BAB 12

Romance Series 1506

INDAH menapak keluar dari rumah. Kakinya dihayunkan pada pagar rumah. Suasana di sekelilingnya diperhati. Perlahan-lahan pagar rumah dibuka. Harini dirasakan seperti hari yang indah, mungkin kerana cuaca?

"Hi" sapa seseorang.

Indah menoleh kepalanya. Satu keluhan dihembus perlahan. Memang indah betul pagi-pagi jumpa Haylen dekat rumah ni. Dia fikir dia siapa nak datang rumah Indah pagi macam ni? Menantu umi ke?

"Waalaikumsalam, buat apa kat sini?" soal Indah seraya berjalan mendekati Haylen.

Semalam dah jumpa tu cukup-cukuplah. Nak apa lagi muncul depan Indah ni? Tahulah Indah cantik, comel, molek tapi janganlah sampai obses sangat nak tengok dia hari-hari. Malulah Indah nanti, ish!

"I need your help" ujar Haylen. Badannya disandarkan ada kereta mewahnya. Acah macholah tu.

"Tolong apa tu?"

"Tolong I. Malam ni company I ada buat majlis and I don't know what happened to the main chef, but dia kata dia ada kecemasan. So I wonder if you can cook there? And be the chef ganti?" terang Haylen sambil bermain dengan kunci keretanya.

Indah mengerut dahi. Lah, dah kenapa nak suruh Indah main masak-masak pula dekat company dia? Tahulah dulu Indah memang ambil bidang memasak masa dekat sekolah menengah, tapi macamlah Haylen tak ada orang lain nak cari. Indah ni dahlah busy orangnya. Busy nak mencuri hati abang murtabak.

"Alamak, macam mana eh. Tapi harini saya kerja sampai malam dekat kedai so erm... saya tak boleh tolong awak kot" kepalanya yang berbalut shwal berwarna pink itu digaru perlahan.

Bukan apa, sebenarnya itu alasan je. Dia memang tak nak pun tolong Haylen. Dah nak buat macam mana, dia tak rasa tertarik untuk membantu Haylen so tunggu apa lagi?

"I akan cakap dengan boss you yang I nak pinjam you, so there's no excuse please. I really really really need your help Indah. I tengah desperate ni" kakinya menapak mendekati Indah.

Semalam lepas Chef Khalid call Haylen untuk menyatakan yang dia tak dapat datang, kepalanya terus terfikir Indah. Sebenarnya ada sahaja chef pengganti yang Khalid hantar untuk menggantikannya. Dan ini semua hanyalah alasan untuk dia bawa Indah ke majlisnya. Dia nak bagi Indah tengok dia ni lelaki macam mana sebenarnya. Lagi better dari Dahlan ke tidak.

Bijakkan Haylen?

"Eh?" Indah terpinga-pinga. Kenapa Haylen ni? Tacodlah baby, tacod!

Kening yang tidak gatal digaru dengan kasar. Pagi-pagi lagi kepalanya dah serabut dengan perangai pelik Haylen.

"Boleh tak Indah?" soal Haylen. Kalau boleh dia tetap nak Indah ikut dia, pegi lantaklah situ Dahlan nak halang ke apa yang pasti Indah akan ada dengannya malam ni.

"Halah, ha boleh boleh. Tak payah bagitahu abang murtabak ke apa. Nanti pandailah saya cover sendiri eh"

Nak tak nak, rela atau tidak, dia ikutkanlah kehendak Haylen. Nanti apa pula orang kata kan. Semalam Haylen dah tolong dia, harini biarlah dia tolong Haylen pula. Indah ni dalam jahat ada baiknya juga tahu.

"Then see you at 9 tonight. Nanti I ambil" Haylen melemparkan senyuman kepada Indah sebelum dia masuk ke dalam kereta.

"By the way nak I hantarkan you pergi kerja tak?" sempat lagi Haylen mempelawa Indah. Iyalah, diakan lelaki kenalah gentleman kalau nak dapatkan Indah.

Tak ke gitu?

Indah hanya menggelengkan kepalanya. Naik muak Indah nanti kalau tengok muka Haylen lama-lama. Semalam, pagi ini, malam nanti masyallah bosan! Lainlah kalau Haylen ni abang murtabak, sepanjang masa Indah nak tenung.

"MORNING"

Ujar Indah sebaik sahaja masuk ke dalam kedai. Dia sapa Dahlan sebenarnya, tapi Dahlan hanya berdiri seperti patung cendana di hadapan kaunter. Macam lepas nampak hantu pun iya juga wajah Dahlan ketika ini. Fikir apa pun Indah tak tahulah.

"Ehem, good morning" sapa Indah sambil berdehem dengan kuat. Kalau Dahlan tak dengar lagi tak tahulah nak cakap apa.

Dahlan terkejut. Terkebelakang sedikit tubuhnya apabila memandang wajah Indah. Aduh, sudahlah bayang Indah di rumahnya semalam membuatkan dia tak dapat tidur. Kini dekat kedai pun Indah kacau! Tak kenang hidup.

"Semalam dah baca Yassin, harini nak baca al-Baqarah pula ke macam mana?" ujar Dahlan sambil menutup matanya. Penatlah kalau hari-hari macam ni. Indah ni bunian ke apa?

"Boleh juga. Mana tahu hantu kat kedai ni semua mencicit lari" jawab Indah dengan selamba.

"Kepala otak"

Heh Dahlan ni. Orang nak gurau pun tak boleh, nak buat apa pun tak oleh! Indah mencebik. Malas dia nak layan kalau perangai Dahlan macam toyol ni. Period ke apa asyik nak emo je. Indah campak dalam gaung nanti baru tahu.

Tanpa melengahkan masa Indah terus pergi ke bilik persalinan. Nak tukar baju kerja yang telah ditetapkanlah, tak akan nak serve pelanggan pakai baju tidur pula. Selesai sahaja menukar pakaian, Indah mula menurunkan kerusi dari atas meja dan membersihkan apa yang sepatutnya dilakukan.

"Aku balik awal harini, time lunch. Ada benda nak kena buat kat luar" ujar Dahlan tiba-tiba.

Indah memusingkan kepala memandang Dahlan. Tersengih gatal sekejap Indah dibuatnya. Alahai, seksinya abe murtabak ni. Tengah ikat apron pun seksi, jangan sampai Indah mengaum dekat sini.

"Nak pergi lunch dengan bitch tu lagi ke?" soal Indah. Sengaja dia menggelarkan Mawar sebagai bitch. Geramnya terhadap Mawar belum habis lagi. Suka hati je buat abang murtabak dia jatuh cinta. Bencilah!

"Kau kenapa eh asyik panggil dia macam tu? Perangai tu tak boleh elok sikit ke?" amuk Dahlan tiba-tiba.

Siapa je yang tak marah kalau orang yang kita suka tu dikutuk oleh orang lain? Eee, tak ada siapa okay. Lagi-lagi Dahlan.

"Memang tak boleh"

Indah memandang Dahlan, Dahlan memandang Indah. Mata mereka berdua seakan berapi. Kalau Dahlan nak ajak bergaduh, mehlah. Indah dulu bekas pelajar silat tau, jangan main-main. Sekali di buka langkah, setahun orang tak dapat berjalan nanti.

"What kind of behavior is this?" soal Dahlan dengan tegas. Pantang betul dia kalau orang cuba mengapi-apikan dia.

"Apasal? Suka hati perangai sayalah nak macam mana pun. Yang abang murtabak nak sibuk kenapa? Bukannya saya cakap abang murtabak ni son of bitch pun. Saya cakap orang lain" Indah memeluk tubuhnya. Nak bergaduh sangatkan, ha jomlah.

Apa ingat Dahlan je boleh mengamuk? Indah pun bolehlah. Menyampah betul. Sudahlah Dahlan asyik membela Mawar, sekarang pula Dahlan nak bergaduh dengan dia disebabkan Mawar pula. Apa kes?

Dahlan meraup wajahnya. Pagi-pagi lagi Indah sudah buat darahnya mendidih.

"Apa-apa jelah Indah. Pergilah sambung buat kerja kau" malas dia mahu teruskan pergaduhan. Kalau gaduh pun bukannya dia yang menang, semua perempuan je yang nak menang.

Indah menjeling Dahlan.

"Susah sangat ke nak suka saya balik?" soal Indah tiba-tiba.

Dahlan yang sedang melangkah menuju ke dapur berhenti serta-merta. Tubuhnya dipusingkan menghadap Indha semula.

"Jadi sebab nilah kau buat perangai? Sebab aku tak suka kau dan suka Mawar? Macam tu?"

Indah mengetap bibir. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. Takkanlah dia nak menipu pula. Selama ni dia mengorat Dahlan sebba dia sukalah! Sebab dia nak dapatkan Dahlan tetapi Dahlan ni buta, bengap, bengong semua ada.

Dahlan tergelak sinis.

"Kenapa gelak?"

"Sebab kau macam orang bodoh. Dah tahu yang aku tak suka kau, janganlah terhegeh dekat aku lagi. Perangai kau sekarang ni pun, macam budak-budak tahu tak. Kau panggil orang lain dengan panggilan yang kurang ajar hanya disebabkan benda kecil macam ni? Be mature Indah, kau bukan budak sekolah rendah lagi" ujar Dahlan. Dia rasa nak didik Indah ni supaya jadi orang yang matang balik.

Umur dah 24, akal fikiran macam budak 2 tahun.

Indah terkelu. Tipulah kalau kata-kata Dahlan tadi tidak menusuk ke dalam hatinya. Sakit tu crush cakap dia bodoh. Indah rasa nak menangis tetapi dia tidak mahu nampak lemah di hadapan Dahlan.

"Awak pun apa kurangnya bodoh. Saya yang depan mata selama ni, tak peranh nak pandang. Orang lain yang jauh dari mata tu yang sibuk dicari" takkan Indah nak berdiam diri? Dia perlu tunjukkan kepada Dahlan juga yang Dahlan tu sebenarnya sama je.

Sibuk mengata orang lain padahal diri sendiri dua kali lima.

"Pilihan di tangan aku, kau jangan nak memaksa aku pilih, Indah. Aku dah cakap banyak kali... aku tak suka kau dan kau takkan boleh ubah hati aku kalau aku sendiri tak nak beralih dari Mawar" usai sahaja dia melemparkan kata-kata itu, Dahlan terus beredar. Ada banyak lagi kerja yang dia perlu lakukan selain daripada bergaduh dengan Indah.

Indah mendongakkan kepalanya ke atas. Empangan air matanya itu ditahan. Tangannya pula naik mengusap dadanya yang terasa sempit. Kalau dia tahu yang Dahlan sebenarnya macam ni, dia takkan jatuh hati pada Dahlan.

You are just a stupid brown haired boy with a beautiful brown eyes, but sadly your eyes mean nothing if you are colorblind.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience