BAB 8

Romance Series 1506

"BOLEH tak, Encik?"

Indah mengulang semula pertanyaannya kepada Dahlan. Dahlan pula hanya diam dari tadi sambil memandang Indah atas bawah.

"Woi, woi! Jaga sikit eh mata tu" Indah menegur Dahlan apabila mata Dahlan memandngnya. Dasar, tak habis nak berzina mata kan? Insaflah. Astaghfirullahal'azim.

"Kau betul-betul tak ingat aku?" soal Dahlan pada Indah.

Indah mengerutkan wajahnya memandang Dahlan. Pelik pula dia dengan soalan yang ditujukan oleh Dahlan tadi.

"Kita pernah jumpa kat mana-mana ke, nyah?" tanya Indah semula.

"Aigoo" tangan Dahlan naik memicit dahinya sambil bercekak pinggang.

"Encik nak panadol ke?"

Indah bertanya kepada Dahlan sambil menayang wajah innocentnya, ala-ala baby manja gitu.

"Kenapa dengan panadol?" Dahaln mengerutkan dahinya.

Eh, mamat ni. Tak pasal-pasal Indah sumbat 10 papan panadol dalam buntut dia kang!

"Ini mesti tak tengok iklan panadol actifast kan? Sekejap eh"

Okay, one two three. Go!

"Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?" fuh, sempat lagi Indah buat iklan panadol kat depan Dahlan.

Indah memandang Dahlan dan Dahlan memandang Indah.

Kenapa dia tak gelak? Dia tak nampak ke yang aku cuba buat lawak? Malulah aku dia buat lawa aku jadi hambar.

Indah menggigit bibir. Jari mula bermain antara satu sama lain apabila Dahlan hanya merenungnya. Perasaan malu membuatkan wajahnya merona merah.

"Ke... kenapa diam?" soal Indah tersipu malu.

Dahlan merenung wajah Indah. Kakinya menapak mendekati Indah dengan perlahan.

"Indah Water..." matanya dikecilkan memandang wajah Indah.

Indah hanya terkebil-kebil sambil kakinya menapak ke belakang untuk menjauhi Dahlan.

"Indah Water..." ulang Dahlan buat kali yang kedua.

Jantung Indah bagaikan ingin meletup ketika ini. Bukan sebab dia malu atau marah, tetapi kerana Dahlan menggelar dirinya sebagai Indah Water!

Hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi untuk mereka berdua bertembung.

"Indah Wat—"

"Ya, ya! Sayalah tu Indah Water!"

Eh, terlepas cakap pulak!

Habis kantoi! Semua salah Dahlan lah ni. Baru je Indah ingat nak berlakon tak ingat siapa abang murtabak, tapi disebabkan Dahlan asyik sebut Indah Water dari tadi, dia pun cepat-cepatlah mengaku.

"Hah, mengaku pun! Apa ingat ni cerita Finding Dory yang ada short term memory lost tu ke? Eii" ujar Dahlan dengan geram.

Dah kenapa pula Dahlan jadi gedik dengan Indah pula tiba-tiba ni?

"Mana saya tahu, saya gurau je. Makin garunk la abang murtabak saya ni" ujar Indah bersahaja sambil tersengih-sengih.

"So, boleh tak saya kerja dengan awak?" tanya Indah.

"Kenapa pulak tiba-tiba?" soal Dahlan pula.

"Oh, jadi kena ada sebablah eh?" Indah menjengketkan keningnya sambil memandang Dahlan.

Indah ni tak ada otak ke apa? Mana ada orang nak ambil pekerja tanpa temu duga dulu. Indah sahaja yang datang pakai tibai dan terus suruh orang tu terima dia.

"Okay, macam ni. First sekali adalah sebab saya dah berhenti kerja. Lepas tu, saya nak kerja sini sebab nak usha awak. Last, saya nak kerja sini sebab nak ngorat awak sampai dapat. Cun tak alasan tu?" Indah pakai tibai sahaja segala alasan tu.

Biasalah, Indah kan cakap tak pakai otak, semua benda dia pakai tibai je. Tak tahu malu betullah.

"Woah, nak ngorat tu agak-agaklah. Macam tak ada orang lain pulak kau nak ngorat" Dahlan rasa semak bila Indah kata nak ngorat dia sampai dapat.

Kalaulah Indah tahu yang Dahlan dah jumpa orang baru, mesti murung 10 keturunan dia.

"Tak ada, awak. Awak sorang je yang paling kacak lagikan seksi bila awak terbalikkan murtabak kat atas pan tu. Ya Allah, melebur iman saya tahu" Indah memegang dadanya sambil menayangkan wajah gatalnya pada Dahlan.

Sumpah Indah ni gatal gila.

"Ei, gatalnya kau ni. Bilalah kau ni na—"

"Assalamualaikum" tegur Mawar sebaik sahaja masuk ke dalam kedai Dahlan.

Wajah Dahlan berubah ceria.

"Waalaikumsalam, jodoh"

"WHAT in the world!"

Indah memandang Dahlan dan Mawar bersilih ganti. Dia je ke yang tak faham situasi ni?

"Siapa dia ni?" soal Indah kepada Dahlan sambil menundingkan jarinya pasa Mawar.

"Jodoh kut" balas Dahlan sepatah.

Mawar yang mendengar hanya tersenyum nipis pada Indah. Malu rasanya apabila Dahlan memanggilnya sebagai jodoh dia.

"Jodoh ke bitch?" soal Indah tak puas hati.

Dia baru tak jumpa Dahlan 5 hari, tup tup Dahlan dah jumpa perempuan lain.

Auch! Sakitnya tu disini di dalam hatiku.

"Eh? Cakap apa kau ni?" soal Dahlan dengan kasar.

"Saya rasa awak dah salah faham. Hari tu saya dah janji dengan dia nak lunch sama-sama je" tegur Mawar dengan sopan.

Kalau boleh dia nak je cepuk mulut Indah tu kuat-kuat. Sedap bontot bangla Indah je kata dia bitch.

"Lunch? Sama-sama? Oh, kalau macam tu saya pon nak join sekalilah. Boleh kan?" sengaja Indah tidak mahu mereka berdua-duaan.

Sesungguhnya, kalau berdua pasti akan ada yang ketiga iaitu Indah Aileen.

"Tak payah sibuk" bisik Dahlan dengan perlahan pada Indah.

"Eh kenapa pulak tak boleh? Kata nak lunch je. Saya pun nak makan jugak. Tengok ni, perut saya dah kempis. Saya nak perut saya bulat" Indah menepuk-nepuk perutnya perlahan.

Astaghfirullah hal'azim.

Dahlan mengusap dahinya mengenangkan perangai tak betul Indah. Kenapalah manusia pelik macam Indah ni boleh muncul depan dia?

"Boleh kan saya join sekali?" Indah menayang sengih kepada Mawar.

"Ikut suka awaklah" Mawar menjeling Indah.

Halah, main jeling-jeling pulak dia kat sini.

"Capatlah, kejap lagi saya nak masuk office balik ni" ujar Mawar kepada Dahlan.

"Ha, ya"

"Kau duduk sini, jaga kedai. Kalau nak melantak ke, nak jadi tikus ke apa, kau buat semuanya kat sini. Jangan kacau aku nak date dengan dia" sempat lagi Dahlan menghalang Indah daripada ikut mereka.

"Ini semua sangat kejam" Indah bercakap seorang diri sambil memandang Mawar dan Dahlan melangkah keluar dari kedai.

"Kau tengoklah nanti. Kau balik je nanti, kedai kau hangus aku buat!"

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience