BERUS lukisan diletakkan di atas meja. Wajah Indah yang baru sahaja dilukis tadi Mawar tatap dengan penuh minat. Tanpa sedar Mawar tersenyum sinis apabila teringat Indah memanggilnya sebagai bitch petang tadi.
"So you like him, huh?"
Dalam kepala Mawar sekarang penuh dengan Indah. Nak kata benci, tak pula. Nak kata suka pun tak juga.
Mawar rasa bakal ada sesuatu yang menarik yang terjadi antara dia dengan Indah nanti. Dari cara Indah pandang Mawar dan Dahlan, dia sudah tahu gadis itu cemburu dengan dirinya. Bukan nak riak tetapi Dahlan suka dia dan tak suka Indah.
Jadi Indah tolonglah bawa-bawa sedar diri.
Phone yang berada di meja berdering dengan nyaring. Laju Mawar melangkah ke arah meja makan untuk menjawab panggilan tersebut. Kacau betul siapa yang call dia masa best macam ni.
"Helo?"
"Assalamualaikum Stupid bin Babi, aku dengar cerita kau dah berlagak sekarang" ujar Faliq di hujung talian.
Dah mula dah perangai beruk Faliq ni. Sedap dia sahaja panggil anak orang macam tu. Hengko fikir hengko kelakar ke hah Faliq? Mulut tu kena cili nanti baru tahu.
Mawar menggulingkan matanya ke atas. Sedap Faliq je tukar nama dia jadi stupid. Ada juga yang makan pelempang Covid nanti ni. Nasib baik tak ada depan mata, kalau tak memang terus arwah mungkin.
"Kau dah kenapa? Dah lama hidup?"
Nasib baik Mawar dah masak dengan perangai Faliq.
Mawar melangkah ke arah dapur. Peti sejuk menjadi sasarannya. Air oren dikeluarkan dari peti sejuk lalu dituangkan ke dalam cawan. Haus pula rasanya setelah menghabiskan masa melukis potrait Indah tadi.
"Ooo, berlagak eh sekarang. Mentang-mentang abe murtabak suka kau. Amboi la dia ni!" Faliq menahan diri daripada gelak. Sehari tak tayang perangai pelik memang tak sah.
"Cakap je apa kau nak cakap, maklum la aku ni busy orangnya. Tak payah nak buat script melalut kau tu " air oren tadi diteguk sehingga habis.
"Indah meroyan sebab kau, tahu tak?"
Heh. Nak cakap pasal Indah rupanya. Macam tak ada orang lain oula nak disentuhnya.
"Kalau aku tahu pun kenapa?" Mawar meletakkan cawan kosong ke dalam singki. Langkah diaturkan ke dalam bilik melukisnya semula. Butang loud speaker ditekan sebelum meletakkan phonnya di atas meja. Sehelai kertas lukisan dicapai dan diletakkan pada papan melukis.
"Kau tak rasa kau beruntung ke?" soal Faliq.
Pergerakan Mawar terhenti.
"Untung?"
"Yeah, untung sebab abang murtabak pilih kau berbanding Indah. Kau tak rasa macam kau the chosen one ke? Dahlan tu jenis orang yang susah jatuh cinta tau" sambung Faliq lagi.
Sebenarnya Faliq dengan Dahlan dah berkawan lama, tapi dia berkawan dengan Mawar lagi lama. Segala jenis perangai Dahlan pun dia dah tahu. Dahlan boss macam mana, karakter Dahlan sampaikan wanita idaman Dahlan pun dia tahu. Memang gempok habislah Faliq ni.
Mawar mengemam bibir. Phone di atas meja tadi dicapai semula.
"Apa-apa jelah. Aku busy. Nak sambung melukis. By the way hari Khamis nanti datanglah galeri aku, kita orang ada buat festival. Cau dulu you masam, bye" Mawar terus menamatkan panggilan.
Matanya tertumpu semula pada potrait Indah yang dilukisnya tadi. Tak tahu kenapa tapi dia rasa sesuatu apabila melihat wajah Indah. Dah sesuatu itu sudah pastinya benda yang menarik. Apa agaknya yang akan berlaku antara dia dan Indah? Hatinya sibuk berteka teki sendiri.
Indah, apa pun yang akan jadi akan datang... I won't be nice if you menyakitkan hati I.
RAMBUT yang basah dibiarkan airnya menitik atas lantai. Sepasang T-Shirt putih dicapai dan disarungkan pada tubuh tegapnya sebelum Dahlan menuju ke arah katil. Tiba-tiba dia teringat insiden tadi.
"Ya Allah, bodohnya Dahlan ni" kutuknya sendiri.
Jarang-jarang orang nak kata diri sendiri bodoh. Lain macam betul Dahlan ni. Tapi nasib baiklah dia sedar diri, almaklumlah ada sesetengah orang bukannya nak mengaku diri sendiri bengong kan.
"Tapi nasib baiklah aku cover cepat. Kalau kantoi tadi aku berebut nak tangkap Indah dengan Haylen tu macam mana? Malulah astaga mat" wajahnya diraup perlahan.
Dahlan merebahkan badannya atas katil. Sebuah keluhan dilepaskan. Sebenarnya tadi bukannya dia nak tangkap pinggan, tapi dia nak sambut Indah. Namun apakah daya? Haylen lebih pantas daripadanya tadi.
"Haylen, Haylen. Something fishy about himlah" Dahlan bermonolog sendirian.
Ha sudah, Mawar sibuk berteka teki dekat Indah. Dahlan pula sibuk berteka teki terhadap Haylen. Eloklah tu, kalau dua-dua hati busuk, mesti jadi antagonist nanti.
"Ah, kesah pula. Baik tengok bola daripada layan otak tak betul ni" Dahlan bangun dari pembaringan dan melangkah keluar dari bilik.
Punggung dilabuhkan atas sofa seraya mencapai remote TV. Rancangan sukan menjadi pilihannya.
"Abang murtabak! Kenapa tak sambut saya tadi?"
Mata Dahlan membuntang. Kepalanya didekatkan sedikit dengan TV. Dia salah tengok ke macam mana? Indah ada dalam TV woi! Dia tengah berdiri tengah padang bola dan memandang tepat pada Dahlan.
"Ini dah kenapa pula ni, astaghfirullah" matanya dipejam rapat. Jangan sampai dia baca Al-Mulk ya dekat rumah sendiri. Tak pasal-pasal kena kacau dengan jin Indah sebab tak sambutnya tadi. Merepek ke apa?
"Abang murtabak!"
"Oi abang murtabak, pandanglah saya ni!"
Suara Indah seakan begitu dekat dengannya ketika ini. Mata dibuka perlahan. Terkejut beruk Dahan apabila nampak Indah sedang duduk di atas meja ruang tamu sambil memetik jarinya.
"Saya tanya ni, kenapa tak sambut saya? Abang murtabak memang susah sangat ke nak pandang saya? Hah? Susah sangat ke nak terima kewujudan saya ni?"
"Ya Allah, dosa apa yang aku dah buat dekat Indah ni... Seram mat!" laju sahaja Dahlan berlari masuk ke dalam biliknya semula.
Kepalanya dipegang sambil bercekak pinggang.
"Abang murtabak nak lari mana ni? Nak main sorok-sorok dengan Indah ke?"
Kepalanya ditoleh ke belakang. Sekali lagi, bayangan Indah memenuhi pandangannya. Elok sahaja gadis itu bersandar pada pintu biliknya yang tertutup. Tiba-tiba Indah jalan berlenggok mendapatkannya dengan senyuman yang menggoda.
Dek kerana terlalu terkejut dan gelabah, semasa dia melangkah ke belakang untuk menjauhi Indah dia terjatuh ke atas katil. Indah yang semkin mendekat itu dipandang dengan gerun.
"Ya Allah, hilangkanlah setan Indah daripada rumah aku"
Bayangan Indah semakin menghampirinya.
"Tak baik tau cakap macam tu" ujar Indah. Tiba-tiba sahaja dia sudah elok duduk di atas kedua-dua peha Dahlan. Sebelah tangannya dililit pada belakang leher Dahlan dan sebelah tangan lagi sedang mengusap wajah Dahlan.
"Auzubillahi minashaitan nirajeem" Dahlan memulakan bacaanya.
"Yassin. Walquranilhakiim..." kewujudan Indah pada badannya diabaikan dan Dahlan bangun dari duduk dan dia bersujud di atas katil. Kedua-dua telingannya ditutup dan matanya dipejam.
Lain macam betul penangan Indah pada dia sampai muncul macam hantu dekat rumah Dahlan. Seram nyah!
Namun dirasakan ada tangan pula yang merayap pada pinggangnya. Bukan itu sahaja, bahkan belakang badannya juga dirasakan seperti ada kepala yang menekap padanya. Terbuka terus mata Dahlan.
"Ni memang last aku cuba" Dahlan bangun dengan geram. Kakinya melangkah pada almari buku dan al-Quran dicapainya.
"Abang murtabak nak buat apa ni hm?" soal Indah sambil memeluk Dahlan dari belakang.
Dahlan mengeluh. Badannya dipusing dan dengan pantas bayangan Indah tadi dihempuk dengan al-Quran tersebut. Matanya melihat sekeliling.
"Kalau ada lagi menang inalillah aku" jantungnya yang berdetak laju itu dipegang.
Dahlan jatuh melorot atas lantas dengan perlahan. Nafasnya dihembus dengan kuat. Rambutnya juga diraup dengan kasar sebelum dia menutup matanya.
"Indah... pleaselah"
TBC
Share this novel