WAJAH yang masam mencuka dilemparkan kepada Along. Muncungnya juga makin lama makin panjang sambil kakinya dihentakkan beberapa kali pada lantai tanda protes.
"Indah nak murtabak je pun" Indah menjerit tepat pada wajah Alongnya. Tak kesahlah kalau air liur tersembur sekali pun, padan muka Along.
"Yang Indah nak sangat murtabak ni dah kenapa? Selalu Indah bukannya makan pun kalau Along bawa balik rumah" dahi luas Indah dijentik dengan kuat.
"Sakitlah dahi orang" Indah menyentuh dahi yang terasa sakit sambil mencebik.
"Indah nak mutabak jugak. Kalau tak Indah bakar rumah ni, padan muka semua orang!" Indah mengugut Along.
Wajah Along dipandang tidak puas hati. Orang tengah marah, dia boleh pula sengih. Tak fahamlah dengan Along ni.
"Indah nak murtabak!"
"Indah nak murtabak!"
"Indah nak murtabak!"
"Indah nak murtabak!"
"Indah nak murtabak!!!!"
Indah menjerit satu rumah sambil kakinya dihentak beberapa kali dengan kuat. Tak kesahlah Umi nak mengamuk ke apa, yang pasti dia dapat murtabak.
"Indah Aileen!" jerkah Umi sambil melangkh menuruni anak tangga.
Indah pusing menghadap Umi sambil menggengam penumbuknya. Kakinya diatur ke arah Umi.
"Umi, tengok Along tu. Indah nak murtabak je, tapi Along tak nak belikan pun. Indah dah cakap dah yang Indah craving murtabak, tapi dia buat tak tahu je" adu Indah sambil merangkul lengan Umi.
"Along" Umi jerit dengan kuat.
Yes! Marah dia Umi, marah dia.
"Bagi kunci kereta kat Indah. Dia nak pergi beli murtabak dia" Umi melabukan duduk di atas sofa.
Terkejut beruk Indah dengan apa yang Umi katakan tadi.
Kunci kereta?
"Umi, orang nak Along yang belikan lah. Indah tak nak Indah nak makan je" laju Indah menyampuk sambil mengambil tempat di sebelah Umi.
"Tak payah nak mengada. Indah yang nak makan, Indah lah keluar pergi beli sendiri. Kenapa nak suruh Along?" tiba-tiba Along bersuara dengan kasar. Gedik betul, tak habis nak marah orang.
"Sebab Along baik" laju sahaja Indah meluru ke arah Along dan duduk di sebelahnya.
Nak kena bodek habis-habisan, kalau tak dia tak nak belikan murtabak.
"Ye ke? Setahu Along, Along ni handsome orangnya, kan?" keningnya terangkat-angkat sambil menayangkan wajah poyonya kepada Indah.
Senyuman penuh makna dilemparkan kepada Along.
"Haah, betullah tu. Along handsome, jadi tolonglah belikan murtabak untuk Indah" Indh menggoyangkan lengan Along dengan perlahan.
"Bagi kiss dulu baru Along belikan" pinta Along sambil menghalakan pipi kepada Indah.
Cis, ada hati nak suruh orang kiss jambang dia? Shavelah jambang tu dulu kalau nak orang kiss!
Indah mendekatkan wajahnya pada Along sambil tersenyum dan...
PAP!
Satu tamparan lembut dihadiahkan pada pipi abangnya itu.
"Woi" jeritnya dengan kuat pada Indah.
"Apa woi, woi? Nak orang kiss kenalah shave dulu jambang kau tu" sempat lagi Indah menggelakkan Along sebelum berlari semula mendapatkan Umi.
"Awallah, Along. Tadi kata nak belikan Indah murtabak" kakinya disilangkan sambil menayang wajah serious pada Along.
"Ikut Along. Duduk dalam kereta. Kalau tak Along tak nak pergi belikan. Cepat, Along tunggu dalam kereta" kunci kereta yang berada di atas meja dicapai dan dia meninggalkan Indah yang masih terkebil-kebil.
Pandangan yang geram dilemparkan pada Along yang sedang berjalan menuju ke arah pintu.
"Tapi Indah tak mandi lagi" jerit Indah sekuat hatu.
"Tak nak beli murtabak" Along menjelirkan lidahnya kepada Indah yang masih lagi tercengang di sofa.
KEPALA yang terdedah itu ditutup dengan hoodie sebelum menjeling Along yang berada di tempat pemandu.
"Indah dah agak dah Along ni" lengan Along dicubit sekuat hati.
Geram betul!
"Apa cubit-cubit ni ha?" tangannya naik menggosok lengannya yang dicubit oleh Indah.
Sakit betul kena gigit dengan moyang ketam macam Indah ni.
"Indah tak mandi lagi la Along! Along lah keluar belikan" Indah menampar lengan Along dengan kedua-dua belah tangannya.
Tadi dekat rumah cakap lain, sekarang cakap lain. Dekat rumah tadi kata dia yang turun belikan, tapi sekarang dia suruh Indah yang turun pergi beli.
Along tak guna.
"Along tengoklah nanti, Indah beli untuk Indah je. Padan muka Along" ujar Indah dengan geram sebelum pintu kereta dibuka dan melangkah keluar.
Sempat lagi pintu kereta itu dihempas dengan kuat berserta dengan jelingan maut.
Tangan diseluk ke dalam poket hoddie sambil membuka pintu kedai melangkah menuju ke arah kaunter order.
Bau haruman murtabak yang menusuk masuk ke dalam rongga hidung serta-merta membuatkan perut Indah berbunyi.
Kepala dijenguk beberapa kali ke arah pelayan ketika dia berada dalam barisan. Macam manalah dia nak berhenti tengok kalau pelayan lelaki tu dah comel sangat?
Sampai sahaja giliran Indah untuk mengambil order, pelayan itu tiba-tiba melangkah ke arah dapur.
Mata melilau memandang sekeliling. Tak ada orang ke yang nak ambil order aku?
"Cis, nak usha yang comel tu tak dapat. Nak order murtabak lagilah tak dapat. Tak ada orang langsung" satu keluhan berat dilepaskan.
"Hai, selamat datang. Order?" tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinga Indah.
Kepala diangkat dengan laju untuk melihat si empunya suara.
Oh my prada!
Mulut Indah hampir ternganga apabila matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna coklat. Tak berkelip langsung Indah memandangnya.
Kacak betul lelaki di hadapan Indah sekarang ni. Siap dengan pakaian chef sekali, mana tak kacak?
Adakah ini jodoh aku? Jodoh aku abang murtabak eh? Alala, malu la aku kalau macam ni.
"Cik nak order apa?" pertanyaannya menyentakkan Indah daripada terus terleka dalam dunia gatal yang diciptanya sendiri.
"Kalau saya order abang boleh tak?" jawab Indah dengan selamba sambil matanya masih tertumpu pada abang murtabak tadi.
Sumpah ayat tadi tu keluar dengan sendirinya. Mana taknya? Indah ni sejenis manusia yang cakap tak pernah nak fikir dulu, pakai tibai je ikut sedap mulut dia nak cakap apa pun.
"Sorry, kami hanya jual murtabak sahaja. Saya tak termasuk dalam menu" balasnya sambil melemparkan senyuman manis kepada Indah.
Indah apa lagi?
Tersengih-sengihlah dia saat melihat wajah abang murtabak idaman hatinya itu senyum padanya. Tak pasal-pasal abang murtabak tu cop Indah ni orang gila nanti.
"Kalau macam tu saya nak murtabak dengan abang, macam two in onelah" jawab Indah tanpa segan-silu.
Indah tak kesah pasal murtabak dah, sekarang ni dia nak abang murtabak ni je. Dasar budak gatal.
"Murtabak tu saya boleh bagi, tapi yang lagi satu tu tak sure boleh bagi ke tak" selamba je abang murtabak balas macam tu pada Indah.
Jual mahal konon, pigidaaa!
"Kalau macam tu bagi saya murtabak abang dengan nombor telefon abang. Boleh kan?" tanya Indah lagi.
Indah ni kalau nak sesuatu, dia memang akan berusha untuk dapatkan benda tu. Macam abang mutabak sekarang ni lah. Inagt dia nak lepaskan macam tu jeke?
"Sorry, cik. Murtabak je saya boleh bagi cik" jawab abang murtabak dengan sopan.
Naik geram Indah tengok dia ni. Nak dia tak boleh, nak nombor telefon tak boleh. Habis tu apa yang boleh?
"Kalau macam tu boleh saya ngorat abang?" bibir dikemam dengan kuat setelah melemparkan ayat tersebut.
"Hah?" terkebil-kebil abang murtabak memandang Indah.
Perempuan pelik mana nak ngorat aku ni? Seram betul.
"Saya nak ngorat awak" diulang semula soalannya tadi kepada abang muratbak dengan riak wajah biasa.
Go Indah go! Ayuh ngorat abang murtbak!
TBC
Share this novel