Bab 12

Romance Completed 12214

Bab 12

Sudah setahun setengah Kamal menderita kesakitan. Namun dia tidak pernah mengadu pada sesiapa termasuk abangnya sendiri. Dia redha. Kini Syuhada pula sudah mengandung. Dan menunggu hari sahaja. Sudah beberapa hari kebelakangan ini, Kamal merasakan perutnya berpusar-pusar. Namun dia gagahi jua untuk isterinya. Dia bersyukur dapat memberi zuriat pada isterinya. Namun dia tidak tahu sama ada dia sempat atau tidak untuk melaungkan azan ketelinga kecil anaknya nanti. Terkadang Syuhada perasan akan perubahan Kamal. Tetapu Kamal sering menyejukkan hati isterinya. Syuhada bahagia punya suami yang begitu penyayang.

Satu hari selepas solat zuhur, dia merasakan perasaan yang indah, ubun-ubunnya bergerak-gerak. Seolah-olah dia tidak di deritai kesakitan. Dan hari itu juga, Syuhada mengadu sakit perut. Terasa ingin beranak. Kamal dengan tenang membawa isterinya ke hospital. Tangan Syuhada di genggam erat ketika memandu.

"Istighfar sayang, selawat. InsyaAllah segalanya akan di permudahkan Allah." Kamal memberi semangat pada isterinya.

"Sentiasa ingat Allah ya sayang." Sambung Kamal.

"Nanti kalau baby da keluar. Jaga dia dengan penuh kasih sayang. Jangan lupa ajar mengenal Allah ya." Kamal terus melayan isterinya. Syuhada terasa semakin kuat sakitnya. Sampai di hospital pukul 3 petang. Syuhada sudah pun di sorong masuk ke labour room. Kamal pula mendaftarkan nama isterinya.

Terpancar kerisauan dalam dirinya. Ibu mertuanya di beritahu tentang Syuhada. Dengan kadar segera puan Hajar berkejar ke hospital. Kamal pun ke surau untuk bermunajat. Memohon agar isteri dan anaknya selamat.

Walaupun dirinya tidaklah sekuat mana. Kamaruddin dan yang lain-lain juga turut hadir. Setelah bertarung nyawa selama 1 jam, Syuhada selamat melahirkan bayi lelaki. Kamal di beritahu oleh seorang nurse. Selesai proses di labour room, Kamal di panggil untuk menemui Syuhada. Kamal melangkah penuh semangat walaupun nyawanya di hujung tanduk. Syuhada tersenyum pada suaminya.

Alhamdulillah anak dan isteriku dah selamat. Doa hati Kamal. Melangkah merapati si anak. Anak itu pun di angkat lalu di azan dan di iqamatkan. Azan yang di laungkan oleh Kamal begitu terasa sayu sekali. Hingga air mata Kamal gugur. Begitu juga Syuhada, dia merasa tenang dan sayu sekali azan sang suaminya.

"Terima kasih sayang. Abang harap lepas ni Syu lebih tabah hadapi semua dugaan setelah bertarung nyawa demi zuriat kita ini." Ucap Kamal sambil menyerahkan anak kecil itu pada isterinya. Syuhada angguk. Air mata gembira menitis. Betapa bahagianya dia di beri peluang untuk punyai zuriat penyambung warisan mereka.

"Namakan dia Ismail ya." Pinta Kamal. Lalu terdengar sayup suara azan asar berkumandang. Kamal merenung isteri dan anak kecilnya yang bakal dia tinggalkan selamanya.

"Sayang, abang minta maaf ya. Abang nak sahut panggilan Allah. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi ya." Kamal berdialog spontan. Syuhada yang tidak terfikir apa-apa hanya mengangguk. Kamal pun berlalu dan Syuhada melayan anak kecil itu. Kamal ke surau bersama rakan yang lain. Syuhada pula di sorong ke wad bersalin.

Usai solat asar, Kamal rebah. Para jemaah yang ada terpana. Kamaruddin juga bergegas mendapatkan adiknya.

"Kamal, Mal. Kau kenapa ni? Tak sihat ke?" Soal Kamaruddin. Kamal membuka matanya.

"Maafkan aku Din." Suara Kamal tersekat-sekat.

"Sampaikan salamku buat Syuhada. Pesan pada dia jangan sedih. Dan aku dah tinggalkan sepucuk surat di tepi meja katil." Sambung Kamal sebelum nafasnya terhenti.
Airmata Kamaruddin tumpah tanpa di pinta. Para jemaah memberi laluan pada Kamaruddin membawa adiknya berjumpa doktor. Namun doktor sudah mengesahkan bahawa Kamal sudah meninggal dunia. Dengan berat hati, Kamaruddin menemui puan Hajar. Kebetulan pula puan Hajar belum masuk ke wad Syuhada.

"Makcik..." dengan nada pilu Kamaruddin bersuara.

"Din, kenapa ni nak?" Soal puan Hajar. Namun Kamaruddin tidak dapat membendeng air matanya yang sedang hebat di landa badai.

"Kamal makcik...." Sambungnya. Puan Hajar jadi tak senang dengan ayat Kamaruddin yang tidak habis itu.

"Kenapa dengan Kamal?" Soal puan Hajar lagi.

"Kamal da meninggal makcik." Akhirnya Kamaruddin bersuara dalam kesedihan itu.

Puan Hajar terduduk mendengar berita itu. Kamaruddin juga menekup tubuhnya ke dinding. Air mata puan Hajar mengalir laju. Dalam fikiran tiba-tiba teringatkan anaknya, Syuhada. Bagaimana dia nak terima berita pahit ini? Soal hati puan Hajar.

"Din, apa makcik nak bagi tau pada Ayang Din?" Soal puan Hajar setelah mengesat air matanya. Kamaruddin hanya menggelengkan kepalanya.

"Makcik jangan lah beritahu Syuhada dulu. Kita tunggu masa yang sesuai." jawab Kamaruddin. Di dalam wad bersalin, keadaan sedikit kecoh. Kelihatan seperti ada sesuatu yang menarik minat Syuhada untuk bertanya. Kebetulan pula waktu itu adalah masa untuk pemeriksaan selepas bersalin.

"Nurse, boleh saya tanya sikit?" Soal Syuhada.

"Ada apa ya puan?" Jawab nurse.

"Kenapa macam kecoh je kat hospital ni? Ada apa-apa ke?" Soal Syuhada lagi.

"Oh itu. Tadi lepas solat asar ada seorang suami pesakit di sini rebah lepas tu terus meninggal." Jawab nurse dengan nada sayu.

Tiba-tiba jantung Syuhada berdetak. Seperti ada sesuatu. Naluri seorang isteri. Kemudian puan Hajar pun masuk mendapatkan Syuhada. Puan Hajar bersalam dengan Syuhada, lalu menemui cucu tunggalnya.

"Ibu, abang Kamal mana? Ibu ada jumpa dia tak?" soal Syuhada.

"Tadi ada ibu jumpa dia sebelum solat asar. Rasanya dia belum keluar dari surau agaknya." Jawab puan Hajar menutup kebenaran. Syuhada mengangguk.

"Ala cucu nenek." Puan Hajar menukar topik. Agak lama juga mereka berbual, Syuhada makin risau. Di jengah ke pintu masuk. Namun suaminya tidak jua kunjung tiba.

"Ibu, abang Din ada di mana bu? " soal Syuhada.

"Oh, Din tadi ibu jumpa dia dah nak balik katanya. Dia kirim salam sebab dia terpaksa balik sebab ada orang telefon dia tadi." Syuhada angguk lagi tanpa banyak soal. Sedangkan dalam hatinya tertanya-tanya tentang suaminya.

"Ibu, mana abang Kamal? Dia tak nak jumpa Ayang ngan anak Ayang ni ke?" Soal Syuhada dalam sebak. Puan Hajar mendapatkan anaknya.

"Sabar sayang. Mungkin Kamal ada urusan yang sama macam Din." Jawab puan Hajar melembutkan hati anaknya. Syuhada semakin tidak senang dengan jawapan ibunya. Namun kerana anak dan pesanan yang Kamal berikan. Dia jadi kuat semula. Mungkin benar apa yang ibu cakap tadi. Bisik hati Syuhada.

Waktu melawat sudah pun tamat. Puan Hajar terpaksa tinggalkan Syuhada dan anak kecilnya. Dia segera berpaling kerana airmatanya mula berlinangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience