Bab 13

Romance Completed 12214

Bab 13

Puan Hajar menemui Kamaruddin. Mereka berbincang dengan pihak hospital. Dengan kesepakatan yang telah di persetujui doktor pakar sakit puan pun menemui Syuhada di bilik berasingan. Syuhada yang memangku anaknya tertanya-tanya kemana dia akan di bawa. Sampai sebuah bilik doktor, Syuhada dapati ibunya dan Kamaruddin turut ada di dalam bilik itu. Muka mereka begitu muram. Puan Hajar cuba untuk ceriakan dirinya. Dia menyambut cucunya dengan senyuman yang hambar. Syuhada kebingungan.

"Ibu, ada apa ni? Kenapa ibu sedih?" Soal Syuhada. Puan Hajar menangis.

"Puan Syuhada, kami harap puan istighfar banyak-banyak. Tenangkan diri puan dulu. Kami nak beritahu satu berita penting pada puan." Terang doktor.

Syuhada jadi kelam, dia cuba berisghfar dalam hati. Cuba menenangkan hatinya. Menarik nafas panjang. Puan Hajar makin sebak.

"Setelah kami siasat seorang pelawat yang meninggal petang tadi." Doktor membuka bicaranya. Jantung Syuhad berdetak kencang.

Ya Allah apakah... bisik hati Syuhada.

"Kami dapati, lelaki itu bernama Kamal bin Syamsuddin. Adakah dia suami puan?" Soal doktor. Jantung Syuhada seakan pecah berderai mendengar nama suaminya. Tanpa di pinta air matanya jatuh berguguran.

"Betul doktor, dia memang suami saya." Jawab Syuhada dalam kesedihan. Puan Hajar segera memeluk anaknya memberi kekuatan agar anaknya merasa tenang. Syuhada menangis semahunya.

"Kami akan beri kebenaran pulang pada puan malam ini bersama jasad suami puan." Terang doktor. Syuhada angguk. Tiada apa lagi yang dapat dia suarakan. Segalanya sudah tersurat. Anak kecilnya menangis seolah-olah mengerti situasi yang berlaku.

Tepat jam 9 malam, Syuhada dan anaknya dapat keluar dari hospital begitu juga dengan jasad Kamal. Syuhada makin bingung, fikirannya tidak menentu. Untung sahaja puan Hajar menemaninya. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanannya. Setelah tiba di rumah mereka, Syuhada masuk ke bilik bersama anaknya. Di renung wajah anak kecil itu. Dia tersenyum sedih.

"Ismail, anak ummi dan abi. Abi dah tinggalkan kita nak." Kata Syuhada dalam sebaknya.

Anaknya hanya menggeliat. Enak tidurnya. Pipi gebu anaknya di cium, tubuh kecil itu di peluk. Airmata mengalir deras. Jasad Kamal sudah pun di pembaringannya. Puan Hajar beritahu pada Syuhada bahawa jasad Kamal sudah tiba. Syuhada makin sedih. Hatinya meruntun. Kamal sudah pun siap di mandikan dan di kafankan. Hanya tinggal untuk di solatkan dan di kebumikan.

Untuk terakhir kali Syuhada menemui jasad Kamal. Puan Hajar menemaninya. Syuhada yang dalam pantang mendekati jasad Kamal. Begitu tenang wajah suaminya. Kesedihan Syuhada seakan hilang bila melihat wajah suaminya yang tenang. Dia redha. Pasrah dengan ketentuan Allah.

Syuhada kucup kening suaminya untuk terakhir kalinya. Lalu Syuhada di pimpin masuk ke dalam bilik. Airmatanya tumpah lagi. Hatinya belum kuat untuk menerima pemergian sang suami tercinta. Namun cinta Allah itu lebih dari segalanya. Bila seseorang itu di panggil Allah, sudah tentu tidak akan lewat seminit mahu pun cepat seminit. Semuanya berlaku dengan kadar masa yang telah di tentukan. Malam itu juga jasad Kamal di kebumikan di tanah perkuburan ibubapanya. Syuhada kuatkan semangatnya demi anak yang telah Allah amanahkan buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience