KEPALA yang berdenyut menyukarkan Indah untuk membuka mata. Banyak kali dia mencuba akhirnya dapat juga.
"Indah?"
Satu suara menegur Indah. Kepalanya ditoleh ke arah empunya suara. Wajah serabut Along memenuhi pandangannya.
"Along" panggil Indah dengan suara yang perlahan.
"Kenapa? Indah sakit ke?" wajahnya jelas menunjukkan betapa risaunya dia pada Indah.
"Bukan. Anjing tu mati ke?" tanya Indah kepada Along sambil bergelut untuk bangun dari pembaringannya.
Botol air mineral di sebelah dicapai dan dituang ke dalam cawan. Selamba betullah dia ni. Dah la baru kena langgar, lepas tu boleh pulak relax lagi macam tak ada apa-apa.
"Woi budak bodoh!" Along menampar lengan Indah dengan kuat.
Berkerut wajahnya memandang Alonh. Dia tak nampak ke yang Indah tengah pegang air? Tak pasal-pasal air tumpah kat selimut.
"Siapa bodoh? Mana bodoh?" cawan diletakkan semula di atas meja dengan kasar sambil melemparkan pandangan yang menyampah pada Along.
"Kaulah bodoh!" dia melabuhkan duduk di atas katil dan matanya menikam wajah Indah. Panggilan juga dah berubah. Nampak sangat nak cari gaduh.
"Kenpa pulak Indah bodoh? Apa masalah Along pulak nak bodoh-bodohkan orang?" Indah menjerit di hadapan wajah Along dengan kuat.
"Boleh pulak tanya lagi? Ei budak, kau tau tak kau dah kena langgar sebab anjing nak melintas jalan tu je? Lepas tu kau boleh pulak tanya lagi anjing tu selamat ke tak" selamba sahaja Along menjentik dahi Indah.
Tangan dinaikkan memegang dahi yang terasa sakit. Rasa nak menangis je Indah tengok perangai Along sekarang ni. Dah tak sayang dia ke apa?
"Indah hidup lagikan? So apa masalah dia? Kenapa Along nak marah-marah Indah pulak?" empangan air matanya mula terbentuk.
"Indah..." Along mengeluh dengan kuat. Rambutnya diraup kasar macam orang gila.
"Kalau bukan sebab Haylen yang call Along, Along memang takkan tahu yang Indah accident tau" jarinya ditunjukkan ke arah pintu wad.
Indah menoleh ke arah pintu. Kelihatan seorang lelaki berdiri tengak sambil pandang ke arahnya.
"Indah tak expect pun akan jadi macam ni" wajahnya ditnundukkan sambil jarinya bermain antara satu sama lain.
"Ni semua salah dialah! Kalau dia tak ckap ada anjing mesti Indah tak pergi kat anjing tu! Dasar anjing woof woof betul!" air mata di pipi diseka dan jari menunjuk ke arah Haylen yang berada di hadapan pintu wad.
Ada pulak dia yang disalahkan sedangkan dia memang bodoh tak boleh bawak bincang sebab sanggup lari pergi tengah jalan semata-mata nak tolong anjing tu melintas.
"Excuse me, you kata apa tadi?" terkejut cicit Indah tiba-tiba suara Haylen menyapa gegendang telinganya.
Indah memandang Haylen dengan wajah yang merah pendam.
"Aku cakap semua salah kaulah aku jadi macam ni! Aku kena marh dengan Along pun sebab kau! Semua salah Haylen! Kambing betul!" Indah menjelirkan lidahnya pada Haylen walaupun wajahnya masih lagi cembeng kerana menangis.
"Astaghfirullah" mengucap Along tengok perangai adiknya itu.
"Kenapa?" tanya Indah.
Along tak jawab pertanyaannya tetapi dia melemparkan pandang pada Haylen. Haylen pula memandang Along.
"Kenapa ni? Kenapa semua orang diam?" wajah Along dan Haylen yang sibuk berzinar mata Indah pandang bersilih gantu. Jangan jadi gay sudah.
"Jadi makwe Haylen sekarang." Along tiba-tiba bersuara.
"Ini sangat tiber" Indah menjeling Haylen.
"Cepatlah!" Gesa Along.
"Tak naklah! Along nak sangat, Along jelah yang jadi makwe dia! Dah la, nyah dari sini" Indah menolak Along turun dari katil dan badannya diselubung dengan selimut.
STICKY note yang tertampal pada pintu kedai dicabut oleh Dahlan. Nota tersebut dibaca sebelum dia mengukirkan sebuah senyuman.
Abang murtabak, nanti kita jumpa balik tau! Jangan cari awek dulu, tunggu saya balik lepas tu biar saya yang jadi awek abang tau! Muah anjeku!
-Indah Water
Sempat lagi Indah tinggalkan nota depan kedai Abang Murtabak. Hebat betul.
Kepalanya tergeleng-geleng mengenangkan perangai tak betul Indah. Ada ke patut Indah cakap nak ngorat Dahlan. Lagi best siap tanya nak kahwin dengan dia tak.
"Ya, ya! Sekejap lagi saya sampai. Encik tunggu la sekejap" suara seseorang menarik perhatian Dahlan daripada terus melangkah masuk ke dalam kedai.
Badanya dipusingkan mencari dari mana suara itu datang.
"Sabarlah! Tak faham bahasa ke sabar tu apa? Halamak!" akhirnya dia jumpa juga si empunya suara itu.
Dahlan sekadar memerhati sahaja gadis yang kelam-kabut mencari benda dalam handbegnya sambil mulutnya lincah menjawab panggilan telefon.
"Mana pulak pergi kunci kereta aku ni?" kakinya laju berjalan walaupun sedang sibuk mencari kunci kereta.
"Kalau aku tak jumpa memang aku baling beg ni dalam tong sampah. Serabut kepala ot-"
"Wargh!"
Laju Dahlan berlari mendapatkan gadis yang tersungkur di hadapan kedainya.
"Cik, okay ke?" Dia mencangkung di hadapan gadis itu.
Terkejut Dahlan apabila gadis itu mengangkat wajahnya memandang Dahlan.
"What the hell is this?" mata gadis itu terpejam rapat. Bau busuk seperti tahi masuk ke dalam rongga hidungnya.
Dahlan dah ke belakang dah bila perempuan tu angkat muka. Siap tutup hidung lagi.
Gadis itu terus bangun dan tanganya sibuk sapu wajahnya yang terkena sesuatu tadi. Matanya dibuka dan dia melihat tanganya sendiri.
"Ya Allah! Macam mana taik ni boleh wujud kat tengah jalan?" kakinya dihentak dengan perasaan geram. Dia terasa jijik dengan diri sendiri kerana mencium tahi kucing.
"Cik?"
Mawar memandang Dahlan yang memanggilnya tadi.
"Erh, kedai awak ke ni?" jarinya yang dipenuhi tahi itu ditunjuk ke arah kedai Dahlan.
Dahlan sekadar mengangguk.
"Tumpang cuci boleh tak?" tanyanya sambil ditayangkan wajahnya dan tanganya kepada Dahlan.
"Boleh, boleh" laju sahaja Dahlan mengangguk.
"Thanks"
Mawar melangkah ke arah kedai Dahlan. Bila terpandang pintu, dia dah tak tahu macam mana dah. Kalau pegang nanti, habis pintu ni sekali kena tahi.
Dahlan yang perasan Mawar ragu-ragu untuk masuk, terus membukakan pintu untuknya. Laju Mawar masuk ke dalam kedai Dahlan dan menuju ke arah tandas.
"Kalau tak malang sehari memang tak boleh aku ni" bebelnya seorang diri sambil membilas wajahnya dengan air.
"Taik ni pun satu, yang menyemak duduk situ kenapa? Kucing mana yang berak kat jalan tar ni? Dia fikir tu jamban dia ke?" Mawar menggosok wajahnya dengan kuat untuk menghilangkan najis tersebut.
Selesai sahaja dia mencuci, matanya melilau mencari tisu untuk lap wajahnya.
"Tisu pun tak ada apahal?!l" marahnya seorang diri.
Dia mencari beg tanganya tadi untuk ambil tisu, namun tiada. Habis sampai ke bawah singki dia tinjau kalau ada beg tangan dia di situ.
Tok tok tok!
Pintu tandas diketuk dari luar. Laju dia berlari ke arah pintu dan membukanya.
Matanya dengan mata Dahlan bertembung. Dahlan yang nak bagi kain lap tadi terhenti apabila dia pandang wajah gadis tahi tadi.
"Cantik" satu perkataan tersebut terkeluar dari bibir Dahlan apabila dia menilik seraut wajah comel Mawar yang berada di hadapannya ketika itu.
TBC
Share this novel