Bab 2

Romance Completed 12214

Bab 2

Saiful memang benci akan Kamal kerana hampir semua pelanggan hanya mahukan khidmat Kamal. Setiap kali bertembung dengan Kamal, pasti mulutnya tak lepas menyindir Kamal. Hinggalah satu hari seorang pelanggan datang dalam keadaan marah.

"Saya nak jumpa makenik yang bernama Saiful sekarang juga!" Bentaknya setelah keluar dari keretanya.

Semua pekerja seramai 6 orang itu keluar.

"Sabar encik. Boleh bagi tahu saya apa masalah encik, pada saya?" dengan tenang Kamaruddin menyapa pelanggannya.

"Saya nak jumpa Saiful. Bukan kamu. Kamu siapa?!" Dengan marah pelanggan itu membentak. Kamaruddin terdiam.

"Sapa Saiful?! Mana dia?!" Sambungnya lagi.
Dengan perasaan yang gementar Saiful keluar.

"Saya Saiful. Ada apa ya encik?" Soalnya seolah-olah tiada perkara yang serius.

"Macamana kamu kerja ni.??! Habis kereta aku kau jahanamkan. Bengkel apa sebenarnya ni??!!" Keluh pelanggan itu.

"Maaf encik, siapa yang merepair kereta encik tempoh hari?" Soal Kamaruddin pula.

"Siapa lagi Saiful ni lah, pemilik bengkel ini bukan?" Katanya sambil menuding jarinya ke arah Saiful. Kamaruddin memandang ke arah Saiful yang sudah melampaui batasan kesabarannya. Saiful tertunduk malu.

"Macam ni lah encik..." Kamaruddin menanti jawapan pelanggannya itu.

"Hazri." Jawabnya sedikit lembut.

"Encik Hazri, saya sanggup beri jaminan pada encik yang kereta encik ni akan di tanggung segalanya hingga ianya memuaskan hati encik Hazri." Sambung Kamaruddin.

"Apa maksud kamu ni?" Soalnya.

"Saya selaku pemilik bengkel ini akan menjamin kereta encik Hazri yang rosak akan di baiki semula oleh makenik Kamal hingga siap." Terang Kamaruddin pada pelanggannya itu. Encik Hazri terpana.

"Kamu pemilik bengkel ni?" Soal encik Hazri. Kamaruddin angguk.

"Jadi Saiful tu siapa pula?" Soalnya lagi.

"Dia salah seorang pekerja saya." Jawab Kamaruddin.

"Berani kamu menipu saya ya." Sapanya pada Saiful. Saiful tunduk.

"Maafkan saya encik." Hanya itu saja yang dapat di lafazkan oleh Saiful. Dia menyesal.

"Encik Hazri, saya harap, kes ni selesai di sini sahaja ya." Pohon Kamaruddin. Encik Hazri menganggukkan kepala tanda setuju. Dan kes itu pun selesai dengan cara aman.

Keesokkan harinya, tanpa meminta penjelasan dari Saiful, Kamaruddin mengambil keputusan untuk memberhentikan Saiful dalam masa 24 jam berkuatkuasa setelah surat di serahkan pada Saiful. Saiful sedar akan kesalahannya dan menerima keputusan yang telah di berikan padanya.

"Din, kenapa kau pecat dia Din?" Sapa Kamal.

"Dia dah melampau Mal. Aku dah tak boleh nak bagi peluang lagi kat dia." Jawab Kamaruddin agak marah.

"Kenapa tak bagi peluang lagi? Kan kita semua manusia biasa. Manusia yang sering lakukan kesalahan. Cuma Allah je yang tak lakukan kesalahan." Kamal cuba memujuk Kamaruddin.

"Tak pe lah Mal, aku harap dia akan dapat kerja yang lebih baik lagi lepas ni. Tapi bukan di bengkel aku ni." Jawab Kamaruddin.

Kamal hilang akal untuk memujuk abangnya yang sudah putus harapan setelah Saiful melakukan kesalahan lagi. Peluang yang ada tidak di gunakan dengan betul. Sering mengambil kesempatan di atas kebaikkan Kamaruddin dan Kamal. Dan akhirnya Saiful terpaksa menganggur kerana kesilapannya sendiri. Walaupun menyesal, namun segalanya sudah terlewat untuk di baiki lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience