"KENAPA eh?"
Kedua-dua belah tangan Indah masih lagi dipegang oleh Dahlan dan Haylen. Kalau pegang lembut-lembut tak apalah juga, ini pegang macam nak dipatahkan pula tangan Indah tu.
Dikala Indah masih lagi terpinga-pinga apa yang berlaku sekarang, Haylen dan Dahlan sedang berlawan mata. Nasib baik tak terkeluar api-api cemburu dari mata mereka. Kalau tak hangus Indah agaknya.
"Em, encik abang sekalian. Boleh lepas tak tangan saya yang comel ni? Haram tau pegang tangan anak dara orang. Tak manis saya nanti" kedua-dua belah tangannya diperhati dengan penuh simpati.
Kesian tangan comel Indah. Hikss.
Dahlan yang tercyduk dengan teguran Indah itu terus melepaskan genggaman tangannya daripada Indah.
"Ehem, sorry" ujar Dahlan dengan nada suara rasa bersalah.
Matanya masih lagi tertumpu pada Haylen.
Bila mamat ni nak lepaskan Indah? Gatal betul pegang anak dara orang.
"Oi, pakcik. Lepaskan" Indah menegur Haylen.
Kalau iya pun suka, tak payah la sentuh-sentuh. Pijak masuk kubur nanti baru tau!
"Jom balik" ajak Haylen.
"Balik mana?"
"Balik rumah la"
Berkerut dahi Indah seketika.
"Awak ni buat lawak akasia apa pulak ni? Datang dari planet ketum mana entah, lepas tu tiba-tiba ajak balik rumah. Kalau awak tu suami saya bolehlah kata macam tu, ini entah bangla tepi jalan mana entah. Adoi, stress la acik" dahinya dipegang seakan sakit kepala.
"I hantar you balik rumah la"
Indah memandang Haylen tanpa menjawab.
"Udang kau dah masak" api dapur ditutup dan pandangannya dileparkan ke arah Indah yang sedang memandang Haylen itu.
Tak payah balik dulu.
Tak payah balik dulu.
Tak payah balik dulu.
Pergh, kemain Dahlan doa dalam hati supaya Indah tak balik dengan Haylen.
"Tak payah la hantar saya balik. Lagipun saya nak makan ni dulu, lepas tu abang saya yang akan ambil saya kat sini" Indah menolak pelawaan Haylen dan melangkah ke arah dapur.
Kuali yang berisi udang itu dialihkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
Dahlan pula hanya meneruskan tugasnya membancuh murtabak.
"Awak nak makan sekali ke? Kalau nak makan, duduk la kat luar dulu dengan Kak Safwa dan Faliq"
Haylen hanya diam. Matanya sibuk memerhati tindak-tanduk Indah yang sedang menyalin lauk ke dalam pinggan itu.
"Kalau nak duduk sini?" soal Haylen kepada Indah.
Kepala Indah mendongak memandang Haylen dengan pandangan yang tidak puas hati. Semak betullah Haylen ni! Indah nak dating dengan Dahlan tau tak!
"Berambus la. Saya nak dating ni. Jangan nak jadi orang ketiga sangatlah" Indah membisik kepada Haylen.
"Apa benda?"
Dahlan memandang Haylen. Indah pula kelam-kabut mendapatkan Haylen sambil tangannya memegang pinggan berisi butter prawn tadi.
Apa ke bengap sangat dia ni! Penat la aku dengan dia ni, hish!
Indah berlari menuju ke arah Haylen dengan geram. Habis segala sumpah seranah dilepaskan di dalam hati.
Tatala kakinya sibuk melangkah, tiba-tiba dia tergelincir. Sumpah Faliq hantu. Ni semua salah Faliq. Dia yang mop lantai dapur tadi!
Pinggan di tangan Indah melayang ke udara. Dahlan dan Haylen yang terpandang insiden itu terus berlari ke arah Indah.
"Indah!"
"Pinggan aku!"
"STUPID!"
Indah menggengam tudung yang membaliti rambutnya itu dengan geram. Kepalanya diketuk berkali-kali kerana geram dengan diri sendiri.
Sian, bodoh sangat agaknya. Risau pulak ya kadang-kadang.
"Indah, sabar. Bawak bertenang. Relax sikit, nah ambil ais krim ni" sebungkus plastik yang berisi ais krim diletakkan di hadapan Indah.
Safwa dan Faliq melabuhkan duduk di hadapan Indah sambil menikmati ais krim yang baru dibelinya tadi.
"Ok sekarang, cuba cerita dengan kita orang apa jadi sebenarnya" Faliq terus memulakan perbualan.
Indah menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dihembus keluar.
"Sebenarnya Indah suka kat abang murtabak..."
"Habis tu kenapa?" soal Safwa.
"Chef tak suka dia" selamba Faliq menjawab.
Bum!
Terkejut Safwa dan Faliq apabila Indah menghentakkan meja dengan tangannya.
"Jangan nak kurang ajar sangat eh. Indah santau jadi pokok ketum kang" ugut Indah.
"Hei, dah tu. Cepat sambung" Safwa menghalang Indah daripada terus terbakar jadi syaitan.
"Tak, sabar sekejap. Macam mana Faliq tahu yang Dahlan tak suka Indah?" soal Indah dengan nada yang serious.
"Orang gila je tak tahu. Tengoklah tadi, masa Indah tergelincir tu. Siapa yang sambut Indah, siapa yang sambut pinggan?"
"Indah!" Haylen berlari mendapatkan Indah yang hendak mencium lantai dapur itu.
"Pinggan aku!" Dahlan mendapatkan pinggan yang Indah layangkan tadi dengan pantas.
Satu hembusan dilepaskan menandakan yang Dahlan lega dapat sambut pinggannya.
"Nasib baik tak pecah!"
Indah mengetap bibir. Penumbuknya digenggam dengan kemas.
Geram! Geram! Geram!
Nasib baik Haylen ada tadi, kalau tak memang Indah dah cium lantai dapur.
"So memang betullah Dahlan tak suka Indah? Dia suka Mawar ke?"
"Siapa pulak Mawar ni?" Safwa terkebil-kevil memandang Indah dan Faliq.
"Mawar tu awek Pakistan yang lawa datang tengah hari tadi" selamba Faliq jawab macam tu. Tak jaga hati Indah langsung!
"Yang cium tahi kucing hari tu ke?" tanya Safwa inginkan kepastian.
"Yes, yang tu" Faliq tersengih apabila teringat Mawar masuk ke dalam kedai dengan najis diwajahnya.
Habis dia kecoh satu kedai!
"Tak, sekarang ni bukan nak cakap pasal perempuan tahi tu tau. Sekarang ni Indah nak Dahlan" geram pula Indah apabila mereka berdua tak berhenti sebut tentang Mawar.
Jealous tahu tak!
"Cik Indah, kenapa nak pilih orang yang tak nakkan kita? Kenapa tak pilih je Encik Haylen tu? Dia sukakkan Indah tahu tak? Kalau Indah pilih Dahlan, confirm Indah sakit punya"
Indah tersentap sekejap dengan penyataan Faliq.
"Tak boleh. Indah nakkan abang murtabak jugak! Tak kira!"
"Ha, eloklah tu. Boleh je jadi heroin yang lain daripada yang lain, tapi sibuk jugak pilih jalan yang sama macam heroin dalam semua cerita . Gatal sangat suka kat orang yang tak suka kat dia. Lepas tu meroyan, menangis dengan sakit hati sorang-sorang. Apa benda sia?"
Ewah, panjang lebar pula si Faliq ni membebel.
"Kau ni kenapa ek dari tadi buat aku mengamuk?" Indah bangun dari kerusinya dan berdiri di hadapan Faliq.
"Sengaja"
"Sengaja? Cakap betul-betul boleh tak?" lengan baju Indah disingsing hingga ke siku.
"Indah takkan boleh dapatkan Dahlan" sampah ais krimnya dibuang dalam palstik kosong tadi.
"Huh?"
"Because you can't compete that girl"
"Siapa?"
"Mawar Ulya"
TBC
Share this novel