"LET'S date" Haylen merenung anak mata Indah sambil menayangkan senyuman paling manisnya.
Tersedak terus Indah bila ditanya begitu oleh Haylen. Tangannya naik mendebik-debik dadanya disebabkan tersedak kon ais krim tadi.
"Tak naklah! Muka pun macam pervert, ada hati nak ajak orang date!" laju betul Indah reject Haylen. Dah nak mampus sebab tersedak pun boleh lagi sakitkan hati orang.
Wajah Haylen yang berubah ditatap dengan perasaan rasa bersalah. Ha, sentaplah tu kan bila kena kutuk sebab muka macam pervert.
Kejap lagi mesti Haylen menangis.
"Kanapa pulak tak nak? Takkan muka macam pervert pun nak reject?" Heylen duduk merapati Indah.
"Sebab saya tak suka Encik"
"Yelah, sebab apa? I kaya lepas tu kacak pulak tu. Kenapa tak suka pulak? Perempuan bukan suka ke lelaki kaya?" wajah polosnya ditayang kepada Indah.
Aduhai, macam mana boleh ada lelaki yang begap sampai macam ni sekali? Please dude, money can't buy happiness.
Bibir dikemam menahan tawa. Tak tahan lah dengan kebodohan Haylen ni.
"Tak. Mula-mula Encik cakap dulu, kenapa Encik ajak saya date? Encik suka saya ke? Dah la saya ni tak habis-habis kutuk Encik" tanya Indah.
"Aah" kepalanya diangguk perlahan. Macam budak tadika je dia ni. Sepak kang baru tahu.
"Ha?" lantas Indah bangun dari duduk.
"Encik suka saya? Encik tengok tak perangai saya macam mana tadi? Saya ni hot tampered punya perempuan tau. Lepas tu cakap main lepas pulak tu. Tak faham la saya!"
Tahulah aku ni lawa, comel, cantik dan menarik lagikan tertarik, tapi tak sangka pulak VIP ni boleh sangkut dengan aku. Abang murtabak pun tak sangkut tahu!
"Perempuan yang hot tampered ni attractive apa. Comel pulak tu bila mengamuk. Tak ke gitu, cik Indah?" selamba baby dia je cakap macam tu.
Habis blushing wajah Indah.
"Kan! Perempuan yang gila-gila ni bapak gila attractive kan! Tapi lelaki pilih jugak yang acah ayu" Indah memeluk tubuh sambil menjuihkan bibir. Teringat pulak dekat abang murtabak.
Lelaki ni kalau tak suka perempuan yang gila, dia suka yang ayu. Antara dua tu je. Tapi aku ni pun ayu jugak!
Wajah Haylen dipandang apabila dia hanya mendiamkan diri.
"Kenapa diam?"
"You buat my heart dup dap dup dap, Indah" jujur betul budak Haylen ni lah.
"Biasa lah tu jantung dup dap dup dap. Takkan nak oik oik oik pulak? Itu bunyi babi namanya" penat la dengan Haylen ni.
Bukan tak suka orang kaya ni, tapi dia ni macam mianglah. Kepervertan dia menyerlah tahu? Eh, suka hati je kata Haylen miang.
"Ehem, awak kata awak suka saya kan? So why don't you ambil gambar saya?" phone dihalakan pada Haylen sambil tayang sengih.
"Sure" dia menyambut phone tersebut dan Indah berlari ke tempat yang ada view lawa.
"Dah eh?"
Indah hanya angguk dan mula berposing macam-macam gaya.
"Alamak, anjing tu!" tiba-tiba Haylen menjerit pasal anjing.
"Mana? Mana?" laju Indah bertanya padanya. Kang kalau dia kena gigit kang tak pasal-pasal kena samak nanti.
"Tu" Haylen menunding ke arah jalan raya.
Badan dipusingkan ke arah jalan raya. Habislah kau anjing, nanti kau kena langgar. Tak apa, biar aku selamatkan kau, anjing!
Dengan tiba-tiba Indah berlari ke arah anjing itu. Bunyi hon kereta dibaikan. Sekarang ni tujuannya hanya satu, bawak anjing tu melintas dengan selamat je.
TIN TIN!
Sebuah lori putih membunyikan hon supaya anjing itu beranjak. Namun bukan anjing yang beranjak, tetapi lori itu menghala ke arah Indah pula!
BAMMM!
"Indah!"
"INDAH!"
Suara jeritan Haylen bagaikan bunyi bingit pada telinga Indah. Badannya yang terasa seakan sedang terapung tadi kini telah jatuh atas jalan raya.
Kepala yang sakit membuatkan pandangan Indah berpinar dan kabur, seakan dunianya berpusing-pusing.
"Indah! Indah!" wajah Haylen memenuhi pandangannya.
"In...Indah sa..kit" tangan Indah naik memegang hujung baju Haylen.
Kepala Indah letakkan di atas pangkuan Haylen. Tangan Haylen tak henti mengusap kepala Indah yang berlumuran dengan darah sambil mulutnya membisikan ayat Kursi.
Kepala Indah terasa mencucuk-cucuk. Sakit yang menimpa tak dapat ditahan lagi. Perlahan-lahan matanya dipejam, membiarkan dunia yang dilalui ini gelap-segelapnya.
"Indah!" Haylen menampar-nampar lembut pipi Indah.
Bunyi ambulans memenuhi gegendang telinganya, namun Indah tidak berdaya lagi untuk buka matanya.
Aku dah tak larat lagi.
Haylen gelabah. Buntu. Darah yang melimpah-limpah dari kepala Indah membuatkan jantungnya berdegup kencang.
"Excuse me" paramedic yang tiba mendekati Haylen.
Tangannya masih lagi setia memegang tangan Indah. Daripada tengah jalan tadi, sehingga berada di dalam ambulance tanganya tak lepas langsung daripada Indah.
Phone Indah yang berada dalam poket seluarnya dikeluarkan dan menelefon abang Indah.
"Helo?"
"Indah?" suara Ammar dibalik tailan.
"Bukan. Ni saya, Haylen" suara Haylen kedengaran mendatar.
Takut ingin beritahu tentang keadaan Indah sekarang. Dirasakan semua ini salah dia kerana menunjukkan anjing itu kepada Indah.
"Haa, kanapa Encik? Kenapa pakai phone Indah pula ni?" jelas kedengaran gelak halus Ammar.
"Indah. Dia... dia accident" matanya tertumpu pada Indah yang sedang terbaring lemah di atas katil ambulans itu.
"Ya Allah" dengar sahaja ayat yang keluar dari mulut Haylen, Ammar terus jatuh terduduk.
"Saya minta maaf" Kata maaf dilemparkan dan punat merah ditekannya berkali-kali untuk matikan talian.
Matanya kembali menatap seraut wajah Indah yang calar sedikit. Tangannya naik menyentuh luka tersebut.
"Kenapa pergi lari kat anjing tu?" Haylen bercakap seorang diri.
"Kalau tak awak tak macam ni sekarang" suaranya kedengaran sungguh sayu ketika ini.
Gambar Indah yang diambilnya tadi ditatap. Wajah manis gadis yang berada di dalam gambar itu sungguh berbeza dengan Indah di hadapannya sekarang.
"I'm sorry, Indah Aileen"
Tangan Indah digenggam erat.
"I'm sorry"
Aku takkan lepaskan tangan ini sehingga dia yang minta aku untuk lepaskannya...
TBC
Share this novel