. Kini, Allah hantar seorang wanita untuk menyambut hari lahirnya. Kamal menangis. Air mata segera di kesat kerana tidak mahu kecewakan rakan-rakan yang lain.

"Terima kasih semua. Sebab ingatkan aku tentang hari ini." Ucap Kamal dalam sebak di dadanya.

"Maafkan Syu yang abang Kamal. Syu buat semua ni tanpa pengetahuan abang Kamal." Syuhada bersuara. Terasa kesal pula membuat kejutan pada tunangnya.

"Tak pe Syu. Alang-alang dah ada, kita bedal lah sama-sama ya." Jawab Kamal sambil berseloroh. Mereka tertawa.

Ramli di suruh membaca doa. Kamal pula di minta untuk berucap sempena hari ulangtahun kelahirannya. Sufian jadi juru gambar sambilan. Hari itu merupakan hari yang tak kan Kamal lupakan. Dia membaca fatehah dan di sedekahkan buat kedua orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience