BAB 15

Romance Series 1506

INDAH BANGUN DARI duduknya. Jam di tangannya menunjukkan angka 7.36 pagi. Iya, dari malam tadi hingga pagi ini Indah menemani Haylen di hospital. Namun lelaki itu langsung tidak tahu tentang kewujudan Indah di situ kerana Indah hanya duduk di luar wad Haylen sahaja. Dia dengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Haylen apabila menasihati Dahlan tadi.

Jujurnya dia tak sangka Haylen akan protective sampai macam tu. Terkejut pula dia. Kiranya Haylen sukakan dia seperti mana dia sukakan Dahlan jugalah. Sanggup buat apa sahaja untuk menarik hati dia. Indah mengatur langkah ke arah pintu wad Haylen dibuka sedikit untuk meninjau Haylen yang sedang berehat sambil menatap tabnya.

Sakit-sakit pun sibuk tentang hal kerja.

Tanpa melengahkan masa, Indah mengetuk pintu wad itu sebelum dia membuka pintu tersebut lebih besar. Haylen berpaling memandang Indah yang berada di pintu itu. Langsung diletakkan ke tepi tabnya. Kaca matanya dan duduknya juga dibetulkan sebelum menegur Indah.

"Indah buat apa dekat sini? Indah tak balik dari semalam ke? Kenapa pakai baju semalam ni?" soal Haylen bertubi-tubi. Matanya tertumpu pada dress Indah yang berlumuran dengan darahnya semalam.

Soalan Haylen itu diabaikan.

Perlahan-lahan Indah menapak mendekati Haylen. Kerusi yang berada di sebelah katil Haylen itu ditarik sebelum dia melabuhkan punggung di situ. Indah mengenggam kedua-dua tangannya dengan erat. Wajah Haylen yang sedang menatapnya itu dipandang sekilas.

"Hm?" soal Haylen lagi apabila dia melihat Indah membuat gaya seperti Indah ingin mengatakan sesuatu padanya.

"Saya nak minta maaf dengan awak" ujar Indah dengan nada yang lembut. Anak mata Haylen di sebalik kaca mata itu ditatap, ingin menunjukkan keikhlasannya.

"Kenapa?"

"Sebab... Disebabkan Indah, Haylen sakit" perlahan sahaja nada suara Indah ketika ini. Dia rasa bersalah dan malu pada masa yang sama. Gila tak bersalah, sudahlah Haylen sakit disebabkan dia. Malu, mestilah dia malu selepas apa yang Haylen luahkan pada Dahlan.

Haylen melunjurkan kakinya ke lantai. Badannya dibongkokkan sedikit sebelum wajahnya didekatkan dengan Indah. Segaris senyuman dihadiahkan kepada gadis itu. Suka dia melihat Indah yang sedang terkebil-kebil bersama dengan pipinya yang memerah itu.

"Disebabkan Indah, Haylen dapat tengok muka cantik ni sekarang. Dan dengan harapan Haylen dapat tengok muka ni hari-hari, setiap pagi" matanya menilik setiap pelosok wajah Indah.

Janganlah ditenung lubang hidung Indah sudah. Kalau ada tahi hidung nanti macam mana? Malulah Indah!

Indah terkaku.

Matanya dikedipkan beberapa kali sebelum Indah menjarakkan dirinya dengan Haylen dengan bersandar pada kerusi itu. Malu dia apabila Haylen buat macam tu. Rasa macam ada rama-rama yang sedang beterbangan di dalam perutnya. Oh tidak, mungkin bukan hanya rama-rama lagi. Lupakan sahaja rama-rama itu, dia dapat rasa satu zoo apabila ditenung dengan Haylen tadi.

Indah berdehem menghilangkan rasa kekok di antara mereka. Eleh padahal Indah aje yang kekok, Haylen suka!

"Em, saya rasa tu sahaja kot. Saya nak balik rumah, nak kerja. Get well soon. Sekali lagi saya minta maaf dengan apa yang jadi semalam" ujar Indah dengan gelabah. Wajah Haylen langsung tidak dipandang.

Ketika Indah ingin bangun dari duduknya, lutut dia dan Haylen berlaga. Apa lagi? Makin kalutlah Indah! Baru sahaja dia ingin mengangkat muka untuk melihat Haylen, dahinya berlaga dengan dagu Haylen.

"Adoi, careful Indah. Nasib baik kena dagu Haylen, kalau tak mesti Indah dapat morning kiss tadi" selamba badak Haylen berkata begitu dengan gelak tawanya.

Terhibur dengan Indah. Entah apa yang jadi dengan Indah sehinggakan dia malu-malu kucing di hadapannya. Selalunya mesti Indah nak mengamuklah, nak membebel lah. Indah yang berada di hadapannya ini bukan Indah yang selalu, dan dia sukakan itu.

Indah pula naik menyentuh dahinya yang terasa sakit akibat berlaga dengan Haylen tadi. Sakit you. Belum cerita tenang betapa malunya dia dengan apa yang Hayken cakap tu. Selamba betul nak kiss orang. Haram woi, haram!

"Tumbuk kang baru tahu" ugut Indah.

Kemain pula Haylen gelak. Suka naw. Acah orang paling bahagia pula sekarang ni. Haylen memanglah bahagia, Indah ni? Malu tahu malu? Walaupun dia ngorat orang lain tanpa segan silu, tetapi kalau kena macam ini mestilah dia malu.

Ye dok?

"Garangnya"

"Diam, saya tak nak cakap dengan awak" Indah mengulingkan matanya ke atas. Annoying!

"Indah nak makan tak?" soal Haylen tiba-tiba.

Bertaut kening Indah mendengar soalan Haylen. Tahu sahaja yang Indah sedang kebulur sekarang. Tetapi tak boleh! Indah kena jual mahal! Kalau Dahlan boleh jual mahal dengan dia, dia pun nak jual mahal dengan Haylen!

"Tak apalah, saya tak lapar sang—"

Grrrr.

Sepi. Hanya bunyi perut Indah yang sedang berkumandang mintak di isi itu sahaja yang kedengaran. Tangannya naik memegang perutnya. Matanya pula memandang Haylen. Bibirnya dikemam perlahan.

"Meh sini, makan. Malam tadi Eiden ada belikan blueberry cheese cake. Alang-alang tu Indah bolehlah alas perut dulu sebelum balik" Haylen bergerak menuju ke peti ais kecil di sebelah katilnya itu. Sebuah kotak kecil yang berisi kek itu dikeluarkan.

Untunglah wad VIP. Untunglah orang kaya. Sudahlah bilik selesa, ada peti ais dan segala kemudahan yang lain. Ada pula blueberry cheese cake, gila nak tolak? Favourite tu!

"Awak tak nak makan ke?" soal Indah.

Kemain pula Haylen nak menawarkan macam-macam padanya. Suka sangatlah dengan Indah tu sampai nak bagi makan apa semua?

"Ini memang untuk Indah. Sebenarnya semalam Eiden bagitahu yang Indah duduk dekat luar tu jadi dia belikan kek ni untuk Indah. Tapi bila Haylen keluar nak bagi dekat Indah, tengok Indah dah tidur. Kenapa tak nak masuk aja dekat sini, tidur dekat dalam ni lagi selesa" jujurlah dia sebenarnya tahu sahaja Indah menemaninya, itupun kerana Eiden yang beritahu.

Haih Indah, Indah. Dalam tak suka pun masih lagi mengambil berat, masih lagi temankan dia di hospital. Bagaimana Haylen tak jatuh hati lagi pada Indah?

Haylen menghulurkan kotak kek itu kepada Indah.

"Kejut ajalah kalau dah nampak saya tidur. Nanti saya makanlah. Lagipun kalau saya duduk dekat sini takut menganggu pula awak nak berehat. Lepas tu saya pun bukannya isteri awak nak duduk dalam ni, kalau ada Eiden sekali tu mungkin boleh dipertimbangkan lagi" huluran Haylen disambut sebelum dia melabuhkan semula duduknya di kerusi tadi.

Haylen memeluk tubuh memandang Indah yang sedang membuka bekas kek itu.

"Indah tak pernah menggangu pun. Oh, pasal isteri tu. Kalau boleh memang nak buat Indah jadi isteri pun tapi tu lah, Indah pun tak suka Haylen kan. Jadi Haylen tak boleh paksa lagi"

Kata-kata Haylen itu membuatkan Indah teragak-agak ingin menyuap kek ke dalam mulutnya. Hmmm, Haylen ni sesuatu betullah.

Haylen macam lelaki yang terlalu memahami dan terlalu sayangkan Indah sampai sanggup tunggu Indah. Dia tak akan paksa Indah kalau Indah tak suka dan dia juga akan ada dengan Indah ketika Indah memerlukan bantuan.

"Haylen akan tunggu Indah. Katakanlah nanti kalau Indah pilih Dahlan juga, Haylen cuma nak Indah tahu yang Haylen ada je dekat belakang Indah. Indah cuma perlu pusing belakang dan panggil nama Haylen and I'll be all yours, okay?" seperti tadi, Haylen mendekatkan wajahnya dengan Indah.

Mata mereka bertaut. Terpaku Indah sekejap. Tangan Haylen naik mengelap hujung bibir Indah yang comot dengan kek itu dengan tisu. Entah bila Haylen capai tisu pun Indah tidak tahu. Tiba-tiba sahaja lelaki itu ada di hadapannya dan menatapnya dengan senyuman.

"Haylen tunggu Indah" ujar Haylen lagi, namun kali ini dia berbisik pada teliga Indah yang berlapik dengan tudung itu. Sesudah dia melontarkan kata-kata itu, Haylen terus menjarakkan dirinya dengan Indah dan mencapai semula tabnya.

Indah diam. Tangannya ligat menyumbat kek tadi ke dalam mulutnya dengan laju, cuba untuk menenangkan hatinya yang berdetak hebat dengan tindakan Haylen tadi. Pipinya terasa berbahang sekarang ni. Fuh, Dahlan pun tak pernah buat dia rasa seperti ini.

Our eyes met, and suddenly
I forgot how to breathe...

TBC

Q: Nak Indah dengan Haylen ke Dahlan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience