"SAYA nak ngorat awak"
Indah mengembungkan kedua-dua belah pipinya sambil meletakkan tangannya di antara pipi dan dagu.
"Saya comel" matanya dikedipkan beberapa kali sambil menayangkan wajah yang comel kepada Dahlan.
Tercengang Dahlan tengok perangai Indah. Mestilah dia terkejut tengok Indah yang tiba-tiba angkat bakul sendiri. Confident betul kata diri sendiri comel.
Melihat Dahlan hanya mendiamkan diri, Indah terus menjatuhkan tangan daripada memegang pipi dan mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Saya lawa" tiba-tiba sahaja dia meletakkan tangannya pada pinggang ala-ala model dan mengenyitkan mata kepada Dahlan.
Ha sudah, tiba-tiba pula ada model tak berbayar dekat kedai murtabak ni. Bibirnya juga siap dijuihkan kedepan untuk melemparkan flying kiss kepada Dahlan. Yelah, tadikan Indah kata nak ngorat Dahlan. Macam nilah kan kalau nak ngorat lelaki? Ke Indah yang salah? Ataupun kena ngorat lagi dahsyat?
"Cik..." panggil Dahlan perlahan.
"Kenapa? Tergoda ke? Ha, ni mesti saya dah berjaya ngorat abang ni kan? Ommo" Indah menekup mulut sendiri seakan terkejut kerana dah berjaya mengorat Dahlan.
Aku harap abang murtabak ni ajak aku date.
"Bukan, Cik nak murtabak ayam, ke daging, ke kambing?" tanya Dahlan sambil memegang buku nota kecil dan sebatang pen.
Indah terkejut, tergamam, terfake hope disebabkan dia. Tangan digenggam dengan kuat kerana geram dengan soalan yang dilemparkan tadi.
Nasib baiklah kau ni extra handsome dan comel in the same time. Kalau tak dah lama penumpuk aku melayang kau muka kau.
"Saya nak abang" jawab Indah tanpa rasa bersalah sambil melemparkan senyuman menggoda kepada Dahlan.
Manalah si Indah ni beli confident?
Mesti Dahlan rasa nak hempuk Indah dengan buku nota tu. Tak habis-habis nak menggatal aje kerjanya. Nak buat macam mana?
Jiran sebelah yang umur 6 tahun tu pun Indah ngorat jugak sebab dia handsome sangat. Ulat bulu Indah ni memang lain macam betul.
"Ok, tak-tak. Saya nak murtabak ayam dua, murtabak daging dua. Bungkus" sekeping duit RM50 dikeluarkan dari dopet dan dihulur kepada Dahlan.
"Ha, lagi satu. Kalau saya nak tengok abang masak murtabak boleh tak?" tanya Indah sambil menarik semula duit tersebut.
"Boleh?" wajah Dahlan yang putih bersih itu Indah tenung sambil melemparkan senyuman.
Dahlan pula memandang Indah dengan wajah yang geram. Jelas sangat yang dia sedang mengetap rahangnya tahan marah. Duit di tangan Indah tadi pun dicapai dengan kasar.
"Cik boleh tunggu kat situ" jarinya ditunding pada tempat duduk berhadapan dengan kaunter.
"Hm, tak apalah. Dah orang dah tak sudi. Nak buat macam mana" langkah mula diaturkan ke arah kerusi kemudian aku melabuhkan duduk di situ.
Indah mengeluarkan phone dari poket hoodienya. Tak lama kemudian juruwang yang comel tadi datang membawa air kepadanya.
Pergh, tak order air pun dia bagi eh. Hebat, hebat.
"Terima kasih" ujar Indah sambil mengambil cawan itu daripada tanganya.
"Pufttt" tersembur sedikit air yang diteguk tadi.
Tersedak Indah minum air Sprite yang diberi oleh juruwang comel tadi. Mana taknya, Indah ingat dia bagi air kosong aje tadi, sebab tulah Indah pakai teguk je.
Indah mengelap wajahnya yang penuh dengan Sprite itu. Dengan tisu.
"Cik, okay ke?" juruwang yang comel tadi gelabah mendapatkan Indah.
Indah melemparkan pandangan padanya.
"Oh my God"
"OH my God"
Mulutnya tekup sambil bangun dari kerusi. Matanya oula tak lepas daripada pandang benda yang mengejutkan Indah tadi.
"Tepi sikit boleh?" tanya Indah kepada juruwang yang comel tadi sambil menghalaunya daripada menghalang dia untuk melihat abang murtabak.
"Terima kasih" ujar Indah dengan sopan apabila dia memberi laluan kepadanya.
Laju Indah berlari ke arah kaunter tadi. Kakinya terjengket-jengket untuk melihat abang murtabak di sebalik pintu lut sinar antara kaunter dan dapur itu.
Kelihatan dengan jelas yang Dahlan sedang memasak murtabak dengan bergaya sekali. Fuh, masak pun kacak.
"Handsomenya" ujar Indah perlahan sambil tersengih-sengih macam orang gila ketika memerhati Dahlan memasak.
"Oh mak kau makan zirafah!" latah Indah apabila bahunya disentuh seseorang dari belakang.
Laju dia memusingkan badannya menghadap orang yang sentuhnya tadi.
"Cik buat apa ni?" tanya juruwang comel tadi kepadanya.
"Usya dia" jari ditunding ke arah Dahlan yang berada di dapur itu.
"By the way, apa nama abang murtabak tu?" tanya Indah kepada juruwang itu sambil matanya sibuk melihat abang murtabak di dapur.
Ya Allah Ya Tuhanku, kenapa ciptaan-Mu ini kacak sangat? Kenapa muka dia dingin tapi pada masa yang sama dia nampak comel? Ya Allah, biarlah dia jadi jodoh aku, Ya Allah. Aku nak kahwin dengan dia sebab dia handsome, Ya Allah!
"Dahlan Qa'ys" balasnya sepatah.
Aku mengerut dahi.
"Apa? Dah lom?" wajah pelik ditayangkan kepadanya. Tak pernah lagi dengar nama orang 'dah ke belum'.
"Dahlan lah. Suka hati je tukar nama orang" ujarnya sambil mencebik pada Indah.
Alamak, tak tahu ke kecomelan dia bertambah m bila dia mencebik macam tu?
"HAHAHAHAHA!" Indah gelak dengan kuat sambil memegang perut yang terasa senak.
"Dah ke belum?" jerit Indah kepada Dahlan yang berada di dapur secara tiba-tiba. Rasa nak buat lawak pula dengan nama Dahlan ni. Sedap dia je tukar nama Dahlan jadi Dah Ke Belum.
Tiba-tiba Indah perasan Dahlan sedang memandangnya. Gelak tawa Indah tadi terus berhenti apabila diperhati seperti itu.
Eye contact is so hot!
Tiba-tiba sahaja Indah blushing. Eye contact pun boleh blushing. Tak faham betul dengan diri sendiri.
Indah memerhati Dhlan yang sedang berjalan menuju ke arah kaunter. Jantungnya berdegup semakin kencang apabila langkah Dahlan makin hampir dengannya.
Gaya Dahlan berjalan sahaja menunjukkan betapa confidentnya dia. Rambut yang disikat rapi membuktikan bahawa dia seorang yang kemas. Badannya yang tegap pula dapat menyatakan yang dia ni suka gym.
Sebijik macam model. Tapi kali ini dia bukan model sebarangan, dia adalah model murtabak Indah tau, pergh!
"Nah" murtabak yang telah dibungkus dihulurkan kepada Indah.
Indah pula memandangnya terkebil-kebil. Otak blur sekejap lepas tengok kekacakan Dahlan tadi.
"Dah ke belum?" ujar Indah tiba-tiba.
"Ha?" Dahlan mengerutkan wajahnya.
"Eh, salah sebut pulak. Dahlan. Abang Dahlan" Indah membetulkan semula panggilannya.
"Abang nak kahwin dengan saya tak?" tanya Indah kepada Dahlan tanpa ragu-ragu.
Terkejut beruk Dahlan. Sedap Indah je ajak orang kahwin macam tu. Ingat ni main kahwin-kahwin ke?
"Pardon?" soal Dahlan.
"Abang nak kahwin dengan saya tak?" Indah mengulang semula pertanyaannya pada Dahlan. Susah sangat ke nak jawab soalan tu? Rasa soalan KBAT sejarah lagi susah.
Indah menanti jawapan Dahlan dengan penuh debar. Matanya memandang tepat pada wajah Dahlan. Dan tiba-tiba...
"Indah!"
TBC
Share this novel