Bab 1

Romance Completed 12214

?Bab 1

Segala perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk semua makhlukNYA. Namun bukan semua kenal akan penciptaNYA.

Kamal, seorang pekerja di sebuah bengkel kereta abangnya, Kamaruddin. Dia sering di cari-cari oleh setiap pelanggan yang datang. Hinggakan timbul rasa kebencian rakan sekerjanya. Namun kebelakangan ini Kamal seolah-olah menjauhkan dirinya dari pelanggan tetap yang datang berkunjung. Dia sering ke bilik rahsianya bila mendapat tahu akan kehadiran pelanggan yang mahu khidmatnya. Dia tidak sanggup lagi di tuduh memakai tangkal dan sebagainya untuk menarik hati pelanggan. Kamal sering duduk seorang diri. Sehinggalah satu pagi sebelum ada pekerja lain tiba, abang Kamal yang bernama Kamaruddin menghampirinya.

"Assalammualaikum Mal?" Sapa Kamaruddin.

Kamal tersentak.

"Waalaikumsalam... oh kau Din. Ada apa?" Jawab Kamal

"Aku tengok kau ni macam pendam sesuatu je. Kalau ada pape, cubalah cerita dengan aku. Aku kan abang kau Mal." Tegur Kamaruddin sebagai abang yang bertanggungjawab ke atas adiknya setelah kehilangan kedua ibu bapa mereka 10 tahun yang lalu.

"Takde apa-apa lah Din, kau jangan risau pasal aku lah Din. Aku ok je." katanya menenangkan gundah dalam hati si abang.

"Kau tak boleh tipu aku Mal, aku kenal kau sapa." Sambung Kamaruddin. Kamal hanya tersenyum.

"Ramai pelanggan cari kau Mal. Tapi kau selalu tak ada. Kau kemana?" Soal Kamaruddin. Kamal hanya membisu.

"Aku tahu Mal, aku nampak sapa yang tak suka dengan kau. Kau janganlah pedulikan diaorang semua tu. Kan ke bengkel ni aku punya." Sambung Kamaruddin. Kamal tersenyum lagi.

"Aku tak suka tengok kau macam ni Mal. Aku nak tengok Kamal yang aku kenal. Bukan Kamal yang lari dari kata nista orang." Kamal terpana bila mendapat tahu abangnya mengambil kisah akan perasaannya.

"Tak pe lah Din. Aku tak nak terus menerus biarkan orang yang membenci aku dapat dosa sepanjang hidupnya. Biarlah aku mengalah. Biarlah apa orang nak kata. Aku lebih rela duduk diam dan mendoakan orang yang bencikan aku Din. Kau jangan lah susah hati Din, aku tak apa-apa. Aku buat kerja dalam sudah lah Din." Panjang lebar Kamal memberitahu abangnya. Kamaruddin terkesima dengan jawapan adiknya itu.

"Kalau kau dah cakap macam tu, oklah. Aku harap lepas ni kalau kau ada masalah apa-apa, kau bagi tahu aku. Ingat, kau masih ada aku lagi." Kamaruddin memberi semangat pada adiknya yang kelihatan kelesuan itu sambil menepuk bahu Kamal. Kamal angguk tanda faham.

"Jom kita mulakan kerja kita." Sambung Kamaruddin. Kamal angguk lagi. Dan mereka pun memulakan tugas masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience