"INDAH!"
Kepala ditolehkan ke belakang menghadap si punya suara yamg menjerit tadi. Kelihatan Along yang sedang berjalan menuju ke arah Indah. Bibirnya dicebikkan sambil memandang Along.
"Kenapa? Nak apa? Apa lagi?" terjah Indah dengan kasar.
Serabutlah Along ni, orang baru nak ajak abang murtabak tu kahwin, tiba-tiba pulak dia muncul. Memang tak bagi chance nak mengorat orang ke macam mana?
"Baliklah, budak. Nak duduk sini sampai bila? Along tunggu kat dalam kereta punyalah lama, boleh pulak Indah ajak tuan kedai ni kahwin" Along pandang Indah atas bawah sambil memeluk tubuh.
Nampak tak betapa busybodynya Along?
"Suka hati Indah la nak ngorat sesiapa pun. Dah Indah suka dia, mestilah Indah ngorat dia. Takkan nak ngorat bangla tepi jalan pulak" lidah dijelirkan pada Along.
Sebelah tangan diletakkan pada kaunter dan sebelah tangan lagi mencekak pinggang. Mood nak membebel dah turn on sekarang ni.
Ready,
Set,
Go!
"Indah tahulah yang Along dah ada makwe, tapi tolonglah faham orang single macam Indah ni pula. Bagilah Indah chance nak ada pakwe. Along tak tahu ke betapa sendunya hidup Indah ni sebab asyik bekepit dengan Along je. Habis semua orang ingat Along tu pakwe Indah"
Indah mengerling Along, perasaan tak puas hati mula beranak-pinak dalam dirinya.
"Lepas tu bila Indah nak ajak orng kahwin dengan Indah, Along pulak sibuk-sibuk tak bagi. Dah la abang murtabak ni handsome. Kan?" Indah meluah perasaan sambil memandang wajah Dahlan yang sedang berdiri sambil di balik kaunter.
"Budak ni kan" Along mengetuk kepala Indah dengan penumbuknya.
"Sakitlah! Apa masalah Along ni? Salah ke Indah cakap dia handsome? Along tu dah la muka macam orang mabuk ketum! Tau lah jealous Indah cakap dia handsome dari Along. Huh!" marah Indah sebelun menoleh ke arah Dahlan.
Dia mengenyitkan mata kirinya pada Dahlan sambil senyum menggoda.
"Indah Aileen..." suara Along kedengaran mendatar.
"Apa lagi, pak cik oi?" wajahnya dikerutkan sambil memandang Along.
"Balik! Dah dapat murtabak kan? Nak apa lagi?" Along memegang dengan kasar dengan Indah untuk menariknya keluar dari situ.
"Nak dialah!" jarinya ditunding tepat ke arah Dahlan.
Along mengurut pelapisnya dengan perasaan geram. Mana tak geram dengan budak gatal yang tak habis-habis nak abang murtabak dia?
"Dah la, Along nak balik. Kalau duduk sini lama-lama memang membazir masa Along je" murtabak di atas kaunter dicapai dan melangkah ke arah pintu.
"Along nak pergi mana?" selamba sahaja Indah bertanya Along tanpa rasa bersalah.
Along dah penat bawak aku pergi sini, aku pula buat perangai taik tak nak balik rumah. Dasar adik tak kenang budi!
"Balik" sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Along.
"Tak nak tunggu Indah ke?" Indah berjalan mendekatinya.
"Tak nak" bunyinya seakan merajuk je. Elele, pandai pulak Along ni nak main merajuk-merajuk bagai ni.
"Habis tu macam mana Indah nak balik nanti?" lengan Along dirangkul supaya dia berhenti melangkah.
"Tepilah. Tadi tak nak balik sangat kan?" tangan Indah yang berada di lengannya itu ditolak lembut.
"Tapi..."
"Diam kejap" Along meletakkan jari pada bibir Indah suapaya diam.
Phonenya yang berbunyi tadi dikeluarkan dari poket seluar dia. Indah sekadar memerhati gerak bibir Along jawab phone.
Jari Along dijauhkan dari bibir Indah dan dia masukkan kembali phonenya ke dalam poket.
"Jom. Kita ada customer baru" angan Indah dicapai dan ditarik suapay mengikutnya.
"Tapi... Along kejaplah! Indah nak tengok muka dia sekejap je! Indah janji ni last lepas tu Indah ikut balik" tangan Along ditarik kasar supaya berhenti.
"Tak boleh. Dah lambat"
"Alah! Macam mana ni?" Indh melompat sambil menggaru kepala yang ditutup dengan hoodie.
"Balik" Along menariknya keluar dari kedai murtabak.
"Alah! Abang murtabak, tunggu saya tau! Nanti saya datang balik! Tunggu tau!" Indah menjerit dengan kuat apabila terasa dirinya ditolak supaya keluar dari kedai.
"MANA jantan ni, Along?"
Mata melilau di hadapan pintu ketibaan airport Sydney sambil bercakap dengan Along dalam phone.
Inilah dia kalau jadi pemandu pelancong untuk VIP. Kena membazir masa dan tenaga nak tunggu dia keluar dari balai ketibaan. Ingat senang ke?
"Adalah tu kejap lagi. Sabarlah. Along pun tengah tunggu Datin Sri ni ha."
Gengaman phone dibetulkan pada telinganya.
"Kalau dia tu lambat lagi, memang Indah berambus je balik Malaysia balik" Indah mendengus dengan perasaan yang geram.
Penat dah nak tunggu customer VIP yang lembab sangat ni. Jam di tangan dipandang seklias kemudian matanya kembali tertumpu di pintu ketibaan.
"Datin Along dah sampai, so Along kena pergi kat dia sekarang. Indah, make sure jangan carut orang tu eh. Elok sikit perangai tu. Bye."
Phone diletakkan ke dalam handbag sambil mencari kelibat VIP lembab tu.
"Ha, muncul pun. Ingatkan dah mati kena sedut dengan kipas kapal terbang tadi" mulutnya sibuk berceloteh seorang diri sebelum melangkah mendekati dia.
"Mr Haylen Zarfy?" tanyanya kepada salah seorang jejaka yang berpakaian formal.
"Yes. And you are..." Sunglassesnya dicabut dan dipusing-pusingkan di hadapan Indah.
"Indah Aileen" balas Indah sambil berjalan ingin keluar dari airport yang terlalu sesak ini.
Punyalah syok berjalan, sampai tak perasan VIP lembab tadi tak ikut pun dia. Badan dipusingkan untuk melihat Haylen tadi.
"Boleh cepat sikit tak? Yang jalan macam pengantin ni dah kenapa?" ujarnya sambil bercekak pinggang. Ingat VIP kena layan macam raja ke?
"Assistant I belum ambil luggage I lagi. Boleh tunggu sekejap tak?" Dia tunjuk ke arah tempt ambil luggage sambil tayang muka kerek dia.
"Adumak ai, jantan ni. Dah la lembab, menyusahkan aku pulak nak tunggu dia. Ni lah VIP, harap je kaya tapi kaki dengan otak sama je lembab."
Aku mengutuk dia dengan nada suara yang perlahan. Kalau cakap kuat-kuat nanti menangis bawah katil pulak.
"Aiyoo. Suruh la dia cepat. Saya tunggu je kat dalam kereta." baru sahaja nak melangkah pergi, tiba-tiba Haylen bersuara.
"You cakap apa tadi?"
Badan dipusingkan ke belakang semula menghadap dia sambil memeluk tubuh.
"I cakap I tunggu dalam kereta dulu kalau you nak sangat tunggu assistant you tu" Indah melemparkan senyuman palsu kepada Haylen.
Nanti kalau menjeling, dia tau pulak aku tak suka dia.
"Bukan yang tu. Sebelum tu. Yang 'otak dengan kaki sama je lembab' tu." Haylen melangkah mendekati Indah.
"Saya tak cakap apa-apa pun. Encik salah dengar kot." kaki melangkah ke belakang setapak demi setapak apabila Haylen menghampirinya.
Wajah innocent ditayangkan kepada Haylen.
Syaitonirojim betullah! Aku rasa aku cakap perlahan je tadi. Macam mana dia boleh dengar pulak? Pakai telinga palsu ke apa?
"Ye ke ni?" matanya dikecilkan sambil kakinya terus melangkah mendekati Indah.
Habis kalut anak orang ni. Kang tak pasal-pasal ada yang jadi badak sebab tergolek.
"Yes!"
"Penipu!" Haylen meluru ke arah Indah dengan pantas.
"Arghhh!" jerit Indah dengan kuat apabila terasa seperti dirinya sudah pun termasuk ke dalam sesuatu.
ZUPPP!
Bau busuk menusuk ke rongga hidungnya. Seluar yang dipakai juga kini telah basah di bahagian punggung.
Mata Indah memandang ke bawah.
Holy lembu! Indah terjatuh masuk dalam tong sampah gergasi!
"DASAR JANTAN TAK GUNA!"
TBC
Share this novel