Bab 15

Romance Completed 12214

Bab 15

Kini Ismail sudah berusia 5 tahun. Dia tahu dia tidak berbapa. Namun dia bahagia punya ummi yang begitu mengambil berat perihal agamanya. Dia juga tidak menghiraukan ejekkan rakan sekelasnya. Kerana dia tahu siapa dirinya. Dia kenal Abinya. Abi yang sering muncul dalam mimpinya. Dia bahagia kerana Abinya bahagia di sisi Allah s.w.t. Baginya, ejekkan rakan sekelasnya hanya satu suara yang tidak puas hati terhadap dia.

Satu hari, Syuhada demam kuat. Dengan izin Allah, Ismail mengambil segelas air dan membaca surah Fatihah. Syuhada membaca selawat dan fatihah seperti yang di arahkan oleh anaknya. Alhamdulillah, demamnya segera kebah. Anaknya tidak pernah membangga diri. Dia seorang yang rendah diri seperti arwah suaminya.

"Ismail." Panggil Syuhada.

"Ya ummi, ada apa-apa yang ummi nak Ismail tolong ke?" Jawab Ismail. Syuhada tersenyum. Lalu menggelengkan kepalanya.

"Ummi nak ucap terima kasih sebab dengan izin Allah, Ummi sembuh dah." Sambung Syuhada. Ismail tersenyum. Lalu memeluk Syuhada dengan erat.

"Ummi." Panggil Ismail perlahan.

"Ya sayang." Jawab Syuhada. Pelukkan masih kejap dan erat.

"Malam tadi, Abi kirim salam pada Ummi dan Wan." Ismail menyampaikan salam arwah Kamal. Air mata Syuhada terus saja bergenang tanpa di pinta mendengar kata-kata anaknya.

"Abi pesan supaya Ismail jaga Ummi dan Wan. Abi pun ada cakap yang Ummi kena selalu baca quran." Sambung Ismail. Air mata Syuhada berlinangan. Ismail kaget bila pipinya terasa ada titisan air mengalir. Pelukkan di leraikan. Memandang Umminya. Wajah comel itu amat mencuit hati Syuhada.

"Ummi jangan nangis ya. InsyaAllah, nanti kita jumpa Abi di syurga ya." Pujuk anak kecil itu semakin membuatkan air mata Syuhada seakan lebih deras turunnya. Ismail mengesat air mata Syuhada dengan kedua tapak tangannya yang kecil itu. Syuhada anguk.

"InsyaAllah sayang." Jawab Syuhada lalu memeluk tubuh kecil anaknya. Syuhada bahagia dapat mendidik anaknya mengikut kehendak Kamal. Anak yang tahu perasaan orang lain. Menjaga hati Ummi, pak long Din dan Wan Hajarnya. Kasihnya pada anak kecil itu semakin menebal. Dia begitu di sayangi oleh semua orang. Hanya segelintir yang tidak menyukai Ismail. Namun dia tetap tabah menghadapi dugaan hidup yang penuh dengan pancaroba. Syuhada juga menghadapi liku hidup dengan berbekalkan keyakinannya pada Allah. Hanya kerana Allah manusia hidup dan mati. Hanya kerana Allah, manusia jadi kuat dlam segala perkara. Serahlah kepada-NYA. Dan DIA akan ada dengan kita. Jika kita ingat pada Allah saat kita duduk, Allah juga akan ingat pada kita. Dan kepada-NYA lah kita kembali.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience