BAB 4

Romance Series 1506

"DASAR JANTAN TAK GUNA!"

Suara jeritan aku berkumandang di tengah-tengah airport. Makcik cleaner yang berada di sebelah dipandang dengan hati yang panas.

Kalau makcik cleaner ni tak letak tong sampah ni kat tengah jalan, memang Indah tak jadi sampah masyarat dekat tengah-tengah airport.

Jelingan maut djlemparkan pada Haylen yang berada di depannya.

"Jerk!"

Tepi tong sampah dipegang untuk keseimbangan badan. Kau boleh imagine tak bontot dia je yang masuk dalam tong sampah tu? Kedua-dua belah kaki Indah pula terjulur keluar.

"Are you okay, miss?" makcik cleaner tu bertanya dengan nada yang risau.

"Of course no!" dah nampak yang dia tersekat dalam tong sampah ni, boleh pulak dia tanya lagi. Sakit hati betul Indah, rasa nak baling je sampah tu pada wajah makcik cleaner tu.

"Oi" jerkahnya kepada Haylen.

"Tak nak tolong aku ke, hah?" kasar sahaja bahasa aku minta tolong dengannya.

Tak kesahlah VIP ke tak, punca utama Indah masuk dalam tong sampah ni adalah sebab dia!

"Kenapa pulak I nak kena tolong you? Cleaner tu dah ada dah. Nak apa lagi dari I?" Haylen memeluk tubuh sambil tersengih mengejek memandang Indah.

"Kau tanya aku lagi? Pasal kau lah aku tergolek masuk dalam ni! Ei, kau tunggu kau! Memang aku baling kau dalam laut nanti!" marah Indah sambil berusaha keluar dari tong sampah yang busuk itu.

Habis macam-macam cara dilakukan untuk keluar dari tong sampah itu. Makcik di sebelahnya pula dari tadi menekup mulut dan hidungnya.

Baik berambus jelah makcik kalau tak nak tolong Indah. Orang yang lalu lalang Indah pandang tanpa perasaan malu.

"Aku fed up" ujar Indah perlahan. Dibiarkan sahaja dirinya terbaring di dalam tong sampah dengan mata yang terpejam.

"Ommo!"

Terkejut Indah saat merasakan diringa terapung di udara. Ingatkan ada UFO tarik tadi, rupanya Haylen yang mengangkat Indah keluar dari tong sampah tersebut.

"Dah macam sotong dah you dalam tong sampah tu. Tak reti ke nak duduk diam-diam?" Haylen meletakkan Indab di atas lantai.

Sebenarnya Haylen memang sengaja biarkan Indah dalam tong sampah tu. Comel sahaja gaya Indah saat dia berusaha untuk keluar dari situ.

Senyuman Haylen tak lekang di bibirnya sedari tadi.

Laju sahaja Indah berdiri apabila dirinya selamat diletakkan di atas lantai. Badannya dipusingkan menghadap Haylen.

"Ni semua salah kau!" jari telunjuk ditundingkan tepat pada wajah Haylen.

Kemudian Indah memalingkan tubuh badannya dan memerhati keadaan sekeliling. Seluar yang basah di bahagian punggung disentuh seketika.

"Dah lah, lantak jelah situ" kaki mengatur langkah untuk mencari tandas yang berhampiran.

"Woi! Woi!" panggilan Haylen diabaikan dan kakinya terus melangkah.

"Memang nak orang ingat kau kencing dalam seluar ke macam mana?" kaki Indah terhenti seketika apabila merasakan ada sepasang tangan memeluk pinggangnya.

Mata membulat. Baru sahaja Indah nak maki Haylen, pelukan terus dilepaskan.

"Okay, dah siap" kata Haylen sambil berdiri tegak dan menatap wajah Indah.

"Kau buat apa hah tadi? Tak malu ke peluk orang? Kau tau tak kau baru je sexual harass aku?" Indah kini sudah bercekak pinggang menghadap Haylen.

Suka hati mak bapak atuk nenek moyang dia je peluk-peluk orang. Kang kalau kena sepak dengan Indah kang memang tak dapat berjalan tiga bulan.

"Ha? Apa you cakap ni?" keningnya bertaut seakan tak faham apa yang Indah katakan padanya tadi.

"Adumak, pura-pura pekak pulak dah dia ni" keningnya digaru dengan jari telunjuk. Memang dah berapi-api dah hatinya saat ini.

"Kau peluk aku tadi kan? Kau nak apa sebenarnya?" Indah menyoal Haylen dengan kasar.

Inilah VIP paling bengap, tak guna dan sengal yang Indah pernah jumpa.

"Bila masa pula I peluk you? I cover belakang you dengan suite I tu je" bibirnya dijuihkan pada pinggang Indah.

"Apa pulak kau me-" mata Indah tertumpu pada pinggangnya. Tangannya pula menyentuh suite yang terikat pada pinggangnya itu.

Tak semena pipinya merona merah akibat tersalah faham dengan Haylen.

Bapak memalukan!

"DAH habiskan meeting, Encik?"

Indah mendapatkan Haylen yang sedang melangkah keluar dari hotel. Nak dekat 2 jam jugak lah Indah tunggu Haylen habis meeting.

Peliklah, kenapa Haylen perlukan tour guide ? Macam tak pernah datang sini pula. Lagipun macamlah dia tak ada pemandu peribadi di sini.

"Dah" sepatah sahaja Haylen menjawab pertanyaan Indah.

Kakinya melangkah ke arah kereta sewa dan dia hanya berdiri di hadapan pintu kereta tersebut.

Indah pula memaandang Haylen dengan pelik. Tak lama kemudian tiba-tiba assistantnya muncul dari belakang dan bukakan pintu untuk Haylen.

Pintu pun nak suruh orang bukakan ke? Gedik je lebih.

Indah mencebik dan berlari ke tempat pemandu. Pintu dibuka dan memboloskan diri ke dalam kereta.

"Encik nak pergi mana pula sekarang ni?" Seatbelt dipakai sambil meninjau Haylen yang sedang menghadap phone di tempat duduk belakang.

Lebih kurang seminit Indah menunggu jawapan darinya, namun Haylen hanya mengabaikan pertanyaan aku. Kemudian Indah melemparkan pandang pada Cik Laila, merangkap pembantu Haylen.

"Nak pergi mana pulak lepas ni?" tanya Indah sambil melemparkan senyuman kepadanya.

"Lepas ni tak ada apa dah, so balik hotel jelah" Indah sekadar menganguk mendengar jawapan Cik Laila.

"I nak pergi Bondi Beach" Haylen tiba-tiba bersuara.

Mata Indah membulat apabila mendengar tempat yang Haylen ingin pergi. Kepala bapak dia nak pergi Bondi tu! Jauh woi, jauh!

"Sure ke? Ambil masa 2 jam nak sampai sana. Tak kesah?" Indah menoleh belakang memandang Haylen.

"Yes."

Mata digulingkan ke atas. Memang suka menyusahkan oranglah dia ni! Laju Indah memijak padel minyak dan meluncur laju atas jalan raya.

2 jam kemudian,

"Dah sampai"

Indah melemparkan pandangan ke luar tingkap. Cantik! Perasaan teruja mula muncul dalam dirinya. Tak sabar nak selfie banyak-banyak!

Pintu kereta dibuka dan Indah terus meluru ke arah persisiran pantai. Suka hati je tinggalkan VIP tu macam tu. Eh, biar lah. Dia yang nak pergi sini kan? Pandai la dia hidup.

"Woi!"

Kepala ditoleh memandang belakang. Satu keluhan berat dilepaskan. Apa lagi mangkuk ayun ni nak?

Indah menghentakkan kakinya sambil menuju ke arah Haylen. Wajah tak puas hati ditayangkan padanya. Indah memang tak puas hati dengan Haylen ni, dari pagi tadi tau.

"Ye? Encik nak apa?" tanya Indah dengan nada yang sopan.

"Kenapa kau lari ma-"

"Ommo!" laju sahaja Indah mencelah apabila Haylen ingin menghabiskan ayat.

"Ada ice cream la!" Indah memandang wajah Haylen sambil jarinya ditunding ke arah gerai ice cream yang terletak berhampiran mereka.

"Nak ke?" tanya Haylen sambil memandang Indah.

Laju kepala Indah mengganguk. Siapa tak suka ice cream woi! Laju Indah berlari ke arah gerai itu.

"Two vanilla, please" dua jari ditayangkan kepada penjual itu dengan perasaan teruja.

"Thank you" Indah mencapai kedua-dua ice cream yang dihulurkan padanya dan terus mendapatkan Haylen yang duduk di sebuah bangku.

Aik, mana assistant dia tadi?

"Nah" sekon ice cream dihalakan padanya sambil duduk di sebelahnya.

"Boleh tolong ambil gambar saya tak?" Iphone dari handbag dikeluarkan dan dihulurkan kepada Haylen.

"Tak boleh" dia tak pandang langsung wajah Indah!

Ish, jahat betullah Haylen ni.

"Ehem, nak cakap ni" tiba-tiba Haylen duduk menghadap Indah.

"Apa?" tanya Indah sambil menyumbat semua ice cream dalam mulutnya.

"Let's date?" Haylen merenung Indah sambil menayangkan senyuman paling manis.

"Uhuk! Uhuk!"

Tersedak Indah apabila ditanya soalan begitu sambil tersenyum manis. Indah mendebik-debik dadanya dengan kuat akibat tersedak tadi.

Kalau aku mati kat sini, semua salah Haylen.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience