Bab 3

Romance Completed 12214

Bab 3

Semenjak 3 bulan lalu, bengkel Kamaruddin kembali maju dan terus maju. Dan seorang pelanggan yang sering datang mengatakan keretanya rosak. Walhal, tidak ada apa-apa kerosakkan pun pada keretanya. Dan dia sering meminta Kamal yang kendalikan keretanya. Setiap bulan pasti dia akan datang. Hari ini kali ke 3 perempuan yang bernama Syuhada itu datang lagi ke bengkel Kamaruddin. Dan masing-masing tahu siapa yang akan di cari. Dengan senyuman yang manis dia meminta Kamal mencari punca bunyi bising dalam keretanya. Itulah katanya. Kamal yang tidak ada banyak soal, memeriksa keretanya dengan teliti.

"Awak ni dah ada isteri ke?" Soal Syuhada tiba-tiba. Kamal memandang sekeliling.

"Cik tanya saya ke??" Soal Kamal pada Syuhada.

Dia angguk.

"Awak ada nampak saya bercakap sorang-sorang ke?" Jawab Syuhada dalam nada sedikit geram dengan jawapan Kamal tadi.
Kamal tersenyum.

"Maafkan saya ya cik. Saya ingatkan cik tanya orang lain tadi." Jawab Kamal bersahaja.

"Oh ya lupa pula saya nak jawab soalan cik tadi." Sambung Kamal sambil mencari punca bunyi yang di nyatakan oleh Syuhada.

"Saya belum kahwin, macamana saya nak ada isteri." Seloroh Kamal. Syuhada geram dengan jawapan Kamal.

"Sebab tu saya tanya." Jawab Syuhada.

"Kenapa cik nak tahu pasal saya pula?" Soal Kamal. Kerana itulah pertama kali seorang perempuan yang berani menegurnya.
Syuhada tersenyum.

"Saja" jawabnya sepatah. Kamal menggelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan karenah pelanggannya itu.

"Saya dah periksa semuanya cik. Nampak gayanya kereta cik ni nak kena masuk wad." Kamal memberitahu Syuhada.

"Yes." Syuhada rasa gembira mendengarkan keretanya terpaksa di tahan.

"Cik datang seorang je ke?" Soal Kamal bila melihat Syuhada tersenyum mendengar keretanya di tahan.

Syuhada hanya merenung Kamal. Kamal jadi hairan melihat karenah pelanggannya yang peramah itu.

"Cik.... cik...." sapa Kamal sambil melambai-lambaikan tangannya di depan wajah Syuhada.

Syuhada merasa malu pula bila tersedar dari lamunannya.

"Ya??" Terketar-ketar suaranya bertanya.

"Cik datang sini dengan siapa tadi?" Soal Kamal lagi.

"Oh, saya datang sorang je tadi." Jawab Syuhada sembunyikan rasa malunya. Tapi wajahnya tidak menipu. Pipinya bertukar jadi kemerahan. Seakan memakai blusher.

"Cik nak kami hantar cik balik rumah ke atau cik nak kami telefonkan teksi?" Soal Kamal lagi. Membulat mata Syuhada. Lalu membelek jam di tangannya. Terus wajahnya bertukar kelam kabut.

"Macamana saya nak cakap ya?" Jawab Syuhada. Kamal menanti keresahan Syuhada.

"Kejap lagi pukul 3 saya ada temujanji dengan klien kat hotel Angsana. Kalau saya naik teksi sempat tak ya?" sambung Syuhada. Kamal menoleh pada rakan-rakannya.

"Sapa-sapa boleh tolong hantarkan cik ni tak?" Soal Kamal. Masing-masing memberikan alasan. Kamaruddin keluar dari pejabatnya.

"Kau hantar je dia Mal. Kalau naik teksi memang tak sempat nak sampai." Cadang Kamaruddin.

"Lagi pun bengkel kita dah ada yang boleh jaga." Sambung Kamaruddin seolah-olah menghigh lightkan tujuan Syuhada. Tanpa banyak soal, Kamal menuruti arahan abangnya. Kamal pun mengambil kunci motornya dan mencapai dua biji topi keledar.

"Cik, jom lah saya hantar. Nanti lewat pula cik nak jumpa klien cik." Ajak Kamal.

Bukan main gembiranya Syuhda kerana berpeluang untuk bersama lelaki yang di sukainya itu. Dia terus mencapai fail dan beg tangannya menuju ke arah Kamal yang sudah pun sedia. Kamal terus menyarungkan topi keledar di kepala Syuhada dan di ikat dengan rapinya. Syuhada tersenyum. Kamal membalas tanpa ada merasai perasaan yang sama seperti Syuhada. Syuhada pun menunggang motor sebagai penumpang.

Setibanya di hotel yang telah di nyatakan, Syuhada berterima kasih dan meminta maaf pada Kamal kerana menyusahkan Kamal. Kamal hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience