BAB 4

Romance Completed 15916

“Itulah kau! Cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisiklah sikit!” Alia dah mula membebel sebaik sahaja kami keluar dari kelas.

“Dah tadi siang, aku mana ada nak bisik-bisik.” Pecah ketawa aku. Malaslah nak layan si Syed Imran tu. Lebih baik aku cari Syafiq. Mana pulak pergi suami aku ni? Takkan tak habis lagi kelas dia.

“Tak seriuslah kau ni. Syed Imran tu punyalah cinta mati dekat kau, kau boleh buat derkk je.” Bebel Alia lagi.

“Biaq pi lah dengan cinta mati dia. Siapa suruh dia cintakan aku. Aku bukan cinta dia pun.” Balasku acuh tak acuh. Mataku masih melilau di sekitar dewan Ad-Din. Tak nampak pun kelibat Syafiq. Huh.

Hah! Itu pun dia. Dengan siapa dia cakap tu? Mungkin classmate dia kut. Aku malas nak layan, kakiku pantas mengikuti belakang Alia.

“Kau tengok siapa weh?” Alia menyoal.

“Tak tengok siapa-siapalah. Sibuk.” Cebikku.

“Eh! Tu senior Syafiq,kan?” Alia tunjuk ke arah Syafiq dengan menggunakan jari telunjuknya.

“Ye kut.”

“Hensemlah dia tu.. Itu mesti makwe dia. Sama cantik sama padan.” Puji Alia.

Erk. Makwe?

“Tak sama cantik . tak sama padan.” Spontan aku menidakkan pujian Alia.

“Kau minat Syafiq ke? Jealous lah tu..” usik Alia.

“Tak adanya aku nak jealous. Euww. Pleaselahh..” aku buat muka. Kenapa orang lain ingat aku cemburu? Muka aku ada tulis perkataan cemburu ke?? Tak faham aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience