BAB 9

Romance Series 1506

SEBAIK kerusi terakhir dinaikkan di atas meja, Indah terus mengatur langkah ke arah dapur.

Apron di penyidai dicapai dan disarungkan ke tubuhnya. Tudung juga dibetulkan sedikit dan lengan baju disingsing sedikit ke atas.

Pantri ditujunya untuk mengambil bahan-bahan mentah. Indah baru je plan nak celebrate diri sendiri sebab dapat kerja dekat kedai Dahlan. So, Indah tawar diri untuk tunjuk kemahiran memasak dia dengan masak sendiri.

"Indah nak masak apa? Akak rasa kat sini penuh dengan tepung dan telur je" soal Kak Safwa sebaik sahaja nampak kelibat Indah di pantri.

"Tak tahu lagilah kak. Indah baru nak korek pantri ni. Takkan lah Indah nak buat murtabak pula untuk semua orang kan? Dari pagi sampai petang korang dah hadap murtabak" jawabnya sambil melihat sekeliling pantri.

Membosankan.

Di pantri cuma penuh dengan tepung dan telur. Daging kisar dan ayam juga boleh tahan sikit sahaja. Tahulah ini kedai murtabak, tapi takkan lah bahan mentah yang lain tak ada?

Indah menggaru kepalanya. Dasar kedekut punya Dahlan. Toke murtabak apalah yang kedekut sangat ni. Haih.

"Iyalah. Indah korek lah pantri ni sampai jumpa benda yang Indah nak masak. Kalau tak ada apa-apa, call je Food Panda. Akak nak salin baju sekejap" ujar Safwa sebelum berlalu pergi ke tempat persalinan.

Misi untuk korek pantri bermula.

Sebaik sahaja pintu peti beku dibuka mata Indah terus bersinar.

Rawr!

Nampaknya Indah bertuah sangat sekarang sebab ada sebungkus udang segar di dalam peti beku. Terus dicapainya udang tersebut dan menuju ke singki.

Indah nak buat butter prawn!

"Asheminggu shekali kau datang padaku membawa-"

"Membawa cintaku pada kau, ewah-ewah! Joget sikit" Indah baru je nak feeling-feeling, tiba-tiba Faliq menyelit.

Assalamualaikum tak ada, bismillah pun tak ada, terus dia tibai lirik entah apa-apa. Tanjat cucu Indah tau!

"Eh, hai. Buat apa kat dapur ni? Kan saya dah cakap saya yang nak masak, awak duduk jelah kat meja tu tunggu makanan terhidang" belum apa-apa Indah dah halau dulu Faliq supaya keluar dari dapur ni.

Tak faham Bahasa Melayu agaknya si Faliq ni. Nak kena cakap Bahasa Cina ke apa?

"Tak adalah, saya cuma nak jenguk awak je. Nak tahu awak masak apa" Faliq mendekati Indah yang sedang mencuci udang itu.

"Eh, tak payah! Nyah hengko dari sini" Indah menolak Faliq dengan punggungnya.

Terkebelakang terus Faliq apabila diserang begitu. Tak tahu malu ke apa Indah ni tolok orang macam tu?

"Iyalah. Kedekut betul" Faliq membebel seorang diri sebelum melangkah keluar dari situ.

"Diorang tak percaya aku ke macam mana? Takut aku bakar dapur ni betul-betul ke?" Indah menuju ke arah dapur masak sebaik sahaja mencuci udang-udang tadi.

Api dibuka dan butter dimasukkan ke dalam kuali.

"Kau buat apa kat sini?"

Indah memandang ke belakang sebaik sahaja ada suara yang menegurnya.

"Masaklah. Ada nampak saya berak ke dalam kuali ni?" Indah menjeling Dahlan.

Tahu pula Dahlan nak datang semula ke kedai. Ingatkan lepas 'lunch' tadi tak tahu nak balik dah. Dia punya lunch tu sampai pukul 7 agaknya. Panas betul hati Indah.

"Menganjing aku ya kau" Dahlan melangkah ke arah peti ais.

"Awak ada dengar saya ber'woof-woof' ke?" Indah nak merajuk dengan Dahlan.

Sampai hati abang murtabak cari perempuan lain...

"Kau ni kan. Kau masak apa tu?" matanya dijenguk sedikit ke arah kuali Indah.

"Butter rawr"

"BUTTER- what?"

Mata Dahlan membuntang apabila Indah menyebut perkataan yang dia sendiri tidak menjangka.

"Butter rawr. Undang, takkan tak tahu?" Indah mengambil sebiji udang di dalam bancuhan butter dan ditunjukkan kepada Dahlan.

"Masyaallah. Ya Allah. Astaghfirullah ha'azim. La illah haillah" Dahlan menutup matanya. Dadanya dipegang seketika.

"Itu butter prawn bodo! P-R-A-W-N. Prawn! Bukan rawr. Rawr tu i love you dalam bahasa dino! Kan dah mengucap aku tadi" terbatal terus niatnya untuk minun air tadi.

Terkejut limpa dia dengan perangai Indah ni.

"Eleh. Awak apa tahu, yang saya sebut tu gabungan slang American dengan British English lah! Sibuk je nak mengutuk orang" Indah mencebik.

"Aku tak tahulah nak cakap apa dengan kau ni. Boleh masuk hospital sakit jiwa agaknya nanti" Dahlan menggelngkan kepalanya sambil perli Indah.

Indah hanya menjeling. Menyampah tapi suka bila Dahlan notice dia.

"By the way kau masak tu je ke?" Dahlan mendekati Indah.

"Haah. Tak tahu nak masak apa lagi" udang tadi dimasukkan ke dalam kuali.

"Biar aku tambah sikitlah. Aku masak murtabak" ujar Dahlan dan melangkah mengambil tepung dan telur.

Indah hanya fokus pada udangnya sahaja. Lagipun masak buttur prawn ni sekejap je.

Setelah udangnya masak, Indah meletakkannya ke dalam pinggan yang diambilnya tadi. Sesekali matanya terarah pada Dahlan yang sedang membancuh bancuhan murtabaknya.

Perlahan-lahan Indah mendekati Dahlan.

"Ada apa-apa yang nak saya tolong buatkan?" soal Indah kepada Dahlan.

"Tak ada" laju sahja Dahlan menjawab.

Indah mencebik sambil menjeling Dahlan. Orang dah offer diri, tapi sombong! Huh.

Dahlan mencapai tepung di sebelahnya. Ditaburkan sedikit ke dalam bancuhannya tadi dan meletakkan semula tepung itu di atas kaunter. Kedua-dua belah tangannya terus menggaul bancuhan tersebut.

Tiba-tiba tepungnya tadi tumbang di atas kaunter. Habis bertepung kaunter tersebut.

Baru sahaja dia ingin membersihkan tangannya pada apron untuk mengangkat semula tepung itu, namun dia baru perasan yang dia tidak memakai apron.

Dahlan memandang Indah yang sedang memandangnya.

"Indah..." panggil Dahlan perlahan.

"Ya?"

"Tolong pakaikan aku apron" ujarnya perlahan sambil menayangkan kedua-dua tangannya yang penuh dengan tepung.

Terkebil-kebil Indah disitu. Terus dia mencapai apron yang tergantung dan menuju semula pada Dahlan.

Indah teragak-agak ingin menyarungkan Dahlan apron tersebut.

"Saya pakaikan ya" Indah meminta izin pada Dahlan sebelum menjengket sedikit untuk memasukkan apron tersebut pada kepala Dahlan.

Dup dap dup dap.

Kedudukkan mereka terlalu dekat hingga Indah terpaksa menahan nafasnya apabila membetulkan tali apron pada leher Dahlan.

Dahlan pula hanya meneliti wajah Indah. Keningnya tersusun cantik dan agak tebal. Bulu mata Indah sedikit lentik dipadankan dengan mata bundarnya itu. Wajahnya seakan-akan ada campuran Pakistan.

Cantik. Ayu. Lembut.

Tenang sahaja apabila melihat wajah Indah dari dekat ditambah pula bau haruman minyak wangi Indah yang agak lembut.

"Dah" suara Indah menyentakkan Dahlan.

"Ehem, terima kasih" ujar Dahlan sebelum sambung semula menyiapkan bancuhannya.

"Boleh tolong cincangkan sikit daging cincang beku tu?" Dahlan meminta tolong Indah lagi.

Aduh, Dahlan tak tahu ke Indah baru je nak bertenangkan jantung dia? Penat jantung Indah bermarathon tadi.

"Oh, boleh" Indah terus mencapai daging itu dan mencincangnya.

Tiba-tiba...

BAMMM!

Bunyi hentakkan pintu dapur menyentakkan Indah dan Dahlan.

Wajah Haylen muncul pada pandangan mereka berdua.

"Let's go home" Haylen terus menyambar tangan Indah sebaik sahaja dia masuk ke dapur.

Haylen melemparkan jelingan pada Dahlan. Dingin sahaja wajahnya. Mungkin jealous?

Baru sahaja Haylen ingin menarik Indah, tangan sebalah kiri Indah pula dipegang oleh Dahlan.

Indah cuak apabila dia rasakan suasana tegang di antara Dahlan dan Haylen.

"Kenapa eh?"

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience