MATANYA SESEKALI MENGERLING wajah Mawar yang menahan sakit itu. Hatinya tidak tenang melihat wajah gadis pujaannya berada dalam kesakitan. Katil hospital itu dipegang dengan kuat sambil menolaknya.
"It's okay Mawar. Dahlan ada dekat sini okay?" pujuknya lembut.
Mawar hanya mengangguk perlahan.
Kalau bukan kerana lukisan yang digantung pada dinding galerinya itu tidak jatuh menghempapnya, sudah pasti dia tidak akan dihantar ke hospital. Bukannya Mawar nak mati dah sampai nak kena panggil ambulans bagai.
Melebih pula Dahlan ni.
"Letak dulu dekat wad kecemasan" ujar seorang doktor bernama Daniya yang tertulis pada kot doktor itu.
Mereka yang menolak katil itu hanya mengganguk. Sampai sahaja di wad kecemasan, jururawat di sana hanya menyapu ubat pada dahi Mawar dan menampal plaster pada lukanya itu.
Dah cakap dah, Dahlan yang melebih. Benda sikit nak dibesar-besarkan. Cuba kalau Indah yang terluka. Tak perlu bayangkan lagi, insiden ketika Dahlan lebih memilih untuk menyelamatkan pinggan daripada Indah telah terbukti dah.
"Mawar ok dah ke? Sakit ke? Ada rasa loya? Pening ke?" soal Dahlan.
Doktor mahupun jururawat di situ tiada pula menyoal macam Dahlan. Tak tahulah over Dahlan ini sudah sampai tahap mana. Beria! Nak katakan kalau mereka mercinta pun tidak, jadi kenapa mesti Dahlan melebih?
Lebih-lebih siapa nak layan, ya dok?
"Mawar ok je. Diorang pun dah rawat dah, Dahlan janganlah risau sangat" segaris senyuman dilemparkan pada Dahlan. Sejujurnya dia juga terharu apabila Dahlan mengambil berat tentangnya. Almaklumlah, dia hidup seorang diri. Ada kawan pun Faliq sahaja.
Kesian, insan kesepian betul.
Lega hati Dahlan apabila melihat wajah Mawar yang tadi berkerut menahan kesakitan tadi berubah dengan senyuman. Cair hatinya melihat senyuman manis seperti madu lebah itu.
"Penjaga Haylen Zarfy?" jerit seorang jururawat.
Tanpa menunggu lama Indah berlari anak mendapatkan jururawat tersebut. Dahlan memanjangkan kepalanya. Rasa macam pernah dengar nama itu.
"Saya" ujar Indah sebaik sahaja dia menghampiri jururawat tadi.
Dahlan mengerutkan wajahnya. Indah. Jelas sekali itu Indah. Namun apa Indah buat di sini? Lah, sibuk pula dia nak tahu urusan orang lain. Haritu benci sangat, tolak orang tu sangat. Tengoklah siapa yang busybody sekarang?
Baru sahaja dia beragak ingin menapak mendekati Indah, Mawar memanggilnya.
"Dahlan kenapa tu?"
Dahlan memusingkan kepalanya memandang Mawar. Kakinya menapak menghampiri Mawar, kemudian dia melabuhkan pula duduknya di atas katil hospital itu.
"Tak ada apa. Rasanya Dahlan nampak Indah tadi. Tak tahu pula dia ada dekat sini juga" ujar Dahlan. Hati kecilnya masih lagi tertanya-tanya mengapa Indah disini.
Adakah Indah sakit?
Mengapa Indah di sink dengan Haylen?
Apa yang berlaku diantara Indah dan Haylen?
Kalau nak kata Indah sakit, mengapa Indah mengaku sebagai penjaga Haylen?
Haih, feninglah Dahlan nak memikirkannya.
"Kenapa tu? Indah sakit ke? Tak nak tanya dia?" soal Mawar bertubi-tubi.
Api cemburu mungkin? Tetapi buat apa dia mahu cemburu jika Dahlan ada bersamanya sekarang ini?
"Tak kot. Dia dengan Haylen" intonasi Dahlan berubah apabila menyebut nama Haylen.
Bukan tak suka dengan Haylen.
Bukan juga cemburu dengan Haylen.
Tetapi entahlah, dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri.
"Pergilah, mana tahu Indah sakit" ujar Mawar. Niatnya hanya mahu menguji Dahlan. Dia ingin melihat sama ada lelaki itu kesah ataupun tidak tentang Indah. Kalau Dahlan tak kesah, maksudnya Dahlan memang suka gila-gilah padanya.
"Hmmm, Dahlan pergi kejap tau" sejurus Dahlan melemparkan kata-kata itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan Mawar terpinga-pinga.
Woah, tak sangka pula...
"SAKIT KE KEPALA awak tu?"
Haylen memandang Indah yang sedang mengisi borang pesakit. Haylen yang sakit, dia pula yang nak kena isikan. Nasib baiklah Indah ini baik hati oranya. Ada common sense selepas Haylen telah menyelamatkannya darilada dihimpap bongkah ais tadi.
"Sikit" balas Haylen sepatah.
Indah hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapan Haylen. Tangannya lincah menulis segala matlumat tentang Haylen. Kalau Eiden ada, mestilah Eiden yang isikan. Namun sekrang Eiden tiada, dia pergi mengambil barang Haylen di rumah.
Doktor kata tadi lebih baik jika Haylen duduk di hospital dahulu. Banyak jugalah pemeriksaan yang perlu dilakukan. Mana tidaknya, yang terhimpap Haylen itu bongkah ais sebesar bapa gajah. Jadi doktor memerlukan masa untuk memeriksa Haylen, lebih-lebih lagi di bahagian kepalanya itu.
"Assalamualaikum" sapa seseorang di sebalik tirai wad kecemasan.
Indah mengangkat kepalanya. Dia kenal sangat suara itu. Wajah Dahlan terpampar pada pandangannya.
"Waalaikumsalam"
Bukan Indah yang menjawab salam tersebut, namun Haylen yang menjawab. Indah sudah awal lagi melarikan diri untuk menghantar borang tadi pada jururawat. Dia malas nak tengok muka jantan yang merendah-rendahkan dirinya tadi.
Sakit hatinya belum hilang lagi. Apa kurangnya Indah dengan Mawar? Salahkah kalau dia ingin mencintai?
Benci! Indah benci dengan perangai Dahlan! Fikir dia bagus sangat ke sampai nak bodohkan Indah?
"Sebab kau macam orang bodoh. Dah tahu yang aku tak suka kau, janganlah terhegeh dekat aku lagi"
Macam orang bodoh katanya? Huh, tengoklah nanti. Sekarang ni memang dia boleh pilih Mawar, tetapi tengoklah nanti masa dia susah dia cari siapa.
Macam sekarang jugalah, apa masalah Dahlan nak datang menyemak pula di sini? Kalau sakit tu duduk sahajalah diam-diam. Ini tiba-tiba muncul pula.
"Kenapa dengan kau?"
"Terhempap dengan bongkah ais"
Dahlan hanya mengangguk. Dia tidak mahu tahu pun pasal Haylen, yang dia ingin tahu adalah Indah.
"Indah memang ada dengan kau ke tadi?" akhirnya soalan itu keluar juga dari muluynya.
"Haah. Kenapa?" soal Haylen.
"Kau cemburu ke kalau aku selalu dengan dia?" sambung Haylen lagi.
Sengaja dia nak tahu seberapa egonya lelaki ini. Kata tak suka, kata benci, tapi dia juga yang sibuk mencari dan bertanya tentang Indah.
Dahlan, Dahlan. Cuba buang ego tu jauh-jauh. Cuba kenal dulu hati sendiri mahukan siapa. Bukannya pakai terjah dan tak fikir panjang.
"Taklah. Aku tanya je"
"Tanya je? Mestilah ada sebab kan kalau kau tanya aje. Jujurlah dengan aku Dahlan, kau sebenarnya suka ke tak dengan Indah tu? Kalau kau tak suka, biar aku yang ambil dia. Bukan sekejap kesah pasal dia, lepas tu hina dia. That's not love, bro" jelas Haylen.
Macamlah dia tak tahu apa Dahlan cakap pada Indah. Walaupun tiada sesiapa pun yang beritahu dia, dia tetap dapat tahu. Dah nama pun Haylen Zarfy, semua tu celah gigi sahaja.
Tentang Dahlan pula, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu bercakap dengan Dahlan. Tak suka, buat cara tak suka. Jangan ambil kesah langsung. Ini dah tak suka tapi sibuk ambil kesah. Siapa yang tersiksa?
Semestinya Indah Aileen.
"Tak, kau kenapa sibuk hal aku dengan Indah pula? Itu memang cara aku layan dia, nak buat macam mana lagi? Kau tak perlu nak mempersoalkan cara layanan aku, tapi soalkan diri kau tu. Dia dah tak nak, jangan dikejar" selamba Dahlan berkata begitu.
Huh, dasar lelaki tidak punya hati.
"Pfttt" Haylen tersengih.
Dahlan, Dahlan. Dia nak tengok seberapa lama lagi Dahlan boleh berlagak bagus di hadapannya. Sekali Indah berubah hati, bye byelah kau situ.
"Kau pun janganlah confident sangat yang Indah akan kejar kau sampai bila-bila. Sekali dia berpaling, kau melututlah macam mana pun, kau bagilah murtabak apa sekali pun dia tak akan pandang. Bila orang tu luahkan perasaan, berterima kasih pada dia. Bukan hina dia. Bongok jenis apalah kau ni"
"Haih, aku malas nak cakap banyak. Tapi aku akan cuba ambil hati Indah tu. Walaupun aku tahu perasaan dia pada kau mendalam sedalam lautan tu, tapi aku akan usaha juga hingga dia pilih aku. Jadi kalau tak suka, sila jauhkan diri daripada dia. Makin kau dekat dengan dia, makin sakit yang dia rasa" panjang lebar Haylen membebel pada Dahlan.
Namun entah masuk ke dalam telinga dia entah tidak.
"Dah habis kan? Aku pergi dulu" laju Dahlan meninggalkan Haylen. Malas dia mahu mendengar bebelan daripada Haylen. Kalau best tak apalah juga. Tapi ini pasal Indah? Huh!
Sejujurnya apabila Haylen memberitahunya tentang niat Haylen, dia jadi takut. Takut jika Indah betul-betul berpaling daripadanya. Indah tak boleh pilih Haylen, tidak sama sekali.
Baginya, dia lebih baik berbanding Haylen. Namun seberapa baikkah dia perlu jadi untuk biarkan Indah terus mendambakannya? Tolong... Tolonglah jangan jatuh pada Haylen.
Dia tak suka!
TBC
Share this novel