"WALAUWEI kalau aku sepak jantan tu memang pecah burung dia" amuk Indah sambil melepaskan ikatan rambutnya.
Pantulannya pada cermin dipandang.
"Tak, kalau dia nak ajak aku datang sini, ajak jelah. Tak payahlah nak bagi alasan apa ke jadah haram semua tu. Apa tadi? Ketua chef tak ada? Dah ada orang baru gantikan? Indah tak payah tolong kat dapur? Eh kalau nak suruh aku tenung kau 24jam tu cakap jelah. Dah syok sangat dekat aku kan? Tak fahamlah aku lelaki macam ni"
"Kau lagi satu" dress kembang berwarna putih ala-ala Cinderella punya dicapai dengan kasar.
"Kata nak suruh aku tolong masak, tapi suruh aku pakai baju bapak gila nenek moyang mahal dia ni? Lawak bangladesh mana dia rembat?" bebel Indah lagi.
Mentang-mentang pengurus hotel, tahulah kaya tapi tak payah nak menayang dekat Indah. Indah pun dah cukup kaya.
Kepalanya diraut kasar. Habis kusut masai rambut jadinya. Pening dia memikirkan Haylen. Sampai sahaja di hotel Haylen tadi, dia terus meminta Indah menukar gaun yang dia sudah sediakan itu. Awalnya memang Indah berceloteh, maki amuk Haylen namun lelaki itu hanya gelak.
Ghisau.
Nak tahu tak alasan apa yang dia berikan pada Indah tadi? Haylen kata dia dah jumpa chef baru, lepastu Indah tak payah susah-susah dah nak tolong kat dapur.
Indah pun macam waklu, nenek kau hijaulah!
Ketika dia sedang leka mememikirkan Haylen, tiba-tiba phonenya berbunyi. Laju tangannya mencapai phone tersebut. Indah mendengus perlahan apabila nampak nama 'Anak Beruk' yang tertera di skrin. Punat hijau ditekan.
"Sabar boleh tak sabar? Tengah siap ni, jangan sampai saya lari balik rumah" ugut Indah sebaik sahaja mengangat panggilan daripada Haylen.
Lagi sekali, yang Indah dengar hanyalah gelak tawa Haylen. Apa yang dia suka sangat pun tak tahulah. Dari tadi gelak je kerja. Indah sunatkan lagi sekali baru tahu! Menangislah hengko dalam stor tu.
"Okay, okay. I tak nak you rushing pun, take your time okay. Ni I dah nak kena masuk dewan dah, nanti assistant I yang akan bawak you ke sini. So, see you here" ujar Haylen di hujung talian.
Indah menggaru dahinya perlahan. Matanya digulingkan ke atas. Lah, benda macam ni pun nak bagitahu ke? Pandailah Indah nak hidup macam mana. Kecoh je Haylen ni.
"Ha okay" balas Indah dua patah. Jujur dia tak ada mood langsung nak ikut Haylen malam ni. Macam-macam benda pelik yang Haylen suruh dia buat, nasib baiklah Haylen tak suruh Indah kahwin dengan dia lagi.
"'Ha okay' je?"
"Lepas tu nak balas apa?"
"Mhm, nevermind. Can't wait to see you in that dress, preciosa (beautiful)" laju sahaja Haylen meletak panggilan selepas menghabiskan ayatnya.
Indah mengerut dahi.
"Di... dia carut aku ke? Laju je letak telefon lepas carut aku kan?" phonenya digenggam dengan kuat sebelum mencampaknya ke atas tilam.
Indah mencapai baju yang diberikan oleh Haylen tadi dengan geram. Nak tak nak dia pun tukar sahaja baju itu.
"ERMMM, Eiden saya nak pergi ambil makanan kejap" Indah meminta diri untuk mengambil makanan. Bosan dia dengar Haylen tah bebel apa dekat atas pentas tu. Daripada dia dengar Haylen membebel, lebih baik dia makan kan?
Perut keyang, hati pun senang. Ha gitu.
"Biar I ambilkan" halang Eiden. Dengan pantas dia bangun dari duduknya.
"Eh tak payah" halang Indah pula.
Ha sudah, Indah ni orang tu dah offer nak ambilkan, kau sibuk pula nak ambil. Eiden pun satu, gentleman betul! Tak pasal-pasal Indah mengorat nanti. Haih, nasib baiklah Eiden ni pembantu Haylen.
Ini semua salah Haylen. Kalau Haylen bagi Indah duduk dekat ruangan VVIP dan VIP mesti dia tak payah susah-susah bangun ambil makanan sendiri. Eh Indah kau elok sikit, itu hanyalah pada pandangan kau tahu. Kau tu yang gatal nak tengok makanan supaya boleh ambil banyak-banyak. Orang lain semua elok je duduk, kalau nak apa-apa panggil sahaja orang yang menghidangkan air dan makanan itu.
"Saya ambil sendiri" ujar Indah sambil berlari anak ke arah makanan yang terhidang berhampiran dengannya. Matanya masih lagi tertumpu pada Eiden. Eh, Indah kau fikir kau budak-budak ke nak main lari-lari dekat majlis orang? Dahlah pakai baju terlebih kain, apa-apa jadi diri sendiri yang malu nanti.
"Indah, careful" ujar Eiden sedikit kuat.
Risau pula dia melihat Indah lari macam tu. Kaki melangkah ke depan tapi kepala masih di belakang memandangnya. Tahulah dia kacak, tengok sekejap sudahlah. Ini tengok macam tak nak lepas pula.
"Hah? Okay"
Indah memanjangkan kepalanya melihat makanan yang terhidang. Kemain lagi. Tengok dan bau sahaja sudah membuatkannya menelan air liur. Tanpa menunggu lama Indah mencapai pinggan dan memenuhkan pinggannya dengan bermacam jenis makanan.
Letak spaghetti sikit, letak steak dua keping, meatball, cheese macaroni, lobster 3 ekor dan macam-macam lagilah. Selagi pinggan itu boleh dipenuhkan, dia penuhkan betul-betul. Indah nampak je kecil macam semut api tu tapi dia punya nafsu makan tu masyallah, kalah beruk makya.
Pinggannya yang penuh dengan makanan itu diletakkan di atas meja. Cawan dicapai dan air diisikan ke dalamnya. Matanya memandang pula bongkah ais yang cantik terukir. Bukan main lagi ais pun diukirnya sebagai hotel. Amboi.
"Cik, air tu..." tegur seseorang.
Indah memandang cawannya. Air didalamnya hampir melimpah keluar. Kalau orang tadi tak tegur mesti dia pun banjirkan dewan ni.
"Hehe, thanks" ujar Indah sambil melemparkan senyuman kepada lelaki yang menegurnya tadi.
Indah melangkah kebelakang untuk memberi ruang kepada lelaki itu mengisi airnya pula. Dengan hati yang riang, Indah mencapai pinggannya dan mengorak langkah ke tempat duduknya semula.
"Oops"
Entah bagaimana, malang tidak berbau Indah terpijak kain dressnya. Pinggan dan cawannya semua terlepas dari tangan. Habis dia jatuh terduduk. Tanpa dia sedar semasa dia jatuh itu dia terlanggar seseorang yang berbadan agak gempal.
"Hoi, jalan elok-eloklah!" amuk lelaki yang dilanggar oleh Indah tadi.
Indah mengangkat kepala memandang lelaki itu. Lah, orang tua rupanya. Patutlah emosi semacam.
"Siapa suruh berdiri tengah jalan kalau dah tahu badan tu besar bapak badak" ujar Indah perlahan namun cukup untuk membuatkan lelaki itu dengar.
Indah bangun dari duduknya dengan selamba. Orang ramai yang memerhati mereka dia abaikan sahaja. Biasalah manusia, ada drama tengah berlangsung mestilah kena tengok.
Eiden juga berlari mendapatkan Indah.
"Kau cakap apa tadi?" lelaki itu menapak mendekati Indah.
"Saya cakap sorry, saya tak perasan Encik ada kat situ" Indah melemparkan senyuman palsu padanya.
Ceh, pura-pura pekak konon.
"Indah okay ke?" soal Eiden.
Indah sekadar mengangguk.
"We are sorry, mister. Are you okay?" soal Eiden pada lelaki tua itu pula.
"Kau siapa? Ke tepi, aku nak bercakap dengan perempuan ni" selamba sahaja lelaki tua itu menolak Eiden ketepi.
Kini dia bertentang mata dengan Indah. Indah pula hanya menayang wajah tidak berperasaannya.
"Kau cakap aku macam bapak badak kan tadi?" kakinya menapak mendekati Indah. Wajahnya jelas menunjukkan betapa marahnya dia ketika ini.
"Tak"
"Iya! Kau fikir aku pekak? Kau dah langgar aku lepas tu kau kata aku macam bapak badak? Kau ni memang tak tahu malu kan?" lengan Indah dicengkam kuat.
Indah mengerut dahi tahan sakit. Siot betul orang tua ni.
"Lepaslah, apa benda pegang-pegang ni. Fikir aku anak kau ke" Indah menolak tangan lelaki itu daripada terus memegangnya. Jijik betullah orang pegang kasar-kasar ni. Rasa nak lempang sampai mampus.
"Cakaplah! Kau cakap aku badak kan tadi!" lelaki itu tidak menjauhkan tangannya daripada Indah, sebaliknya dia kuatkan lagi genggamannya pada lengan Indah.
"Kalau iya pun kenapa? Mulut aku kan! Bukan mulut kau pun! Lepaskan tangan kau ni, jijiklah aku" marah Indah.
Pagi tadi Dahlan cari pasal, malam ni orang tua gila pula.
Jaranglah dia nak kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari dia kecuali kalau orang tu perangai macam toyol. Macam pakcik badak ini lah contohnya.
"When she say lepaskan, you better let your dirty hands away before I break it and give dogs eat them" ujar Haylen sambil merentap tangan lelaki tua itu daripada terus memegang Indah.
Indah memandang Haylen.
"Bullshit" maki orang tua itu.
"Indah..."
"Ha?" matanya dan mata Haylen bertaut.
Wajah Haylen jelas menunjukkan yang dia risau. Gila tak risau? Indah buat hal dekat majlis dia kot. Dia tak malu, tetapi dia risau. Risau melihat lelaki tadi mencengkam Indah.
"Indah okay?"
Belum sempat Indah menjawab persoalan Haylen, suara jeritan tetamu memenuhi dewan. Indah memusingkan kepalanya. Kelihatan lelaki tua tadi sedang menolak bongkah ais itu padanya.
"Inilah padahnya kalau cari pasal dengan bapak badak" ujar lelaki itu dengan senyuman sinis. Puas hatinya dapat membalas dendam. Tadi Indah lentung dia, kini biar Indah pula dilentung oleh bongkah ais besar ini.
Mata Indah membulat. Otaknya cuba memproses keadaan sekeliling. Tangan dan kakinya seakan keras, tidak dapat bergerak. Jantungnya berdegup laju.
"Indah!"
BAMMM!
Dadanya naik turun mencari nafas. Tangannya menahan kepala Indah daripada terhentak pada lantai. Matanya pula memandang wajah Indah yang ketakutan itu. Esakan Indah mula kedengaran.
"Shhh, it's okay Indah. I'll keep you safe okay. Nothing gonna happen to you with me here" bisik Haylen perlahan sambil mengusap kepala Indah perlahan.
Indah membuka matanya. Wajah Haylen memenuhi pandangannya. Tangannya naik mengelap darah yang mengalir pada dahi Haylen. Perlahan-lahan dia duduk dari pembaringannya, begitu juga dengan Haylen.
"A... awak berdarah" ujar Indah. Darah yang tidak berhenti mengalir dari kepala Haylen itu dilap dengan menggunakan kain dreesnya.
Hatinya tidak tenteram melihat darah itu. Haylen menyelamatkannya lagi. Bongkah ais itu terhempap belakang badan dan kepala Haylen. Haylen melindungnya daripada cedera. Air mata Indah semakin deras memikirkan hal tersebut.
"Indah, tak apa. Haylen okay" Haylen menahan Indah daripada terus mengelap kepalanya.
"No you are not fine. There's so much blood. Eiden" Indah memanggil Eiden untuk mendapatkan bantuan.
Haylen dan Eiden saling berpandangan.
"Tolonglah call ambulans ke apa ke, dah kenapa main pandang-pandang? Mati jugak Haylen dekat sini nanti" ujar Indah.
"Awak, baring" arah Indah.
"A... Atas lantai?"
"Takkan baring atas saya pulak?"
Haylen hanya akur. Kalau tak ikut nanti Indah mengamuk pula. Sudahlah dia baru sahaja menangis.
"Eiden dah call belum?"
"On the way"
Indah bangun dari duduk.
"Nak pergi mana?"
"Tak ada mana"
"Jangan pergi mana-mana" ujar Haylen perlahan.
"Tak. Awak tulah jangan pergi mana-mana. Nanti tak pasal-pasal arwah pula"
"I love you too much to leave you like this, Indah" bisik Haylen perlahan sebelum menutup matanya. Kepalanya terasa berat disebabkan hentakan bongkah ais tadi. Indah hanya memandang Haylen kosong, namun hatinya berdetak kencang dengan ayat Haylen itu.
TBC
Share this novel